Saturday, September 6, 2008
Amanah Part 2
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maseh mengurniakan peluang kepada ana untuk terus mengupdate blog ini. Kali ini, insyaAllah, ana akan cuba untuk menyambung huraian mengenai amanah.
Ana nak sambung mengenai amanah kita terhadap Allah sebagai hamba dan khalifah-Nya. Amanah kita terhadap Allah SWT sebenarnya terlalu banyak. Menunaikan ibadah kepada Allah, mentadbir bumi ini mengikut ajaran Islam dan meninggalkan segala kemungkaran. Semuanya amanah yang perlu kita tunaikan dengan sebaiknya.
Meneruskan dakwah Islamiyah menyebarkan Islam di atas muka bumi ini merupakan amanah kita terhadap rasul tercinta, Nabi Muhammad SAW, di samping mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Anggota badan kita yag dipinjamkan oleh Allah SWT juga merupakan suatu amanah. Kita seharusnya menggunakan anggota badan tersebut untuk melakukan kebaikan, bukannya melakukan maksiat. Tangan tidak seharusnya digunakan untuk memegang lelaki atau perempuan ajnabi. Kaki pula tidak seharusnya digunakan untuk melangkah ke tempat maksiat. Mulut pula seharusnya digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran, menyebut perkara-perkara yang baik dan pelbagai lagi kebaikan.
Apakah yang dikatakan dengan mengkhianati amanah Allah SWT? Mengabaikan perintah-Nya, tidak berjuang menegakkan Islam, tidak meneruskan dakwah Islamiyah, menggunakan anggota badan milik Allah SWT untuk melakukan kemungkaran. Setiap perbuatan ini menunjukkan bahawa kita mengkhianati amanah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.
Tanpa kita sedari, sebenarnya, terlalu banyak amanah yang kita pikul. Dan setiap amanah yang kita galas di bumi yang fana ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kita akan disoal sama ada kita telah menjalankan amanah kita dengan sebaiknya di dunia ini. Mampukah kita melaksanakan setiap amanah kita pikul? Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri, sama ada kita mahu melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya atau sekadar menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sambil lewa.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Friday, September 5, 2008
Amanah Part 1
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang maseh memanjangkan umur kita untuk terus beribadah kepada-Nya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
Entry kali ni ringkas je. Sekadar berkongsi apa yang bermain-main di minda ana saat ini. Tadi, ana ada berbincang dengan seorang adek ana mengenai beberapa perkara. Dan entah bagaimana perbincangan kami menjurus ke arah politik.
Hmm. Ana pun rasa agak pelik bilamana ana tetiba je menyibukkan diri, mendalami ilmu politik negara kita ni. Mungkin sebab politik negara kita tahun ni agak best untuk diambil berat.
Sekarang ni pun ana sedang sibuk membaca suatu perbincangan di website iLuvIslam. Forum yang membincangkan mengenai 16 September ini. Ana rasa seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu politik negara sudah tahu perkara yang akan (atau diexpect) berlaku pada tarikh tersebut.
Apa-apa pun, kita tunggu je la keputusan pada 16 September nanti. Ana tak berani nak huraikan isu ni dengan panjang lebar, memandangkan ilmu politik yang ana miliki terlalu cetek & isu politik negara kita yang terlalu complicated.
Erm. Tu baru mukadimah je. Perkara sebenar yang ana nak bincangkan kali ni berkaitan dengan amanah. Sama ada kita sedari atau tidak, setiap seorang daripada kita sebenarnya sedang memikul amanah & tanggungjawab, biarpun kita tidak memiliki sebarang jawatan. Meskipun kita tidak memegang jawatan, kita maseh merupakan seorang pemimpin! Pemimpin kepada diri sendiri. Kita seharusnya memimpin diri kita sendiri agar lebih mudah untuk kita memimpin orang lain.
Malah, kita juga memikul amanah sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi milik-Nya ini. Amanah yang perlu kita galas dengan sebaiknya. Tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan sesempurna mungkin. Tuntutan agama yang perlu dipikul tanpa rasa ragu dan sambil lewa. Kewajipan yang perlu ditunaikan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anfal yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).
