Sunday, December 4, 2011

The Hardest Battle

Bismillahhirrahmannirrahim.

Terlupa pulak dengan kewujudan blog ni. I've been busy for the past few weeks. Ok. Tak la busy sangat pun setiap masa. Tapi, at certain times, memang busy, rushing sokmo. Bila busy & rushing, mula la nak stress. Bila stress, mula la tak behave. Bila tak behave, memang akan menyakitkan hati orang dan rasa semua orang annoying. Lepas tu, mula la rasa homesick, nak balik sekarang jugak! -_-"

Post ni bukan nak membebel. Tapi, nak share questions that I've been thinking for these few days. Are we living in a selfish community? Where there's no empathy towards others? Where everyone only thinks about themselves?

Adakah sekarang ni, kita hidup dalam masyarakat yang mengamalkan sikap 'Alah. Sukati aku la nak buat camne. Kalau ko dapat susah, ko punya pasal la'? Hidup 'nafsi, nafsi'? Sedangkan kita hidup dalam kelompok masyarakat, bukan hidup sorang-sorang. Maksudnya, please consider orang lain before buat any decision, kalau decision tu akan affect orang lain.

Penat la fikir. Boleh siapa-siapa tolong jawabkan?

*******
Pinjamkanlah kekuatan semangat pada teman yang memerlukan, meskipun saat itu kau sendiri sedang lemah,
Sandarkan bahu buat sahabat yang kesedihan, meskipun saat itu kau sendiri sedang menangis,
Bersedeqahlah kepada yang memerlukan infaqmu, meskipun saat itu kau sendiri sedang kesempitan,
Luangkan masa untuk mendengar bicara sahabatmu yang mungkin ada masalah, walaupun kau sendiri sedang menanggung beban masalah yang payah untuk dipikul,
Hakikatnya, bukankah manusia itu pendosa dan sering lupa?
Hakikatnya, menasihati dan membantu orang lain bermakna kau sedang menasihati dan membantu diri sendiri.
[Kredit status: Sahabat yang comell :)]

Pesanan ni, tiba tepat pada masanya. Bilamana hati dah tak tenang dan dihiasi titik-titik hitam yang tak terkira, akhlaq dah tak terjaga, diri sendiri sedikit demi sedikit mula mengamalkan sikap 'selfish' yang menjadi persoalan di atas. Haa..Allahu Allah. Penat..! Penat bertarung dengan diri sendiri. Penat bertarung dengan nafsu dalam diri. Penat nak mujahadah untuk jadi hamba-Nya yang bertaqwa. Benarlah kata Hlovate dalam novel Versus; The hardest battle is when you're against yourself.

Moga penat di dunia ini tak sia-sia. Amin.

Thought of the day: Sekarang ni, rasa nak sorang-sorang je. Bukan sebab orang lain annoying ataupun menyakitkan hati, tapi sebab diri sendiri yang tak habis-habis buat orang lain sakit hati. Kalau tak sakitkan hati orang sehari, memang tak sah. Allah, nak hati baru..! Hati sekarang ni dah rosak teruk, kalau rendam dalam clorox pun tak tahu la boleh putih balik ke tak.

Wallahu'alam.

Tuesday, November 1, 2011

Random Thought

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.

Lari sejauh mana sekali pun, kalau Allah dah tetapkan dia sebagai jodoh, tetap akan bersama. Biar dekat macam mana pun, kalau Allah dah takdirkan dia bukan jodoh, tetap takkan menjadi.

So, what is there to be worried?

Thought of the day: What's up with the above statement? Well, I'm just expressing my opinion. Might be a good reminder for you, you, you and of course, myself ^^ (Penangan BMC mungkin? :P)

P/s: Please make du'a for me and my friends, will be having our Organic Chemistry exam today. Rabbi yassir wa la tu'assir ya Allah :)

Wallahu'alam.

Friday, October 14, 2011

Mujahadah & Thiqah

Bismillahirrahmannirrahim.

Senang kan kalau kita boleh bersihkan hati kita dengan clorox je? Hati yang hitam, penuh dengan titik-titik dosa, letak je dalam clorox. Lepas tu, hati dah jadi putih, warna asalnya.

TAPI, taakkk! Nak bersihkan hati tak mungkin guna clorox. Nak hilangkan titik-titik hitam yang melekat pada hati ni, perlukan mujahadah.

Mujahadah membersihkan dan menjaga hati. Mujahadah melawan bisikan syaitan dan godaan nafsu. Mujahadah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan maksiat. Mujahadah untuk istiqamah.

Pendek cerita, mujahadah untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Mujahadah, satu perkataan yang sangat mudah disebut, tapi sangat payah untuk dilaksanakan. Mujahadah itu memang pahit, sebab ganjarannya tak ternilai.

*******

Word of the week: Thiqah.

Thiqah itu perlu bagi da'ie. Agar lebih mudah untuk mad'u menerima dakwah si da'ie. Thiqah, bukan bermaksud tak boleh bergurau. Bergurau boleh, tapi ada hadnya, jangan sampai orang tak ambil kisah apa yang kita perkatakan. Serious, jangan sampai orang tak selesa dan lari daripada kita.

Wallahu'alam.

Sunday, October 2, 2011

Telepati

Bismillahirrahmannirrahim.

O Allah,
I don't know all the challenges this person has,
but You Know everything.
I hear her silence,
You Hear her plead.
I hear her laughter,
You See her tears.
I see when she gives,
You See what has been taken from her.
I see her appearance,
You See her soul.
I experienced her faith,
You Knew her doubts.
I pray to You,
to give her everything she needs,
and bless her abundantly for all the times to come.
Ameen.

Bila dapat mesej ni, dari seorang sahabat yang jauh kat Gombak sana, mata dah rasa basah T-T Tapi, tahan jugak air mata dari mengalir, sebab ada ramai orang kat sekeliling. Tenangkan hati, pujuk diri sendiri.

Ya Allah, ikatan apakah ini? Setiap kali rasa down, tak bersemangat dan masalah bertimpa-timpa, mesti ada je mesej daripada sahabat-sahabat yang membakar semula semangat. Bila terlalai dan mula lagho, ada je sahabat yang mengingatkan kembali, supaya sentiasa jaga hubungan dengan Allah.

Serious, rasa sangat bertuah dikelilingi sahabat-sahabat yang ada kurniaan 'telepati' ni. Tak perlu saya beritahu mereka yang saya ada masalah atau tengah down, Allah yang memberikan ilham kepada mereka. Tanpa perlu mereka melihat keadaan saya pun, Allah yang gerakkan hati mereka untuk menghantar kata-kata semangat dan tazkirah.

Terima kasih Allah atas hubungan ukhuwwah yang indah ini ^^

Thought of the day: Ikatan hati yang sangat istimewa, sehingga menjadi telepati ^^ Ikatan yang sangat berharga bagi saya, sebab saya bukanlah jenis orang yang mudah meluahkan masalah kepada sesiapa. Bukan masalah tak percaya, cuma, dah terbiasa. Dah terbiasa sangat mendengar berbanding bercerita. Kalau saya bercerita pun, mesti ada part yang dah ditapis :)

Wallahu'alam.

Monday, September 26, 2011

Lepas cuti lebih kurang 5 bulan

Bismillahhirrahmannirrahim.

Banyak sangat perkara dalam fikiran. Kena keluarkan sikit, supaya boleh bagi laluan pada fakta-fakta Organic Chem & Microb untuk mencelah pulak ^-^ Fikir punya fikir, akhirnya buat keputusan untuk menconteng-conteng di blog, sebab kalau letak kat wall FB, takde privacy (unless guna FB Malay, yang setakat ni masih mengekalkan setting FB yang lama). Kat blog, at least ada la sikit. [FB seolah-olah ajar para penggunanya untuk jadi stalkers -_-"]

Okay. Jom mulakan 'contengan'! :)

*******

Lepas cuti lebih kurang 5 bulan, jadi seolah-olah tak pandai berinteraksi dengan orang sekeliling. Okay, mungkin nampak tak pelik. Tapi bukan setakat dengan orang sekeliling (yang mungkin tak begitu dikenali), dengan kawan-kawan sekelas pun tak tahu nak cakap apa. So, most of the time, memang diam sokmo.

*******

Lepas cuti lebih kurang 5 bulan, jadi TERLEBIH pendiam. Sangat sangat senyap, sampaikan rasa diri sendiri invisible. Jadi, rasanya, apa pendapat orang sekeliling pulak? Memang tak sedar kehadiran saya ke? -_-" Tapi, takpe. Indirectly, melatih diri untuk mempraktikkan hadith Rasulullah SAW :)

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. [Riwayat Bukhari]

*******

Lepas cuti lebih kurang 5 bulan, macam-macam yang terjadi. Ada perkara yang masih kekal sama, ada perkara yang dah berubah. Perkara yang dah tak sama macam dulu (baca: berubah), cuba tenangkan diri sendiri untuk terima takdir Allah dengan hati yang redha. Tapi, mungkin masih tak mampu capai tahap redha. Sebab, setiap kali teringat perkara 'itu', hati automatik rasa sedih. Tapi, alhamdulillah, rasa sedih dah semakin berkurangan. Sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa, berjaya menembusi tapisan manusia tak bermakna akan mampu menembusi tapisan Allah juga. Dan Allah itu Maha Mengetahui. Bila tersekat di tapisan Dia, maka yakinlah masih ada perkara yang perlu diperbaiki.

Perbualan A dan B:

A: Sedihlah -_-"

B: Kenapa?

A: Sebab benda 'tu' la. Macam mana ye nak tenangkan hati ni?

B: Erm. Mintak dengan Allah la. Sebab ketenangan tu milik Dia.

A: *speechless*

*******

Allah akan tapis orang-orang yang mahu serius dengan dakwah, dengan Dia mengekalkan hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas sahaja.
[Status FB seorang sahabat]

Apabila mata menatap skrin laptop, otak mula mencerna bait demi bait perkataan dalam ayat di atas, air mata dah rasa nak mengalir. Rasa tepat kena pada diri sendiri! Tapi tetap tenangkan hati, tapisan Allah itu lebih penting, mengatasi tapisan manusia. Dan terus menerus ingatkan diri, cara berdakwah itu pelbagai, jangan limitkannya. Sabar dan teruskan sabar. Didik hati untuk terima keputusan Allah dengan redha.

Thought of the day: Menulis/bercakap memang senang, lebih mudah daripada melakukannya. Sentiasa mohon kekuatan daripada Allah untuk melakukan setiap apa yang diperkatakan (baca: walk the talk) ^^

Wallahu'alam.

Thursday, September 15, 2011

DO NOT VOTE!

Bismillahhirrahmannirrahim.

Oh! Tak payah gosok-gosok mata anda, tanda anda tak percaya. Jangan salahkan mata anda, sebab tajuk yang anda baca memang betul. Tapi, sebelum anda buat any assumption, baca sampai habis dulu entry ni okay?

Yes, DO NOT VOTE. Vote untuk apa? Untuk general election. Ramai antara kita yang berpendapat, "Ala..aku sorang je kot tak pegi mengundi. Takde bezanya aku mengundi ke tak mengundi,". TAPI! Betul ke takde beza? Itu baru seorang, dan sebenarnya bukan seorang yang berfikiran sebegini. Kalau dah 10, 000 orang mempunyai pendapat yang sama, maka dah 10, 000 orang yang tak menjalankan tanggungjawab mengundi.

Mengundi bukan dengan niat saja-saja. Tapi, dengan niat menunaikan tanggungjawab. Ya, memilih siapa pemimpin kita, itu tanggungjawab kita. Kalau berani meremehkan tanggungjawab mengundi di dunia, beranikanlah juga diri anda untuk menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak.

Okay. Nak kongsi video berkaitan dengan tanggungjawab mengundi. Jom tengok video! :)




P/s: Suka tengok dua video di atas ni. Sometimes, sarcasm and reverse psychology work and give bigger impact :)

Wallahu'alam.

Monday, September 5, 2011

Silence of Love :)

Bismillahirrahmannirrahim.

Sangaaaaatttt lama blog ni tak diupdate. Bohong la kalau langsung takde cerita yang nak dikongsi. Kelalaian tuan punya blog sebenarnya -_-"

Kali ni, cuma nak kongsi satu video, insyaAllah, ada manfaatnya.




Dah habis tengok dah?

Okay. Kalau dari iklan di atas, apa yang cuba disampaikan ialah menghargai orang yang sayangkan kita; Remember to care for those who care for you. Kalau dari sudut tersuratnya, kita sebagai anak, need to accept our parents as who they are.

Tapi, apa yang menarik perhatian saya adalah, pengajaran dari sudut tersiratnya. Apa yang saya dapat, kita sebagai manusia ni, seringkali nampak apa yang kita takde instead of apa yang kita ada. Contohnya, dalam iklan di atas la. Si anak ni, cuma nampak kekurangan ayah dia, instead of tengok and appreciate usaha ayah dia yang bersungguh-sungguh nak tunjuk betapa si ayah sayangkan anak dia. Si anak, sangat mengharapkan ayah dia seorang yang normal, as in yang boleh bercakap dan dengar dia bercakap. Sedangkan, belum tentu lagi dia akan bahagia dengan ayah yang normal tu. Yes, apa yang Allah kurniakan pada kita tu memang sah sah yang terbaik untuk kita, sebab Dia Yang Maha Mengetahui ^_^

Satu lagi pengajaran ialah, treat others the way you want to be treated. Dalam iklan di atas, si anak inginkan ayah yang boleh bercakap dan mendengar, sedangkan dia tak dengar pun kata-kata ayah dia. I know, ayah dia tak boleh bercakap dan mendengar, tapi tak bermakna mereka tak boleh berkomunikasi kan? Komunikasi bukan exclusive untuk orang yang boleh bercakap dan mendengar je. Communications can happen in various ways, right?

Panjang dah ni rasanya. Kalau ada sesiapa yang nak tambah lagi pengajaran dari iklan di atas, boleh la letak kat bahagian comment :)

P/s: Hari ni baru 7 Syawal. Jadi, tak terlambat lagi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Moga kita terus istiqamah menjalani 11 bulan mendatang, setelah menjalani tarbiyah dalam satu bulan Ramadhan.

Wallahu'alam.

Thursday, June 30, 2011

Bismillahirrahmannirrahim.

Entry terakhir ditulis pada 3/5/2011. Hari ni dah 30/6/2011. Hampir dua bulan menghilangkan diri dari dunia blogging. Ada je idea yang nak dikongsikan. Tapi, dengan fikiran yang agak bercelaru dan kemalasan untuk online, menyebabkan blog terbiar tanpa sebarang update.

Sebenarnya, nak kongsi satu artikel ni. Terbaca kat azzariyat.com. Artikel bertajuk 'Keluarlah dari kelompok buat sementara'.

“Awak kalau nak tahu,saya ada seorang kawan yang dia ambil seorang laki ni jadi ‘teman tapi mesra’,”beritahu seorang kawan perempuan yang saya baru kenal di Facebook.

“Teman tapi mesra?”Soal saya.

“Kiranya,laki tu bukan teman lelaki dia pun,kiranya hanya untuk buat benda tu.”

Saya terdiam,terkejut sebentar.

“Habis tu,dorang tak kawin la?” Soal saya.

“Kahwin apanya,dorang pun ada boyfriend dan girlfriend masing-masing,ala just nak lepas nafsu,awak ni lampi la..”

Saya yang terkejut terus mesej kawan saya yang selalu menjadi tempat berborak.

“Weh,tadi aku mesej dengan satu awek ni,dia cerita..bla..bla..bla(cerita di atas).”

“Tu la,aku pun ada borak dengan kawan aku yang sedang wat praktikal kat bank. Dia cerita,ada seorang pakcik ni(pekerja),umur dah 40 tahun,dah ada anak tapi kat tempat kerja masih main tepuk-tepuk dengan seorang akak ni,umur pun lebih kurang. Dan ada satu lagi,pakcik ni(pekerja lain) kerja situ lah tapi ada kekasih kat Perak,bila kawan aku tanya pakcik ni taknak kawin ke, dia cakap itu buah hati dia,bukan untuk kahwin. Pakcik tu cakap,sehari kalau mesej,paling kurang 100 kali dan sebelum tidur wajib talefon dulu. Dan pakcik tu pun dah ada anak.”

Sekali lagi saya terkejut. Saya termenung seketika dan saya sedar bahawasanya selama ini saya berada di dalam satu kelompok yang baik,biah solehah. Di Japanese Associate Degree(JAD),kalau ada perempuan tak pakai tudung,akan ada suara-suara yang tegur beliau. Isu yang paling hebat pun isu ‘couple’ atau isu Jemaah. Saya di JAD memang tak sempat melihat dunia luar,blog adalah satu-satunya medium saya ketahui dunia luar dan biasanya penulis blog banyak yang tapis jadi saya rasa saya sudah tahu semua selok belok kehidupan.

Tapi saya silap kerana dunia luar sungguh luar biasa. Jujurnya,saya tidak pernah terfikir bahawa Malaysia sudahpun hilang Islamnya. Kita sering dikaburi dengan isu politik sehingga isu social dan agama banyak diketepikan. Kalau ada orang bersuara tentang agama,pasti ada golongan yang melabelkannya sebagai isu politik,sungguh menyedihkan.

Saya tidak pernah terbayang wujudnya ‘teman tapi mesra’ di Malaysia. Kalau di Amerika atau Jepun,perkara itu sudah menjadi kebiasaan dan saya boleh terima kerana kebanyakan di antara mereka tiada pegangan hidup,mereka tidak pernah ambil tahu tentang agama. Tetapi kalau di Malaysia perkara yang sama berlaku,saya sungguh terkejut.

Walaupun saya tidak suka dengan silibus buku agama sekolah rendah dan menengah yang lebih berpaksikan peperiksaan tetapi saya tetap sokong kewujudan buku tersebut kerana paling kurang,buku tersebut mampu memberi maklumat kepada semua orang bahawa Islam mengharamkan seks bebas. Kalau ditanya kepada semua orang Islam di Malaysia hatta yang mengamalkan seks bebas,semua orang tahu secara agama perkara itu adalah salah.

Tentang ‘teman tapi mesra’ itu mungkin satu daripada seribu realiti yang berlaku di Malaysia sekarang. Mungkin banyak lagi isu yang kita tidak tahu sebab kita gagal ‘melihat’ luar dari kelompok kita. Saya rasa,sudah sampai masanya untuk kita berhenti berbincang soal Jemaah mana yang patut kita ikut,tudung labuh yang macamana patut kita pakai,tetapi keluarlah kelompok kita buat seketika,hayati masalah-masalah luar yang lansung tiada kaitan dengan kita sebab mereka juga Islam dan mereka perlukan pertolongan dari kita.

Kadang-kadang,kelompok itu bukanlah tidak mahu mengamalkan Islam tetapi mereka tidak tahu dan mereka tiada pendedahan tentang Islam yang sebenar. Orientalis barat telah berjaya menampakkan Islam adalah agama yang jumud,agama yang penuh dengan bid’ah dolalah,agama yang membawa kemunduran. Tetapi sekarang,tibalah masa untuk kita mempamerkan Islam yang sebenar. Islam yang pada belajarnya seorang mendapat markah tertinggi,pada sukan dialah ‘Most Valueable Player’,pada percakapan dialah yang paling lantang berucap.

Ayuh,kita sama-sama beramal dengan Islam yang sempurna,ayuh kita jenguk kelompok-kelompok lain yang ada. Tapi ingat,jangan sesekali tinggal kelompok kita kerana ‘Biri-biri yang seekor lagi senang dimakan Serigala daripada yang berkumpulan’.Wallahua’lam

Sebenarnya, sangat sangat terkesan dangan artikel di atas ni. Sebab saya sendiri pernah mengingatkan diri sendiri, dengan cara meletakkan satu note dalam handphone, yang berbunyi lebih kurang begini: "Sometimes we need to step out from our comfort zone to learn more about life".

Pengalaman mengajar saya, bahawa terdapat pelbagai ragam manusia di dunia ini. Terdapat golongan yang terang-terang tercatat perkataan ISLAM di atas kad pengenalan, tapi, mungkin tak nampak keislamannya dalam kehidupan seharian. Terdapat juga golongan yang bangga dengan Islam, tapi masih tak punya kekuatan untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Ada juga golongan yang tak mengamalkan ajaran Islam dan tidak menghalang orang lain daripada mengamalkannya. Namun, terdapat juga golongan yang menyekat orang lain daripada mengamalkan ajaran Islam.

Biar dalam kelompok mana pun kawan-kawan di sekeliling kita berada, tak bermakna kita tak dapat belajar sesuatu daripada mereka. Seandainya kita berada dalam kelompok yang Allah kurniakan peluang untuk taat pada suruhan-Nya dan Allah jauhkan kita daripada melakukan maksiat, tak bermakna kita dilarang sama sekali untuk bergaul dengan kelompok-kelompok lain.

Kadang-kala, timbul rasa selesa yang membahayakan apabila kita sudah terlalu terbiasa dengan biah solehah. Maksud saya, bukanlah biah solehah ni tak bagus. Biah solehah sangat sangat sangat bagus. Cumanya, bila kita berada dalam satu kawasan yang menyelesakan, kadar kepedulian kita terhadap umat Islam yang tak berada dalam biah solehah mempunyai tendency untuk menurun. Contohnya, kita berada dalam satu kelompok sahabat yang menunaikan solat fardhu 5 waktu, yang merupakan satu comfort zone bagi kita, sehinggakan kita tak menyedari bahawa terdapat masyarakat Islam di luar kelompok kita, yang masih tak mengambil berat tentang solat fardhu.

*******
"Nama je ustazah, tapi dia tu jahat sangat sangat!", luah seorang kawan yang kegeraman.

Keburukan demi keburukan insan bergelar ustazah itu diceritakan.

Luahannya ditutup dengan satu konklusi yang berbunyi, "Nanti, kalau saya ada anak, saya tak nak hantar anak saya pergi sekolah agama".

Dan saya hanya mampu terkedu, menguncikan mulut. Sedangkan dalam hati, berkecamuk perasaan!

Allah! Janganlah Islam yang terpalit lumpur atas kesalahan umatnya.

Moral of the story: Before you (& me too, of course) take any action, please think wisely. Jangan disebabkan tindakan kita, agama Islam pulak yang orang salahkan.

Wallahu'alam.

Tuesday, May 3, 2011

Politik kotor?

Bismillahirrahmannirrahim.

Tertarik dengan artikel pertama dalam majalah Solusi isu ke-31, bertajuk 'Politik RoboCop'.

Dalam menjalani kehidupan sepanjang lebih kurang 20 tahun di dunia ini, satu fenomena yang selalu saya hadapi adalah:

"Wey, apa politik-politik ni?"

atau

"Aku tak layan la politik ni"

atau

"Umur tak cukup lagi nak mengundi, tak payah la fikir pasal politik ni"

atau

"Ala..kita ni students lagi. So, fokus akademik la. Politik tu, biar orang politik je yang uruskan"

Setiap kali mendengar kata-kata di atas, pelbagai perasaan timbul dalam hati saya. Geram, sedih, marah. Kenapa ya ayat-ayat di atas boleh diluahkan dengan selamba, tanpa perasaan? Bukankah politik itu salah satu bahagian daripada Islam? Kenapa ramai yang mengaku Islam sebagai cara hidup, tapi pada masa yang sama, menolak politik?

Adakah kerana terdetik dalam hati bahawa politik ni takkan bagi kesan pada diri sendiri? Tapi, betul ke tak bagi kesan langsung? Takkan hidup kita tak terkesan dengan pimpinan pemimpin negara? Kalau harga barang naik, takkan takde efek pada kewangan dan perbelanjaan kita? Alah! Setakat naik 10 sen, apa barang nak bising-bising kan? Tapi, pernah tak kita terfikir nasib orang lain, yang hidup dihimpit kesusahan dan kemiskinan, setiap kali harga barang naik?

Atau kerana keadaan politik di negara kita yang menghalalkan segala macam cara untuk mendapatkan kuasa, sehinggakan golongan remaja jadi muak dan geli, lantas tak ambil peduli tentang politik? Ya, sehinggakan politik itu disinonimkan dengan kotor. Tapi, benarkah politik itu kotor sedangkan Rasulullah SAW sendiri mengamalkan politik atau sebenarnya terdapat pihak yang menggunakan cara kotor (baca: haram) dalam politik?

Seperti yang saya katakan tadi, politik itu sebahagian daripada Islam. Jadi, kenapa timbul isu tak nak ambil tahu tentang politik langsung? Seolah-olah politik itu satu alahan pada kita.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
[Al-Baqarah: Ayat 208]
Sumber: Klik sini

Maka, apa alasan anda untuk terus-terusan menolak satu bahagian daripada Islam?

[NOTA: Ini bukan artikel menyokong kerajaan atau pembangkang. Cuma luahan rasa, moga menjadi muhasabah buat diri yang menulis dan sesiapa yang membaca]

Thought of the day: Seringkali terdetik dalam hati, bagaimana manusia boleh hidup dengan aman dan tidur dengan lena pada malamnya, sedangkan pada siang harinya, dia telah memutar-belitkan fakta atau cerita sebenar, dan tak cukup dengan itu, disebarkan kepada orang ramai cerita yang telah di'edit'? Dosa sesama manusia, hanya boleh diampunkan oleh dia (baca: individu) yang kita lakukan kesalahan padanya.

Wallahu'alam.

Tuesday, April 19, 2011

Satu malam di LCCT

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, dah selamat tiba di LCCT :)

Selalunya, bila sahabat-sahabat saya dapat tahu yang saya akan travel seorang-seorang untuk balik ke Sarawak, soalan yang akan ditanya adalah, "Balik sorang je? Ya Allah, beraninya!". Dan saya pulak akan jawab, "Dah biasa dah", tak pun senyum je.

Tipu la kalau saya katakan yang saya tak cuak atau risau bila travel seorang-seorang. Tapi, saya tenangkan hati saya dengan mengukuhkan keyakinan bahawa Allah itu dekat, Dia akan sentiasa jaga saya, setiap masa. Lagipun, saya tahu ramai yang mendoakan keselamatan saya. Selain ibu bapa saya, sahabat-sahabat saya bukan saja mengiringi perjalanan saya dengan salam-peluk-cium, tapi jugak dengan iringan doa :)

Sebenarnya, travel berseorangan ni mengajar saya satu perkara; meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Memang timbul perasaan risau dalam hati saya, seandainya sesuatu yang tak diingini terjadi (naudzubillah), tapi saya kena yakin yang Allah akan jaga saya setiap saat, selagi saya ingat pada Dia. Sebab itu pesanan Rasulullah SAW, insan terdekat dengan Allah. Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu.

Dari Ibnu Abbas RA, katanya: Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasulullah SAW (boncengan), lalu baginda bersabda: Wahai anak, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan memelihara kamu, peliharalah Allah nescaya (Dia) akan berada dihadapan kamu, dan jika engkau memohon maka memohonlah kepada Allah, dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah, dan ketahuilah bahawa sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk memberikan suatu manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah, dan sekiranya umat berkumpul (bersepakat) untuk mendatangkan bencana keatas kamu, nescaya mereka tidak akan mampu berbuat demikian melainkan dengan sesuatu yang telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah. Dan telah diangkat segala pena dan telah kering segala buku.
(Hadis Hasan Sahih Riwayat Iman Tarmidzi)

Seperti yang diperkatakan dalam hadith di atas, bila kita jaga Allah yakni mengingati-Nya dan menunaikan hak-Nya, maka, insyaAllah Allah akan sentiasa jaga kita. Jadi, secara tidak langsung, travel seorang-seorang ni jugak mengajar saya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah setiap masa. Tapi, memang tak dinafikan, ada masa saya terlalai, teralpa. Ada ketikanya saya menjadi jauh dari Allah. Itu semua tanda bahawa saya bukanlah seorang yang perfect (perfectionist, mungkin ya). Itu tanda iman saya punya masa turun dan masa naiknya. Tapi, itu bukan alasan untuk terus hanyut jauh dari Allah. Sebaliknya, mengajar betapa pentingnya mujahadah untuk sentiasa istiqamah dalam perjalanan mengejar redha-Nya.

Thought of the day: Rasanya, ramai je yang dah biasa travel seorang-seorang kan?

Wallahu'alam.

Friday, April 8, 2011

Masa

Bismillahirrahmannirrahim.

Mencuri masa sebentar, untuk update blog. I found something interesting while surfing through tumblr. Nak kongsi, moga ada manfaatnya.

From 2006 to 2008, James Franco took 62 credit-hours per quarter at UCLA, three times the normal limit. During this time, he was on set filming Spider-Man 3, Pineapple Express and Milk. He earned a GPA of 3.5. What's your excuse?

Setiap orang dikurniakan Allah dengan 24 hours each day, takde yang lebih atau kurang. Yang berbeza adalah cara kita menggunakan masa kita.

Situasi 1:
A selalu sibuk dengan pelbagai urusan persatuan, namun akademik tetap cemerlang.

Situasi 2:
B memerhati sahabatnya, C yang selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam exam, biarpun tak study sangat.

Situasi 3:
Esok ada exam, tapi D tetap meluangkan masa untuk ke majlis ilmu. Berbeza dengan sahabatnya E, yang hanya duduk di bilik membuat ulangkaji.

Tiga situasi di atas, mungkin kita sendiri pernah alami, ataupun terjadi pada orang lain di sekeliling kita. Ada beberapa pengajaran yang boleh kita dapat berdasarkan situasi di atas. Firstly, pengurusan masa yang mantop. Sesibuk mana pun kita, if we use our time wisely, insyaAllah akan ada masa untuk buat perkara lain. Second, setiap orang ada cara study yang berbeza. Mungkin C jenis yang fokus dalam kelas, atau mungkin jugak sebenarnya C dok pulun study, tanpa pengetahuan sahabat-sahabatnya. Lastly, keberkatan masa sangat sangat penting. Dulu, semasa talaqi di pj, Ustaz Muhadir pernah cakap lebih kurang macam ni, "Mungkin sahabat entum, study 4,5 jam tapi hasilnya sama dengan entum yang study 1,2 jam".

Walaupun sekarang ni fatrah exam, hubungan dengan Allah tetap kena jaga. Tapi, jangan pulak lepas exam nanti, terus abaikan hubungan dengan Allah, naudzubillahhi min dzalik. Kita sebagai hamba, kena jaga hubungan dengan Allah, setiap masa.


Untuk sahabat-sahabat biomedic yang akan exam anatomy 14/4

*******

1. Allah swt telah mengurniakan 2 perkara besar kepada BN di Sarawak.

Pertama : Kuasa [ mandat rakyat melalui pilihanraya sejak dulu ]
Kedua : Harta [ Petroleum, balak dan sumber alam yang lain ]

2. Malangnya menurut pengamatan saya, Sarawak jauh tertinggal 2 perkara berbanding Semenanjung.

Pertama : Pembangunan Agama
Kedua : Pembangunan dan Kebajikan Rakyat

Sumber: Klik sini

Sedih bila memikirkan tentang negeri tempat kelahiran ni. Walaupun kenyataan di atas pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat sebenar di Sarawak.

Pernah seorang adik berkata kepada saya, "Kak, bila saya masuk uia, baru saya tahu yang kaki, rupa-rupanya aurat seorang perempuan". Siapa yang tak sedih dengar kata-kata macam ni? Sepanjang 18 tahun hidup, tanpa mengetahui batas asas aurat seorang muslimah. Tapi, Alhamdulillah, Allah bagi hidayah pada adik tersebut.

Teringat cerita seorang ustaz mengenai pengalamannya semasa ditugaskan di Sarawak. Ustaz tersebut bagitahu semasa di Sarawak, sangat penat. Kenapa? Sebab beliau diminta memberi ceramah demi ceramah. Dari masjid hingga ke penjara, semuanya beliau pergi semata-mata demi dakwah Islamiyah.

Personally, bagi saya, bertuah sebenarnya sesiapa yang berpeluang untuk belajar di Semenanjung. Sebab? Boleh dapat pelbagai ilmu (khususnya berkaitan agama), dan bila balik Sarawak, boleh sebarkan. Mahasiswa Sarawak memegang tanggungjawab yang berat, untuk menyebarkan dakwah di Sarawak. Kena sentiasa ingat, kita berada di Semenanjung, bukan untuk menuntut ilmu di dalam kuliah ataupun enjoy menjelajah satu Semenanjung semata-mata, tapi cari ilmu dan pengalaman sepanjang berada di sini.

Dengan tarikh PilihanRaya Negeri Sarawak yang semakin hampir, adakah akan ada perubahan? Satu soalan, yang saya takde jawapan (umur pun tak cukup lagi).

Wallahu'alam.

Friday, April 1, 2011

Final Exam

Bismillahirrahmannirrahim.

Sekarang ni, dah masuk fatrah exam di uia kuantan. Bila masuk library, rasa terkejut. Sebab sebelum ni, library lengang je. Tapi, study week ni, library sangat penuh!

Jadual exam budak biotech batch 102:

1/4: Islamic Worldview
5/4: Biochemistry
7/4: MGT
8/4: Biostatistics
10/4: Molecular Cell and Biology
14/4: Calculus


Sebenarnya, indirectly, exam ni melatih kita untuk bermujahadah. Mujahadah melawan nafsu. Yelah, study week & exam weeks ni, masa memang banyak sebab takde kelas. Setiap hari memanglah ada 24 hours. Tapi bila takde kelas, terpulang kepada kita macam mana nak isi masa tu, kan? Waktu macam ni, mula la timbul perasaan nak online, tak pun tidur atau buat aktiviti lain. Dan masa ni la, kena mujahadah sungguh-sungguh supaya masa tak terbuang sia-sia. Kena tahu mana satu yang perlu diutamakan, ulangkaji ke buat benda lain?


*******
Tujuan utama update blog, bukanlah nak kongsi jadual exam. Tapi, nak kongsi kata-kata kat bawah ni:

"When Allah alienates you from the company of His creatures, know that He wishes to open for you the door of His own intimacy." [Ibnu Ata'illah]

Terbaca phrase kat atas semasa membaca artikel yang ustazah bagi dalam kelas Islamic Worldview. Meaningful kan?

Saya rasa mostly antara kita ni pernah menghadapi satu masa dalam hidup kita, yang membuatkan timbul perasaan as if kita ni keseorangan je. Bila timbul perasaan macam ni, kita rasa takde orang yang faham kita. Bila kita ada masalah, kita rasa orang pandang remeh masalah kita, sedangkan bagi kita, masalah tu cukup berat. Or bila kita nak cerita masalah kita dengan kawan-kawan, takde seorang pun yang free to spend some time to listen to our problems. Kadang-kadang, even kita bersama sahabat-sahabat yang ramai, tapi kita rasa keseorangan. Pernah tak rasa macam tu? Or tak faham apa yang saya cuba sampaikan?


Bila timbul perasaan sebegini, muhasabah balik diri kita. Mungkin kita tak jaga hubungan dengan Allah. Mungkin hubungan kita dengan Allah, mula menjauh. Teringat satu pesanan yang pernah saya dengar, "Bila kita rasa down, muhasabah balik hubungan kita dengan Allah". Bila timbul rasa keseorangan, mungkin itu sebagai peringatan daripada Allah supaya kita baiki semula hubungan kita dengan Dia.

Thought of the day: Tulis, padam, tulis lagi, padam lagi dan berulang berkali-kali. Susah kan nak update blog? Bila Allah bagi ilham, senang je nak update. Bila Allah sekat sikit, jadi sangaaat payah. Menunjukkan betapa sebenarnya kita ni cumalah hamba yang lemah. Segala apa yang kita ada, semuanya nikmat dari Allah. Jadi, maaf pada sesiapa yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan. Kalau faham kata-kata Ibnu Ata'illah tu pun dah cukup dah, insyaAllah :)

Wallahu'alam.

Saturday, March 19, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sedikit muhasabah buat diri yang mudah alpa dan sahabat-sahabat yang membaca.

Siapakah mursyidul am ikhwanul muslimin sekarang?

Sunyi. Sepi. Masing-masing berfikir, mencari jawapan, cuba mengingat sepotong nama yang pernah terbaca sebelum ini.

Siapakah Muhammad Mahdi 'Akif?

Soalan bertukar, meninggalkan soalan sebelumnya tanpa jawapan.

Macam pernah dengar nama ni.

Mursyidul am Ikhwanul Muslimin sekarang...?

Cubaan untuk menjawab, atau lebih tepatnya meneka.

Salah. Mantan mursyidul am ikhwanul muslimin.

Soalan demi soalan dilontarkan bertubi-tubi, menimbulkan pelbagai rasa dalam diri. Rasa kerdil, kerana masih terlalu banyak perkara yang tak diketahui. Pada masa yang sama, menimbulkan kesedaran dan membakar semangat untuk sentiasa mencari ilmu, membaca pelbagai jenis bahan bacaan dan cakna dengan isu semasa.

Soalan seterusnya.

Siapakah penulis buku 7 habits of highly effective people?

Masing-masing berebut-rebut untuk menjawap.

Stephen Covey.

Jawapan diberikan dengan yakin.

Sebutkan salah satu 7 habits.

Soalan ini juga disambut dengan reaksi yang sama. Masing-masing mengangkat tangan, eager untuk menjawab.

Begin with the end in mind.

Sharpen the saw.

Selesai sesi bersoal jawab.

Bila ditanya tentang buku 7 habits, ramai yang tahu, nak jawab. Tapi, bila tanya soalan lain, tak tahu jawapan.

Tunduk dan semakin menunduk bila mendengar sebaris ayat ini dilontarkan. Ah..segan! Kata-kata itu tepat-tepat terkena pada diri sendiri. Tunduk. Segan. Muhasabah diri.

*******

Sekadar perkongsian ringkas mengenai perbualan dengan sahabat-sahabat.

"Cuti ni, saya nak sharpen the saw. Saya target nak habiskan dua buku," seorang sahabat berkongsi perancangannya semasa cuti nanti.

"Hah?! Dua buku je? Sikit sangat tu. Cuti 5 bulan kot..!" sahabat yang lain pula memberi komen.

"Tak. Saya nak baca buku tu, bagi faham betul-betul," terang sahabat tadi.

"Ohh. Nak hadam la ni ea?" soal saya.

"Ish. 2 buku tu sikit sangat. At least sebulan satu buku," sahabat yang tadi terus memberi komen.

'Sebulan satu buku, cuti lima bulan = 5 buku. AT LEAST. Tak boleh kurang. Kalau lebih takpe,' fikir saya.

"Kalau macam tu, saya nak beli buku la before balik cuti ni," kata saya.

P/s: Tak tahu nak huraikan macam mana dua situasi di atas. Tapi, tanpa huraian pun, insyaAllah, ada yang faham. Kan? :)

Monday, March 7, 2011

First Impression

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang untuk hidup di bumi-Nya, dengan pelbagai nikmat yang tak terkira. Baru-baru ni, terbaca satu artikel mengenai tudung labuh. Dan apa yang dicatatkan dalam artikel tersebut, saya sendiri pun pernah alami.

Bila baca artikel ni, teringat balik pelbagai first impression kawan-kawan terhadap saya dulu.

Situasi 1:

"Awak dulu sekolah agama ke?"

"Eh. Tak la. Sekolah biasa je."

[IKLAN: Teringat perbualan dengan Kak Jaja: Alyaa dulu sekolah mana? Saya pun menjawab, sekolah biasa je. Kenapa ada 'je' kat belakang tu? tegur Kak Jaja. Eh, silap. Saya sekolah biasa.. :)]

Sambung balik cerita atas tadi:

"...." Sahabat yang bertanya tadi senyap, dengan muka terkejut.

"Kenapa?" soal saya.

"Takde la. Pelik bila tengok budak sekolah biasa pakai tudung labuh."

"Ohh.."

"Tapi, kalau tengok budak sekolah agama pakai tudung biasa, takde la pelik sangat."

Dalam hati saya: Double standard ke apa ni?

Situasi 2:

"Adik-adik letak barang adik-adik yang berharga kat tengah-tengah. Lepas tu, pejam mata dan ambik satu barang. Dan adik-adik kena bagitahu apa first impression adik-adik terhadap tuan punya barang tu," akak fasi memberikan arahan untuk sesi ta'aruf.

Tiba giliran saya untuk tahu first impression orang lain terhadap saya:

"Alyaa ni, dulu saya ingatkan akak DQ", tergelak saya mendengarnya.

Dalam hati: Melampau la. Tak layak kot -_-"

Situasi 3:

Lepas penat berjalan-jalan di Pesta Buku dengan roommate, duduk rehat sekejap.

Tiba-tiba,

"Belajar kat mana?" tanya seseorang.

"Kat uia"

"Ohh. Ambik bidang agama ke?"

"Tak la. Bidang sains"

Dalam hati: Kalau bertudung labuh, kena ambik bidang agama je ke?

"Ohh"

Lepas tu, terus melarikan diri ke tempat lain.

"Sebut sahaja tudung labuh, yang tergambar adalah tudung ala-ala ustazah, dan si pemakainya pula adalah gadis yang berlatarbelakangkan sekolah agama. Malah dengan bertudung labuh ia mampu memberi gambaran bahawa si pemakainya seorang yang alim dan setiap gerak gerinya andai ada yang salah atau melampaui akan dihukum dua kali ganda. Maksud saya bila si tudung labuh yang membuat salah, impaknya akan lebih besar, rasa terkejut orang ramai akan lebih hebat. Lebih tinggi berbanding situasi di mana pelakunya bukanlah seorang yang bertudung labuh."

[Credit to az-zariyat].

Sebenarnya, untuk memakai tudung labuh ni, perlukan kekuatan untuk istiqamah dan berhadapan dengan persepsi orang sekeliling. Tambah-tambah kalau sebelum ni, pakai tudung biasa dan bukan budak sekolah agama. Bukan nak mendabik dada bangga sebab pakai tudung labuh walaupun bukan budak sekolah agama. Tapi, cuma nak kongsi, bahawa tudung labuh ni bukan exclusively untuk budak sekolah agama sahaja.

"Ustazah, tumpang lalu sikit"

"Tepi-tepi, ustazah nak lalu ni"

Perkara-perkara di atas dah terlalu biasa dengar, sampai dah jadi lali.

Sampaikan ada seorang sahabat bertanya, "Usu, kenapa dia panggil kita ustazah?"

"Biarlah. Tak kisah pun. Dah terbiasa kena camtu," balas saya.

Gelaran 'ustazah' yang diberikan lantaran memakai tudung labuh. Sebagai tanda hormat, usikan atau ejekan, wallahu'alam. Bergantung kepada niat si pemanggil.

Ada 2,3 orang sahabat yang bertanyakan kepada saya, "Alyaa, camne rasa pakai tudung labuh ea? Nampak macam best je,"

Tersenyum bila baca soalan ni (sebab biasanya orang tak tanya direct, either through mesej or ym).

"Memang best pun. Rasa lagi selamat,"

"Cuba explain sikit"

"Rasa selamat la, sebab biasanya golongan bertudung labuh ni, orang tak berani kacau. Bila pakai tudung labuh ni, automatic kena jaga akhlaq la. Sebab kalau orang pakai tudung labuh buat salah or akhlaq tak jaga, orang pandang 'slack' lebih sikit. And, nanti tempias kena kat semua, bukan sorang je,"

"Ohh..."

"Kenapa? Nak pakai tudung labuh ea?"

"Takde. Tanye je. Terima kasih sudi kongsi"

Sebenarnya, ramai je yang teringin nak pakai tudung labuh. Tapi, takut dengan persepsi masyarakat yang meletakkan beban yang berat (label golongan yang bertudung labuh as 'alim, wara', ilmu agama mantop) pada bahu para muslimah yang bertudung labuh. Sebab itulah, saya katakan bahawa kekuatan ni sangat penting untuk berubah imej, kepada bertudung labuh.

Teringat satu perbualan:

"Saya teringin pakai tudung labuh, tapi rasa tak layak la. Ilmu tak banyak, perangai ntah apa-apa," adu si A kepada sahabatnya, B.

B pun jawab, "Dulu, ustazah saya pernah pesan, bila kita pakai tudung labuh ni, insyaAllah, automatically kita akan sentiasa jaga akhlaq kita. Nak tengok layak ke tak layak, susah la".

Lebih kurang begitulah perbualan tersebut. Banyak lagi sebenarnya. Tapi, tak ingat dah sebab dah lebih kurang setahun berlalu.

Sebenarnya, banyak je idea nak tulis tentang tudung labuh ni, tapi sekarang ni fikiran agak bercelaru sebab emosi tak balance sangat, jadi post ni pun agak serabut. Maaf.

*******

Dah masuk maincamp ni, makin selalu pulak dengar tentang BM. Bukan bahasa melayu, tapi baitul muslim. Selalu sangat, atau mungkin minggu ni je memandangkan ada kursus BM di uia kuantan?

[IKLAN: Kursus BM macam dapat sambutan hebat je? Based on registration hari tu la. Teringat gurauan kawan-kawan semasa lalu booth registration, "Tak nak join ke kursus tu? "Ala..bagi chance la ngan senior. Kita lama lagi kot"].

Bila berdiskusi mengenai BM, tak dapat lari dari ayat 'Menjadi soleh/ah untuk mencari yang solehah/soleh'. Memang betul dah, cumanya jangan sampai terlari matlamat hidup yang asal. Jangan sampai kita berusaha sedaya upaya untuk menjadi muslim/ah soleh/ah semata-mata untuk mencari pasangan hidup yang solehah/soleh. Biar mardhotillah menjadi matlamat hidup setiap detik, dan pasangan yang solehah/soleh menjadi satu wasilah untuk mencapai redha Allah. Supaya kita tetap redha andai diuji Allah, dengan mendapat pasangan hidup yang kurang soleh/ah.

[First time menulis tentang BM, sebab perkara ni dah lama terfikir. BM bukan tak penting, tapi bak kata Kak Husna, masih kurang penting. Sekarang, saatnya untuk memantapkan fardul muslim dulu]

Wallahu'alam.

P/s: Kalau sahabat kita tak pernah marah sekalipun, jangan terus assume dia tak pandai marah. Everyone has the ability to be angry. Tapi, yang membezakan adalah tahap kesabaran untuk terus mengawal rasa marah dari menguasai diri.

Thought of the day: Dalam proses upgrading tahap kesabaran yang kian menipis.

Sunday, February 27, 2011

UIAM Kuantan Berselawat

Bismillahirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, tadi berpeluang untuk pergi ke satu majlis yang sangat sangat best, UIAM Kuantan Berselawat. Kalau sebelum ni, rasa cemburu bila baca blog sahabat-sahabat di pj yang post tentang pelbagai majlis ilmu di sana (KL Berselawat, UIA berselawat, talaqi, etc), tapi kali ini kami di Kuantan pun berpeluang untuk menyertai majlis ilmu sebegitu.

Majlis dimulakan dengan qasidah. Haa...rindu! Lama dah tak dengar qasidah (teringat talaqi kat pj dulu). Sambil dengar qasidah, ikut sama dan belek-belek maksud bait kata-kata yang dilafazkan. Allah..! Cantiknya maksud qasidah ni! Memuji habibullah, Nabi Muhammad SAW. Sempat muhasabah diri bila terbaca bagaimana makhluk Allah, bukan setakat manusia namun, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sangat menyayangi Rasulullah SAW. Rasa segan, mulut menyatakan cinta pada Baginda, namun wujudkah rasa cinta tu dalam hati?

Teringat kisah satu pohon kurma yang menangis kesedihan tatkala Rasulullah meninggalkan pohon tersebut dan menggunakan mimbar untuk memberi khutbah jumaat (boleh refer sini). Segan sangat sangat bila nak bandingkan diri sendiri dengan pohon kurma tu.

Dan teringat jugak kisah seekor buraq yang menangis kerana rindukan Rasulullah, biarpun tak pernah berjumpa baginda dan hanya mendengar namanya (refer sini). Kita (saya) yang mengaku cinta dan kasihkan Rasulullah SAW, tapi pernah tak mengalirkan air mata kerana rindukan baginda? Kita (saya) yang bangga menjadi umat baginda, (khaira ummah, sebaik-baik umat), dalam sehari berapa banyak kita berselawat atas baginda?

Talk berkaitan sirah nabi yang disampaikan oleh Ustaz Mustafa Kamal bin Hamzah, biarpun singkat namun sangat memberi kesan. Pelbagai peristiwa penting dalam sirah nabi diceritakan semula oleh ustaz. Sangat best! Ustaz tekankan mengenai keindahan akhlaq Rasulullah SAW yang telah menyebabkan ramai masyarakat terdahulu beriman kepada ajaran yang dibawa baginda dan memeluk Islam. Bagaimana respon Nabi Muhammad SAW tatkala baginda dihina, dicaci, diugut bunuh kerana menyebarkan dakwah Islam?

Kisah seorang pengemis yahudi buta yang takde kerja lain selain menghina Rasulullah SAW. Namun, baginda tak marah, baginda tetap bersabar. Sehinggalah baginda wafat, dan tugas memberi makanan kepada pengemis tersebut diambil alih oleh Abu Bakar as-Siddiq, barulah pengemis yahudi tu tahu bahawa orang yang sentiasa dihinanya iaitu Nabi Muhammad SAW, yang memberikan dia makanan setiap hari sehinggalah baginda wafat.

Ingat lagi peristiwa Thaif? Peristiwa yang berlaku apabila dakwah baginda ditolak oleh pemuda di kawasan Thaif, malah mereka membaling batu kepada baginda? Bukan satu batu, tapi banyaaaaak! Sehingga diceritakan jubah baginda yang putih bertukar merah kerana terkena darah yang banyak, mencecah tumit.

Sangat banyaaaak sebenarnya kalau nak cerita tentang sirah nabi. Satu post takkan cukup. Dari sirah nabi ni sebenarnya, kita boleh muhasabah semula level kecintaan kita pada baginda, seorang nabi yang sangat berjasa menyebarkan dakwah Islam sehingga kita memperoleh dua nikmat yang amat bernilai; Islam dan iman.

Muhasabah semula hati kita ni, dah tertanam kukuh ke rasa cinta, sayang dan kasih pada Rasulullah SAW? Andai dibandingkan dengan Abu Lahab yang tak mengakui kebenaran dakwah baginda, namun suatu masa dahulu, sanggup menyembelih 100 ekor unta kerana terlalu gembira menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW?

Kita sanggup habiskan duit berapa banyak pun untuk beli novel/komik, tapi kenapa bila nak beli buku sirah payah pulak nak keluar duit?Kita sanggup tak tidur sebab buat revision, tapi kenapa buku berkaitan sirah nabi susah sangat nak baca? Jangan biarkan 'cintakan Nabi' sebagai kata-kata di mulut saja, tapi sematkan dalam hati, biar perasaan tu tertanam dengan kukuh.


Thought of the day: (1) Bila buat salah, and orang tegur baik-baik, siap bagi cara nak perbaiki kelemahan diri, jadi semangat untuk baiki diri :)

(2) Please don't judge the book by its cover & I would like to add, please don't judge someone based on his/her appearance. A pakai tudung bawal biasa, tak semestinya A tak baik. B pakai tudung labuh sikit dari orang lain, tak semestinya B lebih baik dari A, C atau D sehinggakan B tak boleh ditegur oleh sesiapa pun. Apa yang penting? Tak, bukan kerjasama. Apa yang penting, tutup aurat ok?

(3) High expectation hurts? Please don't put your expectation too high on anyone. Dia baik, tak semestinya tak boleh buat silap. Always remember, baik macam mana sekali pun, dia bukan malaikat tapi tetap manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan.

(4) Sedang mendidik diri untuk banyakkan memberi :)

Wallahu'alam.

Saturday, February 19, 2011

Matlamat

Bismillahirrahmannirrahim.

If you have no particular destination in mind, then you can take any road. However, if you have someplace in particular you want to go, you've got to plan the best way to get there.
- Nota subjek Management :)

Tengah hari tadi, baca nota Management (MGT) sebab malam ni sepatutnya ada kuiz, tapi cancelled (so, boleh la pergi dengar talk). Bila baca ayat kat atas dalam nota, terfikir, "Allah, cambest je ayat ni,". Lepas tu, terlintas dalam hati nak update blog yang dah lama terabai ni. Sebenarnya, last two weeks, dah update dah. Tapi, disebabkan kesilapan teknikal, entry bertajuk "Terengganu, Mesir dan Farmasi" tu pun tak dapat nak publish. Dan seterusnya, sibuk dengan exam yang berderet-deret (tapi still ada dua subjek lagi tak exam). Jadi, minta maaf tak update blog.

Okay. berbalik kepada ayat kat atas tu, kalau kita teliti ayat tersebut, betul la kan? Contoh, sebelum outing, kita dah tetapkan nak pergi beli barang kat Mydin, jadi, mesti kita akan naik transport untuk ke Mydin. Tapi, andai kata kita takde specific location, kita akan naik transport untuk ke mana-mana saja.

Ayat kat atas ni sebenarnya kita boleh apply dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim/ah. Kita hidup di dunia ni, kena clear dengan matlamat hidup kita dan destinasi kita di akhirat kelak. Mungkin ada antara kita yang pernah disoal apa matlamat hidup kita, dan kita tak dapat jawab. Kalau tak tahu apa matlamat hidup kita, kena la cari. Jangan biarkan diri kita hidup tanpa matlamat.

Andai matlamat hidup kita untuk mendapatkan redha Allah, dan destinasi di akhirat, kita nak masuk syurga, maka, kita kena la berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu. Sebab di akhirat nanti, kita cuma ada dua destinasi; syurga atau neraka. Takkan wujud 'syurga setinggan' semata-mata kerana kita tak nak ke neraka dan tak layak ke syurga.


Thought of the day: (1) Sangat happy kerana ternyata Allah itu tak pernah dan tak akan pernah memungkiri janji-Nya. Jaga Allah, maka Allah akan jaga kita. Bila berhadapan dengan kesusahan, minta tolong dengan Allah.

(2) You were the sun that brightened my day, now who's gonna wipe my tears away? (Mother by Sami Yusuf) - Bila homesick, teringat kisah Nabi Yusuf yang terpisah daripada bapanya saat usia masih muda.

(3) Saat fikiran berserabut dengan exams, assignments dan events, rasa tenang bila melihat ciptaan Allah. Menjejakkan kaki buat kali pertama di Telok Chempedak, sangat best! Dan langit kat Kuantan sangat cantik pada waktu malam :)

Wallahu'alam.

Saturday, January 22, 2011

Bismillahhirrahmannirrahim.

Beberapa hari yang lepas:

Seorang hamba Allah sedang membuat latihan calculus. Baca soalan, fikir kejap. Tak dapat jawab, tinggal. Baca next question, fikir seminit dua. Tak dapat jugak. Dan keadaan ni berterusan untuk soalan-soalan yang lain.

Dalam hati, "Adeh! Apsal tak dapat jawab ni? Padahal masa discussion, paham je. Banyak lagi soalan ni".

Mesej seorang sahabat, "A**, pasni nak singgah bilik A** ye? Nak tanya soalan calculus, satu pun tak dapat jawab".

Dalam perjalanan ke bilik sahabat tersebut, dapat mesej dari seorang sahabat yang lain:

"Seorang ulama' berkata, sebaik-baik pendosa ialah yang segera bertaubat atas segala kesalahannya. Iman seorang hamba biasa, yang bukan wali atau maksum, turun naik. Solusinya mujahadahlah. Fitrah mujahadah adalah payah, sukar, susah. Kenapa? Kerana kepayahan itu yang akan bawa 'carry mark' ke syurga atau neraka. Jom tambah rasa takut pada-Nya. Setiap nafsu dan nafas akan dihitung, sedang manusia itu 'lalala...aku masih muda, lambat lagi mati, nanti dah bongkok aku taubatlah'. Wah! Seakan-akan kita ini kawan baik Izrail pula, sedang malaikat maut itu merenung muka kita berkali-kali dalam sehari, tunggu signal daripada Dia. Hakikatnya, kita ini menunggu lafaz 'touch & go' saja daripada-Nya".

Baca mesej dari awal sampai habis. Bila dah habis baca, terdetik dalam hati, "Allah! Macam tahu-tahu je orang tengah serabut ni. Kena direct kat diri sendiri kot. Kena banyak muhasabah lagi ni. Elakkan perkara lagha ye wahai diri".

Bak kata Kak Husna kat blog, ni telepati ke ikatan hati?

Wallahu'alam.

Friday, January 7, 2011

Pengalaman

Bismillahirrahmanirrahim.

Nak kongsi beberapa pengalaman 'berharga' sepanjang hampir satu bulan berada di Pahang. Pengalaman-pengalaman ni, ada antaranya yang saya tak lalui sendiri pun, tapi dengar dari cerita orang lain. Tapi takpe. Pengalaman tu berharga, sebab ada pengajaran di sebaliknya, tak kisah la pengalaman sendiri ke pengalaman orang lain.

Situasi pertama:
Dua orang hamba Allah dimarahi oleh seorang pak cik guard kerana berehat di dalam surau di suatu tempat.

Situasi kedua:
Beberapa orang hamba Allah dimarahi oleh pak cik pemandu bas, sebab tak duduk-duduk lagi padahal bas nak gerak dah.

(Kes ni, sebenarnya, berlaku salah faham. Hamba-hamba Allah tersebut ingatkan kena duduk based on nombor tempat duduk yang tercatat di tiket bas. Tapi, rupa-rupanya duduk je sesuka hati).

Situasi ketiga:
Seorang hamba Allah, bersama dua orang sahabatnya dimarahi seorang akak pegawai bank disebabkan si hamba Allah tu dah terlupa nombor pin kad atm, dan nak buat kad atm baru.

Ditegur dan dimarahi adalah 2 perkara yang berbeza. Teguran boleh diberi dengan cara lemah-lembut, tapi kalau dalam situasi-situasi di atas, dimarahi dengan cara kasar.


Dari tiga situasi di atas, saya dan sahabat-sahabat membuat conclusion hipotesis secara tak langsung, bahawa orang Pahang ni memang cara mereka garang/kasar (but of course, tak semua macam ni). Walaupun mereka tak marah, tapi cara mereka tu seolah-olah sedang marah. Tapi, tu cuma hipotesis, bukannya konklusi (maksudnya, statement tu boleh jadi betul atau salah). Sahabat-sahabat dan pembaca yang berasal dari Pahang, jangan marah pulak :)

Sebenarnya, pengalaman-pengalaman di atas ni membuatkan saya terfikir, "Kalau aku boleh buat assumption orang Pahang ni garang based on first impression & pengalaman yang baru sikit, macam mana pulak dengan Islam? Apa first impression orang bukan Islam apabila melihat perlakuan umat Islam akhir zaman ni?".

Teringat kata-kata Syeikh Muhammad Abduh;

"Aku melihat Islam di Paris, tanpa muslim. Namun, bila aku kembali ke Cairo, aku melihat muslim tanpa Islam!"

Kata-kata yang amat mendalam dan tajam maksudnya. Inilah pengajaran sebenar yang saya nak kongsikan. Setiap perbuatan kita, tak kira la kecik ke besar, sebenarnya memberikan impak kepada Islam. Kita mengaku Islam, tapi adakah kita praktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian kita? Kita mengaku Islam, tapi kenapa kalau ada ajaran Islam yang bertentangan dengan kehendak nafsu, kita tolak? Kita ambik ajaran Islam yang kita berkenan je? Boleh ke macam tu? Main pilih-pilih pulak ajaran mana yang kita nak, yang tak nak, kita bakulsampahkan?


*muhasabah muhasabah*

Saya bukanlah baik sangat. Alim, wara', thiqah (lama tak dengar istilah ni)... saya masih jauh untuk mencapai tahap-tahap tersebut. Tapi, saya menulis untuk mengingatkan diri sendiri, supaya pandai-pandai muhasabah balik apa yang dah ditulis di blog ni. Supaya saya tak selamanya berada di takuk yang sama, sebab saya manusia biasa yang ada keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Dan jugak, dengan harapan, andai ada yang membaca, boleh dapat manfaat, walau secebis. Ilmu tu perlu dikongsi kan?

Berdasarkan pengalaman kat atas tadi, memang tak semua orang Pahang tu garang. Tapi, setelah melalui 2,3 kali pengalaman yang lebih kurang sama, itu apa yang kami fikirkan (penyedap hati sebenarnya, supaya tak terasa sangat bila kena pengalaman yang sama lagi).

Macam tu jugak la dengan Islam. Bila 2,3 kali, seorang non-muslim A mengalami pengalaman yang sama, sebagai contoh... Ramai yang mengaku Islam, tapi tak solat, tak jaga aurat, tak tapis dulu perkataan-perkataan yang keluar dari mulut, apa yang akan bermain-main dalam fikiran si A tadi? Tentulah si A akan berfikir bahawa ajaran Islam ni, tak seindah mana pun. Dan akhirnya, Islam yang dapat nama buruk, menyebabkan orang lain tak tertarik dan menjauhi Islam. Jadi, sebelum buat sesuatu, bawak bertenang dan fikir masak-masak.

P/s: (1) Memang betul la, kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan. Teringat surah as-Saff, ayat 2-3. Betapa besarnya kebencian dan murka Allah pada hamba-Nya yang pandai cakap itu ini, tapi tak buat apa pun.

Allahhummaghfirlana wa tub 'alaina ya Rahim.

(2) Sedang mendalami maksud sebenar perkataan 'alim, wara' dan thiqah. Sesiapa yang nak berkongsi, silakan, tafaddhal.

Thought of the day: Banyak sangat membazir masa, time management failed! Allah... Dah banyak 'teguran' yang Allah berikan, tapi masih buat-buat tak tahu, masih lagha, perangai tunggang-terbalik. Astaghfirullah. Insaf la Alyaa. Nak tunggu azab Allah dulu ke, baru nak bertaubat? And the bigger question is, sempat ke nak insaf, bertaubat, berubah kalau asyik tangguh-tangguh? Doakan saya istiqamah.

Wallahu'alam.