Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kasih sayang-Nya, kita semua maseh mampu bernafas di atas muka bumi ini. Syukur sekali lagi kerana insyaAllah, esok kita akan menyambut bulan yang penuh dengan keberkatan, Ramadhan al-Mubarak. Dan syukur sekali lagi kerana ana maseh dapat mengupdate blog ini dengan sesuatu yang, ana harap dapat memberikan sedikit manfaat buat diri ana dan para pembaca. InsyaAllah.
Kali ini ana ingin mencoretkan sesuatu mengenai persoalan yang seringkali bermain-main di fikiran ana. Siapa kita sebenarnya? Suatu persoalan yang agak sukar untuk dirungkaikan tatkala fikiran ini maseh terganggu dengan persoalan lain. Namun, insyaAllah ana akan cuba sedaya upaya untuk mencoretkan sesuatu yang berkaitan dengan persoalan ini.
Siapa kita sebenarnya? Ana pasti setiap orang mempunyai jawapan yang berbeza untuk persoalan tersebut. Ana pasti kita semua sudah tahu siapa diri kita yang sebenarnya (kalau tak banyak, at least, tahu sikit pun dah cukup la). Namun, adakah kita pasti bahawa kita sudah mengetahui jawapan sebenar persoalan tersebut? Adakah kita sudah benar-benar faham makna persoalan itu?
Bagi ana, kita semua hanyalah hamba-hamba Allah. Setiap orang merupakan hamba Allah. Allah SWT telah menciptakan kita agar kita beribadah kepada-Nya. Tujuan hidup kita jelas. Malah, tujuan hidup kita telah diterangkan Allah SWT dalam al-Quran iaitu untuk beribadah kepada Allah, Tuhan yang telah menciptakan kita, hamba-hamba-Nya.
Namun, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba. Ya. Bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba. Lirik lagu UNIC yang amat bermakna. Bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba. Satu kata-kata yang amat mendalam maksudnya pada pandangan peribadi ana.
Memang payah untuk hidup sebagai seorang hamba. Pelbagai dugaan yang perlu dilalui dalam usaha untuk mencapai keredhaan Allah. Pelbagai ujian yang perlu kita terima sebagai seorang hamba. Ujian untuk menguji tahap keimanan masing-masing. Ujian untuk menguji rasa cinta kita kepada Sang Pencipta. Namun, bersabarlah menghadapi ujian Allah SWT. Sesukar manapun ujian yang kita terima, hadapilah ujian tersebut dengan tenang. Ingatlah bahawa Allah SWT tidak akan menguji kita, hamba-hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu kita tanggung.
Ingatlah tugas kita sebagai hamba Allah adalah untuk beribadah kepada-Nya. Hanya Allah SWT yang perlu kita agungkan. Hanya cinta Allah yang perlu kita dambakan. Hanya keredhaan-Nya yang perlu kita cari. Biarlah tiada manusia yang meredhai dan mencintai kita asalkan Allah SWT meredhai setiap perbuatan & mencintai kita. Cinta dan redha Allah; dua perkara penting yang perlu kita titikberatkan dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah, melebihi perkara-perkara lain.
Ketahuilah bahawa sebagai hamba-Nya,hanya Allah SWT sahaja yang layak dicintai melebihi perkara lain. Dengan wujudnya rasa cinta yang luar biasa terhadap Allah SWT, sudah tentu lebih mudah bagi kita untuk beribadah kepada-Nya lantas melaksanakan tugas kita sebagai hamba-Nya.
Hmm. Sekali lagi ana rasa ana agak melencong dari topik asal. Sebelum ana melencong dengan lebih jaoh, ada baiknya ana berhenti setakat ini. Kalau ada pembaca yang tak faham dengan apa yang ana cuba sampaikan, ana minta maaf. Segala perkataan yang ana coretkan dalam entry kali ini sekadar peringatan buat diri ini yang seringkali alpa dalam melaksanakan tugas ana sebagai hamba-Nya dan supaya diri ini lebih tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...