Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang untuk mengupdate blog ni. Dan syukur kepada Allah yang melancarkan segala urusan hamba-Nya. ^__^ Coretan kali ni ringkas je. Sekadar untuk berkongsi sesuatu (puisi ek? ngee).
Sahabat,
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu.
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabatku yang sangat aku cintai,
Sungguh, jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah.
Jalan ini matlamatnya cantik dan mengagumkan.
Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui.
Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.
Sahabat,
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu.
Syeikh Hassan Al Banna, ditembak di pasar.
Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq!
Syed Qutb, nyawanya tercabut menemui Rabbnya di tiang gantung.
Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq.
Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening.
Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!
Amanah ini untuk kita, sahabatku.
Amanah ini untuk orang seperti kalian.
Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali.
Tetapi sahabat, yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya.
Aku ingin ingatkanmu kasih sayang-Nya dan rahmat-Nya terhadap hamba yang diredhai-Nya.
Sahabat,
peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja.
Tapi bukan engkau.
Engkau dibina dengan tarbiyah.
Dihiasi keindahan akhlak.
Dilahirkan sebagai pendukung agama ini.
Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang, kau terus menguatkan langkah menyusur jalan ini.
Aku yakin, kerna kau sahabatku.
Sahabat,
tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini.
Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat.
Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu.
Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini.
Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini.
Akan aku luka dan berdarah bersama kau.
Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.
Sungguh aku bersama mu.
Tulus,
Sahabatmu tercinta
No comments:
Post a Comment