Monday, February 2, 2009

Andai kita di tempat mereka

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memanjangkan usia kita. Syukur juga kerana ana masih berpeluang mencoretkan sesuatu di blog ni.

Sekarang ni, isu Palestin semakin kurang dibicarakan. Kat blog ana ni pun, isu Palestin seolah-olah tenggelam. Namun, tindakan Perdana Menteri Turki tempoh hari telah menimbulkan kembali isu ini. Insiden tersebut telah membuatkan isu Palestin kembali segar dalam fikiran ana. Mungkin isu tersebut tenggelam sebentar disebabkan kurang pendedahan mengenai keadaan Palestin yang terbaru.





Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), sempena Program Malam Bersamamu Palestin semalam telah memberikan pelbagai pengetahuan yang baru buat ana. Apa yang pasti, ana masih perlu belajar dan terus belajar, tanpa rasa jemu. Kerana ilmu ana masih terlalu cetek. Oleh itu, ana perlu berusaha untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan.

Mungkin kita kurang mengerti nasib rakyat Palestin saat ini. Ya, kita kurang memahami penderitaan yang terpaksa mereka hadapi kerana kita hidup dalam keadaan yang aman damai. Namun, pernah tak kita bayangkan andai kita berada di tempat mereka? Do we ever think how it feels like to be in their shoes?

Pernah tak kita bayangkan, tatkala kita sedang berehat bersama keluarga di rumah, dalam sekelip mata sahaja segalanya musnah?

Pernah tak kita bayangkan, ketika kita ketawa riang bersama rakan kita, dalam satu saat sahaja, hanya mayat rakan kita yang telah hancur dibedil bom menemani kita?

Pernah tak kita cuba memahami nasib rakyat Palestin?

Pernah tak kita cuba untuk meletakkan diri kita di tempat mereka, agar kita lebih mengerti kesengsaraan yang mereka hadapi?

Kalau kita susah untuk membayangkan situasi di Palestin, bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut saban waktu?

Palestin bukan hanya milik dan tanggungjawab rakyat Palestin. Namun, Palestin adalah milik umat Islam. Baitulmaqdis adalah tanggungjawab kita bersama. Masjid al-Aqsa bukan hanya sebuah masjid yang biasa. Masjid al-Aqsa merupakan sebuah masjid yang penting buat umat Islam.

Kita telah dijanjikan bahawa kita akan mendapat salah satu daripada dua perkara, iaitu mati syahid atau kemenangan. Perjuangan ini pasti berakhir dengan kemenangan umat Islam. Kerana itu janji Allah dan Rasul-Nya.





Persoalannya sekarang, adakah kita ingin bersama golongan yang berjuang mendapatkan kemenangan atau golongan penonton yang terus-terusan membisu tanpa sebarang tindakan? Pilihan ada di tangan kita sendiri. Maka, pilihlah dengan tepat. Kerana ingatlah, andai kita memilih untuk terus diam membisu dan hanya menonton tanpa mengambil apa-apa tindakan, kebisuan kita di dunia ini akan dipersoalkan di akhirat kelak!

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: