Sunday, September 28, 2008

Ramadhan 1429 H

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan ana peluang untuk terus mengupdate blog ni. Lama dah ana tak merapu kat blog ni kan? Busy dengan exam & ana dah kekurangan idea. Hehe. Apa-apa pun, kali ni, ana akan try untuk mencoretkan sesuatu pasal bulan Ramadhan yang bakal berlalu tak lama lagi ni.

Sedar tak sedar, dah hampir sebulan kita menghirup udara Ramadhan dan beribadah kepada-Nya. Hmm. Ramadhan kali ni, banyak bezanya dengan Ramadhan yang telah ana lalui sebelum ni. Ramadhan kali ni, pelbagai pengalaman yang ana dapat. Pelbagai ujian yang Allah kurniakan kepada ana. Bak kata seorang rakan ana, Ramadhan kali ni, seolah-olah semakin banyak ujian yang Allah kurniakan. Dan ujian-ujian tersebut agak sukar untuk digalas. Namun begitu, seberat mana pun ujian yang kita hadapi, yakinlah dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(Surah Al-Insyirah ayat 6)


Dan yakinlah bahawa ada hikmah yang terselit di sebalik setiap perkara yang terjadi. Semua ni merupakan peringatan untuk diri ana juga. Diri ana yang maseh belum cukup kuat untuk menghadapi segala ujian daripada Allah SWT.

Apa lagi beza Ramadhan 1429 H dengan Ramadhan tahun-tahun yang lepas? Owh. Tahun ni, ana sambut Ramadhan dengan mak & siblings ana je. Ana tak sambut dengan ayah & abang ana yang second. Sebab ayah ana busy kerja kat KL. Abang ana yang second pulak busy belajar kat Johor.

Dan mungkin, raya kali ni pun ana tak sambut ngan diorang. Dan, tahun ni ana kekurangan semangat nak sambut raya. Rasa seolah-olah tak nak tinggalkan bulan Ramadhan ni. Perasaan risau, takut, sedih dan sedikit rasa happy bercampur baur.

Ana risau & takut seandainya ana tak sempat nak sambut Ramadhan 1430 H. Ana rasa sedih nak tinggalkan Ramadhan kali ni. Dan ana rasa happy sebab hari kemenangan umat Islam bakal tiba sehari dua je lagi. Happy memang happy sebab raya bakal tiba tak lama lagi. Tapi, rasa sedih, risau & takut tu melebihi rasa happy. Membuatkan ana rasa tak bersemangat nak sambut raya.

Hmm. Ramadhan tahun ni memang berbeza, teramat berbeza dengan Ramadhan pada tahun-tahun lepas. Biasanya, bila Ramadhan nak berakher, ana akan rasa happy sangat-sangat. Sebab tak sabar-sabar nak sambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni rasa tak nak tinggalkan Ramadhan pulak. Mungkin sebab ana semakin matang kot? Hehe. =P 

Apa-apa pun, ana nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan ana dan pembaca blog ana ni (kalau ade la. hehe =D). Maaf Zahir & Batin. ^__^





P/S: Ada tiga benda yang membuatkan ana ternanti-nanti Hari Raya Aidilfitri ni. 1) Ana nak mintak maaf dengan semua orang yang ana pernah buat salah kat diorang, sama ada sengaja atau tak (Hari lain pun boleh mintak maaf kan? Hehe) 2) Ana nak dengar takbir raya (Ana minat sangat dengar takbir raya. Best! =D) 3) Ana nak jalan-jalan dengan kawan-kawan ana. Hehe.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, September 21, 2008

Exam

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama ana tak update blog ni. Hehe. Takde la lama pun. Tapi ana rindu nak merapu kat blog ni. InsyaAllah, minggu depan, ana dan rakan-rakan ana akan menghadapi Mock 3 (22/9-26/9 & 6/10-10/10). Doakan kejayaan kami. =)

Ana belum habis ulangkaji lagi ni. Banyak lagi yang ana perlu revise untuk subjek chemistry ni. Ana baru habis ulangkaji chapter salts. Chemistry ni banyak chapter yang panjang la. Tulah terpaksa belajar lama-lama. Sapa suruh ulangkaji last minute kan? Hehe. Dah jadi habit dah buat ulangkaji last minute ni.

Owh. Coretan ana kali ni, bukan nak cakap pasal exam chemistry esok. Ana just nak ingatkan diri ana dan para pembaca sekalian, kita sekarang ni dah berada di tahap terakher Ramadhan. Ana bukan maksudkan yang tak lama lagi raya. Tapi, ana nak ingatkan kita semua, fasa terakher Ramadhan ni teramatlah special. Sebab ada Lailatul Qadar. So, jomlah kita perbanyakkan lagi amalan kita dalam usaha untuk mencari malam istimewa tersebut. Janganlah kita terlepas Lailatul Qadar sebab busy nak sambut raya. Kan ke rugi kalau kita terlepas Lailatul Qadar yang cuma ada satu malam every year?

Ok. Ana rasa baik ana stop merapu sekarang dan sambung revision ana. Nanti tak habis pulak revision tu.



P/s: InsyaAllah, minggu depan ana tak update blog. Next weekend baru ana update. Nak focus on exam. ^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, September 16, 2008

Air Mata Tafakur Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Hehe. Sementara menunggu waktu berbuka puasa ni, ana rasa ada baiknya kalau ana kongsikan satu cerpen yang cambest & bermakna dengan pembaca sekalian. Cerpen yang ana dapat kat iLuvIslam. Cerpen ni, kalau ana tak silap, ana dah baca last year. Apa-apa pun, cerpen ni memang best dan bermakna. So, bacalah cerpen yang bertajuk Air Mata Tafakur Ramadhan ni dan ambil la pengajaran yang terselit di dalamnya. ^__^

Air Mata Tafakur Ramadhan

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah assignment di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al-Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana perbincangan di sana sini. MP3 player berisi ayat-ayat Al-Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan mulia ini..” Najwa mengeluh sendirian.

Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al-Anfal ayat 2 :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW:
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta(Tiada Tuhan selain Engkau)”
(Riwayat Abu Dawud, Ahmad)


Najwa singgah duduk di atas kerusi di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya. “Ya Allah hanya rahmatMu yang aku harapkan”.Dalam hati Najwa mengulangi doanya itu. Tiba-tiba terdetik di dalam hatinya: Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya. Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti program agama mingguan. Dia terasa sangat gembira kerana melihat wajah adik-adik yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah.

Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…” Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak. Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin. “Oh… Di situlah silapnya…. Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini…. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku” Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar.

Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari percampuran bebas lelaki dan perempuan. Dengan perasaan malu itu juga, pakaiannya semakin sopan menepati cirri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh. Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan sebuah program semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam-kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al-Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi…

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab ?Maka tidakkah kamu berfikir?” Najwa teringat Surah Al-Baqarah ayat 44. Ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini… Aku mengharapkanMu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku… Walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap. Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia itu zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri. Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak memerlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya.

Tetapi, manusia lupa… Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu… “Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati. “Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik. “Alah… Maaflah… Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil memberi salam. “Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyekat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya. Najwa sengih sahaja.

Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki?(Apa khabar iman kamu?)”. Hayati senyum, “Alhamdulillah… Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!” Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan?” Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar dari seorang Sheikh semasa solat terawikh kat mussollah”. “Surah Al-Ma’un ayat 4-5. Dalam ayat 4… Allah mencela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa kenapa, Najwa?” Hayati bertanya.

“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas berfikir. “Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Ia bukan merujuk kepada orang yang lalai semasa solat mereka. Seolah-olah, orang tu telah lari dari tujuan solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solat. Itu sebab Allah cela”.

“Macam kitalah, kalau dok dalam usrah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar usrah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu… What is the purpose of the usrah to begin with?” Hayati berkata. Hayati menyambung lagi, “Awak ni macam ade problem je…” Najwa melarikan pandangannya, “Hmm… Biasalah, hati kurang sihat”. Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah… Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasullullah SAW pernah bersabda, siapa yang dalam saat imannya rendah, tetapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”. “Iman kita memang ada turun dan naik. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadaNya… Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana Aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”

"Awak tau Najwa… Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat… Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa. Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya! Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa kalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan diterima oleh Allah.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Nuzul al-Quran

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan ana peluang untuk terus mengupdate blog ni. Coretan kali ni ringkas je.

Pejam celik pejam celik, dah 16 hari kita lalui dalam bulan Ramadhan ni. Malam ni malam yang ke-17. So, malam ni malam Nuzul al-Quran la. Ana nak terangkan serba ringkas mengenai peristiwa ni.

Nuzul al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan al-Quran dengan lengkap kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Rasulullah. Al-Quran merupakan panduan hidup umat Islam dari dulu sampai la sekarang ni.

Al-Quran merupakan suatu kitab yang amat istimewa. Kenapa? Kerana ajaran yang terkandung di dalam kitab al-Quran tidak pernah, tidak mungkin dan tidak akan berubah. Ertinya, segala kandungan al-Quran akan terpelihara sehinggalah hari kiamat nanti. Tiada siapa yang berupaya untuk mengubah kandungan al-Quran. Isi kandungan al-Quran akan kekal sama untuk selamanya.

Hmm. Ana dah kehabisan idea sekali lagi. Memandangkan masa berbuka puasa dah hampir tiba, ana rasa sampai sini je la post ana kali ni. Akher kata, jom kita perbanyakkan ibadah masing-masing termasuklah membaca al-Quran. Dan yang penting, bukan setakat baca al-Quran. Namun, cuba fahami isi kandungan dan amalkan ajaran al-Quran. =)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, September 14, 2008

Kita dan Mualaf

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana umur kita maseh dipanjangkan oleh Allah untuk terus menghirup udara Ramadhan lantas beribadah kepada-Nya. Alhamdulillah, syukur sekali lagi kepada Allah kerana memberikan peluang sekali lagi kepada ana untuk mengupdate blog ini.

Setelah membaca blog sahabat-sahabat ana, terdetik juga di hati ini untuk mencoretkan sesuatu mengenai persahabatan. Tapi, ana rasa tajuk tu, tangguh dulu la. Nanti-nanti la ana post pasal persahabatan. Kenapa? Sebab kalau ana post pasal tajuk tu, mesti terfikir pasal perpisahan yang bakal terjadi antara ana dan sahabat-sahabat ana tak lama lagi. Lepas tu, mesti la rasa sedih kan? So, ana tak nak fikir dulu pasal perpisahan tu. InsyaAllah, lain kali ana post pasal tajuk tu.

Tulisan kali ini sekadar untuk berkongsi satu persoalan yang selalu ana fikirkan. Persoalan yang berkaitan dengan kita dan mualaf. Sebelum ana teruskan lagi coretan ni, ana nak bagi maksud mualaf mengikut pandangan ana, tanpa merujuk mana-mana kamus (kalau silap, tolong betulkan).

Pada pendapat ana, mualaf merupakan individu yang baru (Kalau dalam exam, word 'baru' tak ada makna. Sepatutnya baharu =D) memeluk agama Islam. Ertinya, sebelum ni individu tersebut merupakan penganut agama lain selain agama Islam la. Kita tu pulak siapa? Kita tu merujuk kepada kita la. Kita yang sememangnya menganut agama Islam sejak bayi lagi.

Hmm. Ana selalu tertanya-tanya mengapa terdapat segelintir mualaf yang mempunyai pegangan yang teguh dan keyakinan yang amat kuat terhadap ajaran Islam, sedangkan pegangan kita pun tak sekuat pegangan mereka. Apabila mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam, sudah tentu mereka akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya.

Inilah persoalan yang seringkali ana fikirkan. Kenapa mualaf lebih berpegang teguh dengan ajaran Islam jika dibandingkan dengan kita? Setakat ni, ana cuma ada satu jawapan. Jawapan tu pun berdasarkan pendapat ana sahaja. Erm. Apahal mualaf lebih mempraktikkan ajaran Islam berbanding kita? Kenapa mualaf mempunyai keyakinan yang begitu tinggi terhadap Islam? Pada pandangan ana, sebenarnya terdapat satu perbezaan yang amat ketara antara kita dan mualaf. Perbezaan yang amat jelas kalau kita lihat dengan teliti.

