Thursday, August 28, 2008

Ramadhan al-Mubarak ^__^

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kasih sayang-Nya, ana maseh berpeluang untuk menghirup udara di atas muka bumi milik Allah ini dan seterusnya mengupdate blog ini. Kali ini, ana ingin berbicara mengenai suatu bulan yang teramat istimewa, bulan yang penuh dengan kebaikan iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak.

Alhamdulillah, syukur sekali lagi ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, insyaAllah, kita bakal menyambut bulan Ramadhan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Semoga Allah mengurniakan kepada kita semua dengan kekuatan dan keupayaan untuk melawan godaan nafsu kita sendiri, lantas memperbanyakkan amal ibadah masing-masing pada bulan yang mulia itu kelak.

Pada bulan Ramadhan, umat Islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa, rukun Islam yang ketiga. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. Maksud puasa lebih daripada itu. Kita perlu faham pengertian puasa yang sebenar. Ibadah puasa bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga. Namun, ibadah tersebut berupaya mencegah kita daripada melakukan pelbagai kemungkaran. Dengan menunaikan ibadah puasa, diri kita sepatutnya jaoh daripada segala larangan Allah SWT.

Menurut pendapat Imam al-Ghazali, puasa dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu puasa awam, puasa khusus dan puasa khususul khusus.

1. Puasa awam : ia meninggalkan syahwat perut dan kemalauan
2. Puasa khusus : ia menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan segala perkara dari terlibat dengan maksiat.
3. Puasa khususul khusus : hati yang berpuasa daripada kepentingan dunia dan memikirkan perkara duniawi dan meninggalkan segalanya serta segala-galanya ditumpukan hanya kepada Allah SWT.
(sumber: www.iluvislam.com)

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang memiliki pelbagai keistimewaan. Pada bulan Ramadhan, terdapat suatu malam yang dikatakan lebih baik daripada seribu bulan iaitu Lailatul Qadr. Tarikh berlakunya Lailatul Qadr ini tidak diketahui dengan pasti. Lailatul Qadr tidak dispesifikkan pada satu tarikh yang sama sahaja setiap tahun. Lailatul Qadr berlaku pada malam-malam yang berbeza pada setiap tahun. Oleh sebab itu, umat Islam digalakkan untuk mencari Lailatul Qadr dengan cara melakukan pelbagai amal ibadah pada bulan Ramadhan, khususnya pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Namun, hal yang berlaku kepada kita, umat Islam akher zaman ini, adalah yang sebaliknya. Kita dapat lihat masjid-masjid hanya dipenuhi oleh muslimin muslimat pada malam pertama Ramadhan,malam kedua dan begitu juga dengan malam ketiga. Di mana pula kita berada pada malam-malam yang lain? Hanya berehat di rumah kerana penat berpuasa selama sehari suntuk? Pada bulan Ramadhan inilah kita seharusnya berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah masing-masing.

Selain Lailatul Qadr, Ramadhan merupakan bulan yang istimewa di mana al-Quran telah diturunkan dengan lengkap. Al-Quran telah diturunkan dengan lengkap kepada junjungan tercinta, Rasulullah SAW. Pada tarikh 17 Ramadhan, yang turut dikenali sebagai Nuzul al-Quran, al-Quran telah diturunkan dengan lengkap (namun, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa al-Quran telah diturunkan dengan lengkap pada tarikh lain). Pada bulan yang penuh dengan 1001 kebaikan inilah panduan hidup umat Islam (selain as-Sunnah) telah diturunkan dengan lengkap. Biarpun al-Quran telah diturunkan lama dahulu, namun, ajaran yang terdapat di dalamnya tidak pernah dan tidak akan berubah.

Pada bulan Ramadhan juga terdapat satu solat sunat yang istimewa. Solat sunat tarawih, satu-satunya solat sunat yang hanya boleh ditunaikan pada bulan Ramadhan. Kita seharusnya mencuba sedaya-upaya kita untuk menunaikan ibadah fardhu sesempurna mungkin, di samping memperbanyakkan ibadah sunat dalam bulan Ramadhan. Dan salah satu caranya adalah dengan menunaikan solat sunat tarawih, tak kisah la kita nak solat 8 rakaat atau 20 rakaat. It depends on diri masing-masing. Alangkah ruginya andai masa kita pada bulan Ramadhan kelak disia-siakan begitu sahaja.

Terdapat juga peristiwa-peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Ramadhan: 

1. Peperangan Badar Kubra (17 Ramadhan tahun 2 hijrah)
2. Pembukaan Kota Mekah (10 Ramadhan tahun ke 8 hijrah)
3. Sebahagian daripada peristiwa peperangan Tabuk (tahun 9 hijrah)
4. Tersebar luas Islam ke Yaman (tahun 10 hijrah)
5. Khalid al-Walid menghancurkan berhala al-Uzza (tahun 8 hijrah)
6. Islamnya Bani Thaqif dan mereka menghancurkan berhala al-Laata yang mereka sembah (tahun 9 hijrah)
7. Peristiwa Ain Jalut, iaitu tentera Monggol dikalahkan oleh Sultan Quthuz 915 Ramadhan 658 hijrah)
8. Pembukaan Andalus di bawah pimpinan Toriq.
(sumber: www.iluvislam.com)

Marilah kita bersama-sama menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembakar semangat kita untuk menghadapi bulan Ramadhan kelak. Sebelum ana mengakhiri entry kali ini, ana ingin berkongsi satu karya yang ringkas namun amat bermakna.

Andai Ini Ramadhanku yang Terakhir

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian adalah sesuatu yang pasti

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu
Merayu
Kepada-NYA Tuhanku yang satu

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu
Bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang
Bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malamku aku sibukkan dengan
Bertarawih
Berqiamullail
Bertahajjud
Mengadu
Merintih
Meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi
Kasihanilah daku hamba-MU yang
Hina
Dhaif
Jahil
Lagi banyak dosa ini
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatnya
Moga setiap langkah ku zuhud kepada-MU
Moga ku istiqamah di ramadhan ini.

(sumber: www.iluvislam.com)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: