Thursday, August 21, 2008

Meniru

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berupaya untuk mengupdatekan blog ini. Walaupun entry kali ini mungkin lebih pendek daripada kebiasaan (kerana idea ana agak limited pada waktu ini), harapan ana biarlah ianya memberikan manfaat.

Erm. Sebelum jari jemari ini bergerak, menulis dengan lebih mendalam lagi, ana ingin meminta maaf andai terdapat sebahagian pembaca yang bakal terasa dengan coretan kali ini. Ana hanya ingin menyuarakan apa yang dipendam.

Ana ingin melontarkan pandangan mengenai topik meniru ini dari 2 aspek iaitu positif dan negatif. Kita mulakan dengan membicarakan tentang perbuatan meniru dari aspek positif.

Perbuatan meniru dari aspek positif tidaklah menjadi suatu kesalahan. Apakah yang dimaknakan dengan perbuatan meniru dari aspek positif? Meniru sifat-sifat mahmudah yang terdapat pada individu lain, itulah perbuatan meniru dari aspek positif. Meniru sunnah Rasulullah SAW juga merupakan suatu perkara yang baik. Malah perkara ini digalakkan sendiri oleh Rasul kita yang tercinta.

Bagaimana pula dengan perbuatan meniru dari aspek negatif? Ya. Perkara inilah yang ingin ana bincangkan sebenarnya. Perbuatan meniru semasa peperiksaan, perbuatan yang seolah-olah menjadi suatu kebiasaan. Perbuatan meniru semasa peperiksaan sebenarnya suatu perkara yang haram dilakukan oleh umat Islam. Perbuatan meniru ketika exam sama dengan perbuatan menipu. Dan bukankah menipu itu merupakan suatu dosa? The same goes to perbuatan meniru. Meniru semasa peperiksaan juga satu dosa. Perbuatan meniru semasa peperiksaan menunjukkan bahawa kita bukanlah individu yang jujur dan amanah.

Bukanlah ana mengatakan bahawa diri ana ini baik. Ana bukanlah seorang yang sempurna. Ana hanya insan biasa, yang seringkali melakukan kesalahan. Ana mengaku ana juga pernah meniru (as in bagi jawapan kepada orang lain). Tapi, itu cerita lama. Cerita ketika ana maseh berada di darjah 5,darjah 6.

Perlukah kita meniru semasa peperiksaan sedangkan Allah telah mengurniakan kita kekuatan untuk berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan masing-masing? Apalah gunanya keputusan peperiksaan yang cemerlang namun diperoleh daripada cara meniru? Keputusan cemerlang tersebut tiada gunanya, tiada keberkatan sekiranya kita meniru.

Sedarlah wahai kawan-kawan. Usahlah diamalkan perbuatan meniru semasa peperiksaan. Perbuatan ini tidak mendatangkan apa-apa faedah. Malah, mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan teman-teman, menimbulkan rasa syak wasangka dalam kalangan guru-guru. Dan ingatlah bahawa setiap amalan kita, pasti ada balasan yang bakal kita terima daripada Allah SWT.

Kita perlu tahu bahawa bukan semua perbuatan meniru itu salah. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri. Meniru boleh menjadi suatu perkara yang baik atau buruk. Ia terpulang pada diri kita, sama ada ingin meniru dari aspek positif atau negatif.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: