Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana umur kita maseh dipanjangkan oleh Allah untuk terus menghirup udara Ramadhan lantas beribadah kepada-Nya. Alhamdulillah, syukur sekali lagi kepada Allah kerana memberikan peluang sekali lagi kepada ana untuk mengupdate blog ini.
Setelah membaca blog sahabat-sahabat ana, terdetik juga di hati ini untuk mencoretkan sesuatu mengenai persahabatan. Tapi, ana rasa tajuk tu, tangguh dulu la. Nanti-nanti la ana post pasal persahabatan. Kenapa? Sebab kalau ana post pasal tajuk tu, mesti terfikir pasal perpisahan yang bakal terjadi antara ana dan sahabat-sahabat ana tak lama lagi. Lepas tu, mesti la rasa sedih kan? So, ana tak nak fikir dulu pasal perpisahan tu. InsyaAllah, lain kali ana post pasal tajuk tu.
Tulisan kali ini sekadar untuk berkongsi satu persoalan yang selalu ana fikirkan. Persoalan yang berkaitan dengan kita dan mualaf. Sebelum ana teruskan lagi coretan ni, ana nak bagi maksud mualaf mengikut pandangan ana, tanpa merujuk mana-mana kamus (kalau silap, tolong betulkan).
Pada pendapat ana, mualaf merupakan individu yang baru (Kalau dalam exam, word 'baru' tak ada makna. Sepatutnya baharu =D) memeluk agama Islam. Ertinya, sebelum ni individu tersebut merupakan penganut agama lain selain agama Islam la. Kita tu pulak siapa? Kita tu merujuk kepada kita la. Kita yang sememangnya menganut agama Islam sejak bayi lagi.
Hmm. Ana selalu tertanya-tanya mengapa terdapat segelintir mualaf yang mempunyai pegangan yang teguh dan keyakinan yang amat kuat terhadap ajaran Islam, sedangkan pegangan kita pun tak sekuat pegangan mereka. Apabila mereka berpegang teguh dengan ajaran Islam, sudah tentu mereka akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sebenarnya.
Inilah persoalan yang seringkali ana fikirkan. Kenapa mualaf lebih berpegang teguh dengan ajaran Islam jika dibandingkan dengan kita? Setakat ni, ana cuma ada satu jawapan. Jawapan tu pun berdasarkan pendapat ana sahaja. Erm. Apahal mualaf lebih mempraktikkan ajaran Islam berbanding kita? Kenapa mualaf mempunyai keyakinan yang begitu tinggi terhadap Islam? Pada pandangan ana, sebenarnya terdapat satu perbezaan yang amat ketara antara kita dan mualaf. Perbezaan yang amat jelas kalau kita lihat dengan teliti.
Beza antara kita dan mualaf ialah terdapat segelintir mualaf yang membuat kajian sebelum mereka memeluk agama Islam. Memang ada golongan yang memeluk Islam tanpa melakukan research mengenai Islam. Namun, terdapat juga golongan yang melakukan kajian yang mendalam mengenai Deenul Haq sebelum memeluk agama ini. Apabila mereka membuat kajian mengenai Islam, mesti la ilmu mereka mengenai Islam akan meningkat kan? Dengan adanya ilmu yang mendalam mengenai Islam, sudah tentu pegangan dan keyakinan mereka terhadap agama ini menjadi semakin mantap.
Perkara ni membuktikan kepentingan ilmu agama dalam kehidupan seseorang individu muslim. Tanpa ilmu agama yang mencukupi, adakah pegangan kita terhadap agama Islam semakin kukuh atau sebaliknya? Malah, sebenarnya, bukan ilmu agama sahaja yang penting dalam hidup kita. Ilmu yang lain pun perlu dititikberatkan juga.
Ok. Ana dah kehabisan idea. Akhir kata, jom kita pertingkatkan ilmu agama masing-masing agar pegangan dan keyakinan kita terhadap Deenul Haq tercinta bertambah mantap dan kukuh! ^__^
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
No comments:
Post a Comment