Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan kita peluang untuk terus hidup sebagai hamba-Nya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh peluang untuk terus mengupdate blog ni.
Hmm. Dah agak lama juga ana tak update blog ni. Bukan sengaja. Tapi, laptop agak bermasalah. Sekarang ni, laptop dah ok. Keyboard je yang masih 'sakit' sikit. Hehe.
Alhamdulillah, masa cuti ana sekarang ni, semakin diisi dengan aktiviti yang berfaedah, selain menghadap laptop dan menonton tv. Ana memang ada pelbagai plan yang nak dibuat semasa cuti ni. Walaupun sentiasa kat rumah je, at least ada juga aktiviti berguna yang ana buat.
Sekarang ni, ana mem'busy'kan diri dengan membaca buku. Macam-macam buku yang ana baca. Buku untuk menambahkan pengetahuan diri yang terlalu cetek, buku untuk improve bahasa inggeris ana yang semakin hari semakin terok. Ngeh.
Selain tu, sebelum ni, ana busy menyiapkan 2 artikel untuk al-haqq. Dua artikel, macam senang. Tapi, sebenarnya susah. Sebab idea ana agak limited. Perkara ni juga la yang membuatkan ana lebih banyak membaca, supaya dapat idea yang lebih banyak dan meluas. Alhamdulillah, artikel-artikel tu dah disiapkan semalam, tepat pukul 1 pagi. Ahah. Tapi, belum habis taip lagi la. Keadaan keyboard yang 'sakit' menyukarkan sedikit proses untuk menaip. Ngehe.
Kelmarin dan hari ni plak, ana sempat pegi kolej. Tapi, tak singgah pun. Just teman mak ana hantar dan ambik adik-adik ana. Kelmarin, ada la insiden yang agak tidak memuaskan hati berlaku. Tapi, biar je la. Let bygones be bygones. Hari ni plak, ana ada la terjumpa adik-adik kat kolej. Waneq (btol ka eja?), Syahira, Hidayah, Wani & Iswandy, Namida dan Yasmin. Hari ni pelajar Islam kolej ada gotong-royong kat surau, untuk pameran pasal Palestin, kalau ana tak silap la.
Bila ana pegi kolej, at least terubat juga la rindu ana ngan Surau Al-Hidayah. Surau ni special sangat-sangat. Banyak sangat kenangan kat surau ni. Tempat paling bermakna bagi ana kat kolej. Pelbagai kenangan yang tercipta dan dicipta kat surau al-Hidayah. =)
Surau al-Hidayah pada tahun 2005 ^_^
Selain aktiviti-aktiviti yang ana dah ceritakan kat atas ni, ada juga la aktiviti lain yang akan ana lakukan sepanjang cuti ni. Tapi, biar Allah & ana je la yang tahu. Hehe. Oklah. Lain kali ana update blog ni lagi, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment