Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup sebagai hamba-Nya. Alhamdulillah, syukur kerana setelah beberapa hari mencari masa untuk meng'update' blog, akhirnya ana berpeluang untuk mencoretkan sesuatu pada malam ni.
Sebelum ana terus menulis, a gentle reminder, jangan confuse antara Abu Lahab dengan Abu Jahal ek? Ana yakin anda semua, yang membaca blog ni, merupakan orang yang memahami sejarah Islam.
Ok, back to the main topic! Abu Lahab merupakan salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Namun, biarpun begitu, Abu Lahab menentang keras dakwah Islamiyah yang disebarkan oleh Rasulullah.
Macam mana Abu Lahab menghalang penyebaran dakwah Islamiyah di Mekah? Kita sudah sedia maklum bahawa Nabi Muhammad pernah menyebarkan dakwah kepada orang ramai yang datang ke Mekah. Rasulullah menyebarkan ajaran Islam kepada mereka dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, setiap kali selepas baginda menyebarkan ajaran Islam, Abu Lahab akan mendatangi kumpulan tersebut dan melemparkan pelbagai hinaan kepada Nabi Muhammad.
Mungkin, kita merasakan seolah-olah kita tidak menghalang penyebaran dakwah Islamiyah. Mungkin, kita tidak menghalang penyebaran ajaran Islam seperti yang telah dilakukan oleh Abu Lahab. Namun, tanpa kita sedari, barangkali kita telah menghalang perkembangan Islam secara tidak langsung.
Mungkin dalam sebuah jemaah, terdapat seorang dua ahli yang bekerja secara sambil lewa lantas melambatkan proses kerja jemaah tersebut.
Mungkin juga terdapat individu yang menyebarkan berita-berita negatif atau fitnah mengenai Islam, lantas menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap agama mulia ini.
Malah, perbuatan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang memutarbelitkan ajaran Islam menerusi blog-blog turut menimbulkan pelbagai kekeliruan mengenai ajaran Islam.
Selain itu, perbuatan kita yang seringkali melanggar perintah Allah SWT, membuatkan masyarakat melontarkan pandangan sinis terhadap agama Islam.
Terdapat pelbagai lagi perbuatan kita yang menghalang perkembangan agama Islam ini secara langsung dan tidak langsung. Muhasabahlah diri kita. Jangan disebabkan perbuatan kita, ajaran Islam tidak dapat disebarkan secara meluas.
Anda sayangkan Islam? Andai benar anda sayangkan Islam, jom kita sama-sama perbaiki akhlak kita demi melihat Islam tertegak semula di dunia ini.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
No comments:
Post a Comment