Beza antara kita dan mualaf ialah terdapat segelintir mualaf yang membuat kajian sebelum mereka memeluk agama Islam. Memang ada golongan yang memeluk Islam tanpa melakukan research mengenai Islam. Namun, terdapat juga golongan yang melakukan kajian yang mendalam mengenai Deenul Haq sebelum memeluk agama ini. Apabila mereka membuat kajian mengenai Islam, mesti la ilmu mereka mengenai Islam akan meningkat kan? Dengan adanya ilmu yang mendalam mengenai Islam, sudah tentu pegangan dan keyakinan mereka terhadap agama ini menjadi semakin mantap.

Perkara ni membuktikan kepentingan ilmu agama dalam kehidupan seseorang individu muslim. Tanpa ilmu agama yang mencukupi, adakah pegangan kita terhadap agama Islam semakin kukuh atau sebaliknya? Malah, sebenarnya, bukan ilmu agama sahaja yang penting dalam hidup kita. Ilmu yang lain pun perlu dititikberatkan juga.

Ok. Ana dah kehabisan idea. Akhir kata, jom kita pertingkatkan ilmu agama masing-masing agar pegangan dan keyakinan kita terhadap Deenul Haq tercinta bertambah mantap dan kukuh! ^__^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, September 12, 2008

Segalanya Milik-Mu

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Dah agak lama ana tak update blog ni. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana petang ni ana berupaya untuk mencoretkan sesuatu biarpun mungkin tulisan kali ini agak ringkas.

Sebelum ana teruskan coretan kali ini, ana nak kongsi satu lagi lirik lagu. Hehe. Ana memang suka dengar lagu & post lirik kat blog ni. Sebab kadang-kadang, lirik yang ana post kat blog ni menggambarkan apa yang ana rasa. ^__^ Lirik yang ana nak kongsikan kali ni merupakan lagu kumpulan Mestica - Segalanya Milik-Mu.

Segalanya Milik-Mu - Mestica

Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaan-Mu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun pada-Mu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasih-Mu
aku tahu inilah cinta-Mu
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut nama-Mu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapan-Mu (ya ALLAH)

Aku tahu inilah kasih-Mu
aku tahu inilah cinta-Mu
dan ku tahu di segenap ruang rasaku
telah Kau titipkan kekuatan oh Tuhan


(sumber: www.liriknasyid.com)


Ok. Ana nak bagi sedikit pandangan ana berkaitan dengan lirik ni. Masa first time ana dengar lagu ni takde la best sangat. Tu pandangan peribadi ana la. Tapi lepas dengar beberapa kali, oklah lagu ni. Lagipun lirik lagu ni best.

Kita sebagai hamba Allah patut sedar bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini bukanlah milik kita sepenuhnya. Segala apa yang kita miliki sebenarnya merupakan milik Allah SWT yang Allah pinjamkan kepada kita. Contoh yang paling mudah, anggota badan kita. Anggota badan kita merupakan milik Allah. Dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga segala apa yang dipinjamkan kepada kita dengan sebaiknya dan menggunakannya untuk melakukan kebaikan. Ingatlah bahawa segala tanggungjawab kita di dunia ini akan disoal di akhirat kelak.

Terimalah segala kurniaan Allah SWT kepada kita dengan redha. Kerana, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Walaupun apa yang kita dapat bukanlah apa yang kita inginkan, yakinlah dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:

...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, September 7, 2008

Perubahan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan ilham kepada ana untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ini. Memandangkan ana baru je post lirik lagu taubat seorang hamba sebentar tadi, jadi, entry ana kali ni berkait rapat dengan lirik lagu tu. Taubat dan perubahan, ada kaitan ke? Hmm. Bagi ana, taubat dan perubahan ni amat berkait rapat.

Apabila seseorang hamba Allah itu bertaubat, kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT, sudah tentu hamba Allah tersebut perlu berubah. Berubah dari segi pemakaian. Berubah dari segi akhlak. Berubah dari segi ibadah.

