Tuesday, April 20, 2010

Islam itu syumul :)

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala pujian hanyalah milik Allah. Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih lagi bernafas pada hari ini dan masih dikurniakan nikmat iman dan Islam.

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." [Surah al-Baqarah, ayat 208]

Kita sebagai umat Islam mestilah mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan kita. Bukannya kita ambil part yang kita suka, dan kita campakkan jauh-jauh ajaran Islam yang kita rasakan tak sesuai dengan kita.

Hakikatnya, Islam bukanlah satu agama atau kepercayaan semata-mata. Tapi, Islam itu merupakan satu cara hidup yang lengkap. Allah dah sediakan guidelines yang mesti kita patuhi, untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Jadi, kenapa kita nak tolak panduan hidup yang disediakan oleh Pencipta kita, ataupun kita terima sebahagian daripadanya dan yang lain kita tolak? Kita diciptakan oleh Allah, maksudnya Allah yang paling memahami kita kerana kita semua ni adalah ciptaan Dia.

Ajaran Islam bukannya ibadah je. Sebenarnya, ajaran Islam adalah menyeluruh. Akademik, ekonomi, sosial, politik...semuanya ada. Kalau kita imbas kembali sirah Nabi dan para sahabat, serta zaman kegemilangan Islam, Islam dijulang tinggi. Sangat sangat berbeza dengan keadaan kita, umat akhir zaman ni. Agak-agaknya mengapa perkara ni berlaku?

Bezanya antara umat Islam terdahulu dan umat Islam akhir zaman (baca: kita) adalah, umat Islam terdahulu menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka. Bukan, bukan setakat cakap "Islam is the way of life" je, tapi mereka benar-benar praktikkan Islam itu, every inch of Islam (maksudnya, mereka praktikkan setiap ajaran Islam tu). Mereka juga menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber rujukan mereka.

Kita sekarang ni bagaimana pula? Al-Quran dan sunnah masih dijadikan sebagai sumber rujukan, TAPI...dicampur-adukkan dengan nafsu. Kalau kita perhatikan, memang kita masih merujuk al-Quran dan sunnah, tapi kita hanya ambil bahagian yang selari dengan kehendak kita. Contohnya, Allah dah sediakan hukum hudud. Tapi, nafsu kita mengatakan yang hudud ni kejam (seolah-olah mengatakan Allah kejam, indirectly). So, as a conclusion, kita tolak hukum hudud.

Next example, sunnah Rasulullah yang paling famous; poligami. Ramai yang berpoligami, tanpa merujuk pada sirah Nabi Muhammad. Apa sebenarnya tujuan Rasulullah berpoligami? Kalau kita perhatikan, poligami ni dilaksanakan oleh Rasulullah untuk mengahwini janda yang kematian suaminya semasa berperang. Ramai yang menggunakan alasan "poligami tu kan sunnah Nabi" untuk berpoligami, tapi persoalannya sunnah yang lain kita buat tak (or at least try nak buat)?

Okay. Sebagai konklusinya, kita mestilah terima setiap ajaran Islam, dan praktikkan. Kita kena laksanakan amar ma'ruf nahi mungkar, bukannya salah satu je. Bahasa mudahnya, kita kenalah jadikan ajaran Islam sebagai panduan, dalam setiap aspek kehidupan kita :)


P/s: Minta maaf kalau ayat berterabur. Kekurangan yang satu ni (baca: kalau nak sampaikan sesuatu, idea dah ada tapi ayat yang terkeluar dari mulut atau ditaip oleh jari akan menjadi tak tersusun) sedang dalam proses dibaiki.

Thought of the day: Sahabat, doakan ana agar tak goyah pegangan dan berani menyatakan pendirian

No comments: