Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan ilham kepada ana untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ini. Memandangkan ana baru je post lirik lagu taubat seorang hamba sebentar tadi, jadi, entry ana kali ni berkait rapat dengan lirik lagu tu. Taubat dan perubahan, ada kaitan ke? Hmm. Bagi ana, taubat dan perubahan ni amat berkait rapat.
Apabila seseorang hamba Allah itu bertaubat, kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT, sudah tentu hamba Allah tersebut perlu berubah. Berubah dari segi pemakaian. Berubah dari segi akhlak. Berubah dari segi ibadah.
Kalau dulu hamba Allah tersebut tidak menutup aurat, selepas bertaubat, dia mestilah memakai pakaian yang menutup aurat. Kalau dulu perangai hamba Allah tersebut teruk, selepas bertaubat, akhlaknya harus diperbaiki. Kalau dulu hamba Allah tersebut sentiasa meninggalkan suruhan Allah SWT, selepas bertaubat, hamba Allah tersebut seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menunaikan setiap perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Segala perbuatan yang telah ana nyatakan merupakan suatu perubahan. Sememangnya taubat memerlukan perubahan. Dan perubahan yang bakal dilalui bukanlah semudah yang disangka. Perubahan yang akan diharungi penuh dengan onak dan duri, penuh dengan pelbagai dugaan dan ujian. Ujian untuk menguji sejauh mana kesungguhan kita untuk berubah. Ujian untuk menguji setinggi mana semangat kita untuk terus berada di atas jalan yang diredhai Allah SWT.
Sebaik-baik perubahan yang dilalui ialah perubahan yang dilakukan semata-mata kerana Allah SWT. Perubahan yang diniatkan kerana Allah SWT, insyaAllah akan kekal. Namun, perubahan yang diniatkan kerana makhluk-Nya, belum tentu akan kekal.
Terdapat segelintir masyarakat yang berpandangan bahawa perubahan perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Mereka berpendapat bahawa perubahan tidak boleh dilakukan secara drastik. Pendapat ana pula adalah sebaliknya. Bagi ana, perubahan perlu dilakukan secara serta merta.
Kalau kita bertangguh-tangguh nak berubah, bagaimana seandainya Allah SWT tarik balik hidayah-Nya yang dikurniakan kepada kita. Pada saat itu, maseh mampukah kita untuk berubah? Bagaimana pula sekiranya kita mengambil keputusan untuk melakukan perubahan secara perlahan-lahan, sempatkah kita berubah menjadi hamba Allah yang taat pada setiap perintah-Nya sebelum ajal kita tiba?
Apabila terdetik di hati kita untuk bertaubat, tatkala muncul perasaan untuk meninggalkan segala kemungkaran yang kita lakukan, bertaubatlah dengan segera. Tinggalkanlah segala kemungkaran tersebut dengan secepat mungkin. Dan tetapkanlah niat kita untuk berubah kerana Allah SWT. InsyaAllah, jalan perubahan yang dilalui, biarpun kelihatan terlalu sukar, akan dapat kita lalui. Janganlah bertangguh-tangguh untuk berubah kerana Allah SWT berhak untuk menarik balik hidayah-Nya dan yang paling penting ialah kita tak boleh nak tangguh ajal kita meski hanya untuk satu saat sekalipun. ^__^
Untuk mengakhiri post ana kali ini, ana nak kongsikan komik yang ana dapat dari iKomik. Komik yang amat bermakna, berkaitan dengan perubahan.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
No comments:
Post a Comment