Kalau dulu hamba Allah tersebut tidak menutup aurat, selepas bertaubat, dia mestilah memakai pakaian yang menutup aurat. Kalau dulu perangai hamba Allah tersebut teruk, selepas bertaubat, akhlaknya harus diperbaiki. Kalau dulu hamba Allah tersebut sentiasa meninggalkan suruhan Allah SWT, selepas bertaubat, hamba Allah tersebut seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menunaikan setiap perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Segala perbuatan yang telah ana nyatakan merupakan suatu perubahan. Sememangnya taubat memerlukan perubahan. Dan perubahan yang bakal dilalui bukanlah semudah yang disangka. Perubahan yang akan diharungi penuh dengan onak dan duri, penuh dengan pelbagai dugaan dan ujian. Ujian untuk menguji sejauh mana kesungguhan kita untuk berubah. Ujian untuk menguji setinggi mana semangat kita untuk terus berada di atas jalan yang diredhai Allah SWT.

Sebaik-baik perubahan yang dilalui ialah perubahan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Perubahan yang diniatkan kerana Allah SWT, insyaAllah akan kekal. Namun, perubahan yang diniatkan kerana makhluk-Nya, belum tentu akan kekal.



Terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan bahawa perubahan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Mereka berpendapat bahawa perubahan tidak boleh dilakukan secara drastik. Pendapat ana pula adalah sebaliknya. Bagi ana, perubahan perlu dilakukan secara serta merta.

Kalau kita bertangguh-tangguh nak berubah, bagaimana seandainya Allah SWT tarik balik hidayah-Nya yang dikurniakan kepada kita. Pada saat itu, maseh mampukah kita untuk berubah? Bagaimana pula sekiranya kita mengambil keputusan untuk melakukan perubahan secara perlahan-lahan, sempatkah kita berubah menjadi hamba Allah yang taat pada setiap perintah-Nya sebelum ajal kita tiba?

Apabila terdetik di hati kita untuk bertaubat, tatkala muncul perasaan untuk meninggalkan segala kemungkaran yang kita lakukan, bertaubatlah dengan segera. Tinggalkanlah segala kemungkaran tersebut dengan secepat mungkin. Dan tetapkanlah niat kita untuk berubah kerana Allah SWT. InsyaAllah, jalan perubahan yang dilalui, biarpun kelihatan terlalu sukar, akan dapat kita lalui. Janganlah bertangguh-tangguh untuk berubah kerana Allah SWT berhak untuk menarik balik hidayah-Nya dan yang paling penting ialah kita tak boleh nak tangguh ajal kita meski hanya untuk satu saat sekalipun. ^__^

Untuk mengakhiri post ana kali ini, ana nak kongsikan komik yang ana dapat dari iKomik. Komik yang amat bermakna, berkaitan dengan perubahan.



Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi ana berupaya untuk mengupdate blog ini untuk berkongsi sesuatu buat para pembaca. Walaupun pelbagai tajuk yang cambest bermain-main di minda ana saat ini, ana rasa agak malas pulak nak huraikan tajuk-tajuk tu. Nanti-nanti la ana post pasal tajuk-tajuk yang berlegar-legar dalam fikiran ana ni.

Entry
kali ni sekadar untuk sekali lagi berkongsi lirik lagu. Kali ni ana nak kongsi lirik lagu Taubat Seorang Hamba. Satu lagi lagu yang amat bermakna buat ana. ^__^

Taubat Seorang Hamba - Irsyadee feat Hafiz Hamidun

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa.

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x
Taubatku ini.

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x
Taubatku ini.

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x
Taubatku ini.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x
Taubatku ini.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, September 6, 2008

Amanah Part 2

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maseh mengurniakan peluang kepada ana untuk terus mengupdate blog ini. Kali ini, insyaAllah, ana akan cuba untuk menyambung huraian mengenai amanah.

Ana nak sambung mengenai amanah kita terhadap Allah sebagai hamba dan khalifah-Nya. Amanah kita terhadap Allah SWT sebenarnya terlalu banyak. Menunaikan ibadah kepada Allah, mentadbir bumi ini mengikut ajaran Islam dan meninggalkan segala kemungkaran. Semuanya amanah yang perlu kita tunaikan dengan sebaiknya.

Meneruskan dakwah Islamiyah menyebarkan Islam di atas muka bumi ini merupakan amanah kita terhadap rasul tercinta, Nabi Muhammad SAW, di samping mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Anggota badan kita yag dipinjamkan oleh Allah SWT juga merupakan suatu amanah. Kita seharusnya menggunakan anggota badan tersebut untuk melakukan kebaikan, bukannya melakukan maksiat. Tangan tidak seharusnya digunakan untuk memegang lelaki atau perempuan ajnabi. Kaki pula tidak seharusnya digunakan untuk melangkah ke tempat maksiat. Mulut pula seharusnya digunakan untuk berzikir kepada Allah SWT, membaca al-Quran, menyebut perkara-perkara yang baik dan pelbagai lagi kebaikan.

Apakah yang dikatakan dengan mengkhianati amanah Allah SWT? Mengabaikan perintah-Nya, tidak berjuang menegakkan Islam, tidak meneruskan dakwah Islamiyah, menggunakan anggota badan milik Allah SWT untuk melakukan kemungkaran. Setiap perbuatan ini menunjukkan bahawa kita mengkhianati amanah yang dikurniakan Allah SWT kepada kita.

Tanpa kita sedari, sebenarnya, terlalu banyak amanah yang kita pikul. Dan setiap amanah yang kita galas di bumi yang fana ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Kita akan disoal sama ada kita telah menjalankan amanah kita dengan sebaiknya di dunia ini. Mampukah kita melaksanakan setiap amanah kita pikul? Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri, sama ada kita mahu melaksanakan tanggungjawab kita dengan sebaiknya atau sekadar menjalankan tanggungjawab tersebut dengan sambil lewa.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, September 5, 2008

Amanah Part 1

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang maseh memanjangkan umur kita untuk terus beribadah kepada-Nya dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Entry kali ni ringkas je. Sekadar berkongsi apa yang bermain-main di minda ana saat ini. Tadi, ana ada berbincang dengan seorang adek ana mengenai beberapa perkara. Dan entah bagaimana perbincangan kami menjurus ke arah politik.

Hmm. Ana pun rasa agak pelik bilamana ana tetiba je menyibukkan diri, mendalami ilmu politik negara kita ni. Mungkin sebab politik negara kita tahun ni agak best untuk diambil berat.

Sekarang ni pun ana sedang sibuk membaca suatu perbincangan di website iLuvIslam. Forum yang membincangkan mengenai 16 September ini. Ana rasa seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dengan isu politik negara sudah tahu perkara yang akan (atau diexpect) berlaku pada tarikh tersebut.

Apa-apa pun, kita tunggu je la keputusan pada 16 September nanti. Ana tak berani nak huraikan isu ni dengan panjang lebar, memandangkan ilmu politik yang ana miliki terlalu cetek & isu politik negara kita yang terlalu complicated.

Erm. Tu baru mukadimah je. Perkara sebenar yang ana nak bincangkan kali ni berkaitan dengan amanah. Sama ada kita sedari atau tidak, setiap seorang daripada kita sebenarnya sedang memikul amanah & tanggungjawab, biarpun kita tidak memiliki sebarang jawatan. Meskipun kita tidak memegang jawatan, kita maseh merupakan seorang pemimpin! Pemimpin kepada diri sendiri. Kita seharusnya memimpin diri kita sendiri agar lebih mudah untuk kita memimpin orang lain.

Malah, kita juga memikul amanah sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi milik-Nya ini. Amanah yang perlu kita galas dengan sebaiknya. Tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan sesempurna mungkin. Tuntutan agama yang perlu dipikul tanpa rasa ragu dan sambil lewa. Kewajipan yang perlu ditunaikan sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anfal yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengetahui (salahnya).

(Al-Anfal : 27)

P/S: Hmm. Jadi panjang la pulak entry ana kali ni. Takpe la. InsyaAllah, nanti ana sambung lagi huraian mengenai amanah ni dalam part 2.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, September 2, 2008

Sedih

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita maseh dapat menghirup udara Ramadhan pada hari ini. Memandangkan ana free malam ni (walaupun ada homework yang perlu disiapkan =D), ana cuba untuk mengupdate blog ni sekejap.

Sedih. Itulah perasaan ana sekarang ni. Sedih. Walaupun pada hakikatnya, kat sekolah tadi ana nampak happy je ngan kawan-kawan ana.

Memang ana rasa happy. Tapi di sebalik kegembiraan yang ana tunjukkan, terselit rasa sedih dalam hati ana. Rasa sedih yang teramat sangat. Rasa sedih yang tak mungkin dapat didescribekan menggunakan kata-kata. Rasa sedih sangat-sangat.

Tapi, takpe la. Mungkin ada hikmah di sebalik segala apa yang telah ditakdirkan Allah SWT. La Tahzan. Innallaha ma'ana.



Ana rasa sampai sini saja dulu coretan ana kali ini. InsyaAllah, kalau ada masa lapang, ana akan update blog ni lagi nanti.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monday, September 1, 2008

First Day of Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Ahah. Entry kali ni sekadar update ringkas je.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah berjaya menghadapi hari pertama puasa. Ada lebih kurang 29 hari lagi untuk menyambut ketibaan AidilFitri.

Ana bukannya nak cakap pasal AidilFitri. Ana nak cakap pasal hari ni, 1 Ramadhan. Entah pahal. Ana rasa semangat je nak sambut Ramadhan this year. Dan alhamdulillah, dapat jugak ana menyambut ketibaan Ramadhan ni. Semoga Allah SWT memanjangkan umur ana agar dapat ana tempuhi bulan Ramadhan ni dengan sempurna. InsyaAllah.

Alhamdulillah, syukur sekali lagi kerana dengan izin-Nya, ana maseh mampu menunaikan solat sunat tarawih. Rindu betul la ngan solat sunat tarawih ni. Yelah. Bukannya selalu pun kita dapat menunaikan solat sunat ni kan? Dalam setahun, sebulan je masa yang kita ada untuk menunaikan solat sunat tarawih. So, gunakanlah masa sebulan tu dengan sebaik-baiknya.

Owh. Sebelum ana terlupa, maybe lepas ni ana tak dapat nak update blog selalu. Sebab ana nak sibukkan diri ana walaupun ana tak sibuk. ^__^ Ahah. Bagus la tu kan? Sibukkan diri pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Sibukkan diri dengan pelbagai urusan, urusan dunia mahupun urusan akhirat. Penuhi masa kita dengan urusan-urusan yang bermanfaat. Mana tahu, kita tak sempat nak sambut Ramadhan 1430 H nanti kan? So, as a conclusion, manfaatkanlah bulan Ramadhan yang sedang kita lalui ni.

Lagipun, ana tak dapat nak update blog selalu sebab mak ana dah suspect 'something' bila ana asyik menghadap laptop ni (ana malas nak cerita. asyik nak ketawa je everytime teringat perkara tu =D).

Oklah. Ana rasa sampai sini je ana merapu pada malam ni. Akher kata, jom kita sibukkan diri kita pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini! =)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Puisi

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang untuk menggerakkan jari jemari ini mencoretkan sesuatu buat tatapan pembaca sekalian. Entry ana kali ni simple je, sekadar untuk berkongsi sebuah puisi yang cambest je bagi ana. Hehe. Ana ni rajin baca puisi je. Tapi langsung tak berbakat untuk menghasilkan puisi. ^__^

Penawar Hati

Tika ini,
langkah terasa payah,
nafas terasa lelah,
hati teramat gelisah,
menghadapi ujian yang Maha Esa.

Kalbuku,
yakinlah pada janji ar-Rahim,
kau tak pernah sendiri,
tidak mungkin jua terasa sunyi,
mustahil jua tandus tanpa cinta,
kerna kasih-Nya sentiasa ada buatmu.

Nuraniku,
tabahlah kau menjamah getir ujian buatmu,
teguhlah kau terus berdiri,
kerna kau pasti mampu hadapinya,
itu janji Tuhan yang Esa.

Penawar,
biar perih terasa mengejar cinta Yang Esa,
dari terleka mencari fatamorgana yang fana,
berimanlah ini terbaik untukmu,
segala tersurat sudah,
kerana Dia Khalidmu,
Maha mengetahui segala sesuatu,
pasti ada sebabnya setiap kisah hidupmu.


Puisi ni ana dapat dari iLuvIslam. Bagi ana, puisi ni memang best la. Banyak lagi puisi-puisi yang best kat iLuvIslam tu. Tapi, ana rasa agak malas nak kongsikan sekarang ni. Mungkin nanti-nanti la pulak ana kongsi puisi yang lain. InsyaAllah.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi