Sepatutnya, sekarang ni, ana tengah buat ulangkaji. Bukannya menghadap laptop. Tapi, terpaksa jugak menghadap laptop ni. Nak register matriks. Hehe. Ana tak sengaja la nak register last minute. Baru tahu tarikh tutupnya 10/10/2008, which means lusa. Haih.
So, berbalik kepada tajuk post kali ni, awan. Awan. Apa yang best sangat tentang awan ni? Entah la. Ana pun tak tahu. Yang ana tahu, ana suka tengok awan. Bila tengok awan, fikiran yang bercelaru boleh jadi tenang. Awan ni nampak cambest je. Entah la apahal. Tapi, setiap kali ana tengok awan, mesti rasa tenang. Awan nampak cantik sangat! =)
Bila tengok awan, ana teringat pulak kata-kata Laksamana Sunan dalam novel Bagaikan Puteri (karya Ramlee Awang Murshid). Awan kalau dapat dicapai, maka, saktilah hamba. Ngee.
Owh. Tadi, masa exam Sejarah Paper 1, ana sempat 'berkarya'. Hehe. Ana siap awal sangat. So, sempat la 'berkarya' kejap. Apa benda karya tu? Karya tu kata-kata yang ana tulis sebagai peringatan buat diri sendiri.
Adeh. Apahal tak dapat pulak nak register matriks ni ek? Ngee. Takpe la. Lain kali try lagi. Nanti-nanti la ana try lagi. Nak buat ulangkaji. Sebelum tu, ana nak kongsi satu lagi ayat al-Quran mengenai ketenangan hati.
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."
(Surah ar-Ra'd. Ayat 28)
(Surah ar-Ra'd. Ayat 28)
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
2 comments:
Salam dik,
akak pun kebetulan suka nangga awan juak. Kadang-kadang balit kuliah jalan kaki. Jadi masa yalah digunakan sebaiknya untuk menikmati awan...
Subhanallah...kacak kan ciptaan Ilahi?
Istiqamah selalu...=)
Kirim salam kat kawan-kawan yang lain...
Wslm kak Wani.
Erm. Semua ciptaan Allah nang kacak.
Doakan supaya kmk sentiasa istiqamah.
InsyaAllah, klak sampaikan salam ktk ngan kwn2. =)
Post a Comment