(Al-Anfal : 27)
P/S: Hmm. Jadi panjang la pulak entry ana kali ni. Takpe la. InsyaAllah, nanti ana sambung lagi huraian mengenai amanah ni dalam part 2.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Tuesday, September 2, 2008
Sedih
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita maseh dapat menghirup udara Ramadhan pada hari ini. Memandangkan ana free malam ni (walaupun ada homework yang perlu disiapkan =D), ana cuba untuk mengupdate blog ni sekejap.
Sedih. Itulah perasaan ana sekarang ni. Sedih. Walaupun pada hakikatnya, kat sekolah tadi ana nampak happy je ngan kawan-kawan ana.
Memang ana rasa happy. Tapi di sebalik kegembiraan yang ana tunjukkan, terselit rasa sedih dalam hati ana. Rasa sedih yang teramat sangat. Rasa sedih yang tak mungkin dapat didescribekan menggunakan kata-kata. Rasa sedih sangat-sangat.
Tapi, takpe la. Mungkin ada hikmah di sebalik segala apa yang telah ditakdirkan Allah SWT. La Tahzan. Innallaha ma'ana.

Ana rasa sampai sini saja dulu coretan ana kali ini. InsyaAllah, kalau ada masa lapang, ana akan update blog ni lagi nanti.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Monday, September 1, 2008
First Day of Ramadhan
Assalamualaikum w.b.t.
Ahah. Entry kali ni sekadar update ringkas je.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah berjaya menghadapi hari pertama puasa. Ada lebih kurang 29 hari lagi untuk menyambut ketibaan AidilFitri.
Ana bukannya nak cakap pasal AidilFitri. Ana nak cakap pasal hari ni, 1 Ramadhan. Entah pahal. Ana rasa semangat je nak sambut Ramadhan this year. Dan alhamdulillah, dapat jugak ana menyambut ketibaan Ramadhan ni. Semoga Allah SWT memanjangkan umur ana agar dapat ana tempuhi bulan Ramadhan ni dengan sempurna. InsyaAllah.
Alhamdulillah, syukur sekali lagi kerana dengan izin-Nya, ana maseh mampu menunaikan solat sunat tarawih. Rindu betul la ngan solat sunat tarawih ni. Yelah. Bukannya selalu pun kita dapat menunaikan solat sunat ni kan? Dalam setahun, sebulan je masa yang kita ada untuk menunaikan solat sunat tarawih. So, gunakanlah masa sebulan tu dengan sebaik-baiknya.
Owh. Sebelum ana terlupa, maybe lepas ni ana tak dapat nak update blog selalu. Sebab ana nak sibukkan diri ana walaupun ana tak sibuk. ^__^ Ahah. Bagus la tu kan? Sibukkan diri pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Sibukkan diri dengan pelbagai urusan, urusan dunia mahupun urusan akhirat. Penuhi masa kita dengan urusan-urusan yang bermanfaat. Mana tahu, kita tak sempat nak sambut Ramadhan 1430 H nanti kan? So, as a conclusion, manfaatkanlah bulan Ramadhan yang sedang kita lalui ni.
Lagipun, ana tak dapat nak update blog selalu sebab mak ana dah suspect 'something' bila ana asyik menghadap laptop ni (ana malas nak cerita. asyik nak ketawa je everytime teringat perkara tu =D).
Oklah. Ana rasa sampai sini je ana merapu pada malam ni. Akher kata, jom kita sibukkan diri kita pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini! =)
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Puisi
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang untuk menggerakkan jari jemari ini mencoretkan sesuatu buat tatapan pembaca sekalian. Entry ana kali ni simple je, sekadar untuk berkongsi sebuah puisi yang cambest je bagi ana. Hehe. Ana ni rajin baca puisi je. Tapi langsung tak berbakat untuk menghasilkan puisi. ^__^
Penawar Hati
Tika ini,
langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa.
Kalbuku,
yakinlah pada janji ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerna kasih-Nya sentiasa ada buatmu.
Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerna kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa.
Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khalidmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu.
Puisi ni ana dapat dari iLuvIslam. Bagi ana, puisi ni memang best la. Banyak lagi puisi-puisi yang best kat iLuvIslam tu. Tapi, ana rasa agak malas nak kongsikan sekarang ni. Mungkin nanti-nanti la pulak ana kongsi puisi yang lain. InsyaAllah.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
