Hmm. Dah agak lama ana tak update blog ni. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana petang ni ana berupaya untuk mencoretkan sesuatu biarpun mungkin tulisan kali ini agak ringkas.
Sebelum ana teruskan coretan kali ini, ana nak kongsi satu lagi lirik lagu. Hehe. Ana memang suka dengar lagu & post lirik kat blog ni. Sebab kadang-kadang, lirik yang ana post kat blog ni menggambarkan apa yang ana rasa. ^__^ Lirik yang ana nak kongsikan kali ni merupakan lagu kumpulan Mestica - Segalanya Milik-Mu.
Segalanya Milik-Mu - Mestica
Kau yang menciptakan cinta
dan Kau jua yang menghampar bahagia
diribaan-Mu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
namun pada-Mu jua diadukan
merebahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasih-Mu
aku tahu inilah cinta-Mu
dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
tak semuanya yang ku mahu
Di celah hangat nafas yang terhela
ada dingin saat menyebut nama-Mu
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapan-Mu (ya ALLAH)
Aku tahu inilah kasih-Mu
aku tahu inilah cinta-Mu
dan ku tahu di segenap ruang rasaku
telah Kau titipkan kekuatan oh Tuhan
(sumber: www.liriknasyid.com)
Ok. Ana nak bagi sedikit pandangan ana berkaitan dengan lirik ni. Masa first time ana dengar lagu ni takde la best sangat. Tu pandangan peribadi ana la. Tapi lepas dengar beberapa kali, oklah lagu ni. Lagipun lirik lagu ni best.
Kita sebagai hamba Allah patut sedar bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini bukanlah milik kita sepenuhnya. Segala apa yang kita miliki sebenarnya merupakan milik Allah SWT yang Allah pinjamkan kepada kita. Contoh yang paling mudah, anggota badan kita. Anggota badan kita merupakan milik Allah. Dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga segala apa yang dipinjamkan kepada kita dengan sebaiknya dan menggunakannya untuk melakukan kebaikan. Ingatlah bahawa segala tanggungjawab kita di dunia ini akan disoal di akhirat kelak.
Terimalah segala kurniaan Allah SWT kepada kita dengan redha. Kerana, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Walaupun apa yang kita dapat bukanlah apa yang kita inginkan, yakinlah dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:
...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
No comments:
Post a Comment