Wednesday, July 28, 2010

Bismillahirrahmannirrahim...

Sahabat,
Jika kau lihat ku selalu ceria,
ketahuilah bahawa aku juga punya masa duka.

Jika kau lihat ku sering berjenaka,
sesungguhnya aku bahagia melihat kau gembira.

Jika aku menegurmu,
ketahuilah bahawa aku masih menyayangimu.

Jika tak pernah kau lihat tangisanku,
ketahuilah bahawa tangisan itu aku simpan untuk-Nya.

Tapi, ku mohon
agar kau raikanlah kekuranganku
kerana insan biasa itu tidak sempurna.

Cuba untuk mengerti diriku
kerana aku juga sedang mengerti kamu.

*******

Kadang-kadang, bila kita ada masalah, rasa nak cerita je kepada kawan-kawan. Tapi, tak semestinya kawan kita tu faham. Mungkin dia cuba nak faham, tapi tak dapat sebab dia sendiri pun ada masalah jugak. Maka, letakkanlah pergantungan kita kepada Allah. Kalau ada masalah, mengadulah kepada Dia. Kerana Dia Yang Menciptakan kita, maka Dialah Yang Paling Memahami diri kita. Dia Yang Menguji kita, maka 'berceritalah' kepada-Nya (P/s: Peringatan untuk diri sendiri terutamanya).

"...Ketahuilah, dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia"
[Surah ar-Ra'd:Ayat 28]

Wallahu'alam.

Thought of the day: Kena sentiasa jaga hati, supaya berupaya 'menyentuh' hati orang lain :)

No comments: