Wednesday, October 22, 2008

Cinta pada Ilahi

Assalamualaikum w.b.t.

Tika ini,
Perasaan hati ini sukar sekali untuk difahami.
Bimbang, sedih, risau, sayu
dan segala macam jenis perasaan lagi
telah menguasai hati ini.
Segala rasa itu
telah berjaya mengusir
ketenangan yang baru bertapak di hati ini
sementara cuma.

Saat ini,
Diriku meragui rasa cintaku pada Sang Pencipta.
Adakah rasa itu sudah tersemat kukuh di dalam dada?
Adakah rasa itu hadir tanpa dipaksa?
Atau mungkinkah rasa itu hanyalah satu sandiwara?

Detik ini,
Pelbagai persoalan menganggu fikiranku.
Adakah aku benar-benar mencintai Penciptaku?
Mampukah aku mencintai Allah umpama golongan terdahulu?
Sedangkan diri ini maseh terlalu lemah.
Diriku seringkali alpa dan lalai dalam mengingati-Nya.
Diriku maseh hanyut terbuai mimpi yang lena.

Kini,
Baru kusedari,
Cintaku pada Allah masih terlalu goyah.
Rasa itu masih perlu dibajai
pada setiap denyut nadiku.

Bantulah aku untuk mencintai Rabbku.
Pimpinlah aku untuk mengukuhkan rasa cinta dan iman
yang masih belum utuh ini.

Biarlah rasa cintaku pada Allah
tidak sehebat rasa cinta para sahabat terdahulu.
Namun, aku tetap bersyukur pada-Mu atas kurniaan rasa ini.

Setidak-tidaknya,
Rasa kasihku pada Ilahi
mampu menyedarkan aku daripada mimpi yang panjang ini.
Sekurang-kurangnya,
Rasa cintaku pada-Nya
mampu membakar semangatku untuk terus berjuang
menegakkan Deenul Haq tercinta.
Dan rasa cintaku pada ar-Rahman ini juga
mampu menyedarkan aku tentang hakikat sebenar diri ini.

Diri ini hanyalah seorang hamba
yang masih punya rasa cinta pada Ilahi,
Biarpun rasa itu sedikit cuma.
Namun, akan terus ku pupuk
rasa cintaku pada Yang Satu.
Agar kelak rasa itu kan
memenuhi segenap ruang hatiku.


^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: