Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, sekali lagi ana berpeluang untuk mencoretkan sesuatu buat renungan kita bersama. Kali ni ana nak bercakap mengenai ujian. Ujian yang kita hadapi dalam sekolah kehidupan masing-masing.
Setiap manusia, setiap hamba Allah tidak akan pernah terlepas daripada menerima ujian daripada Allah. Terdapat pelbagai sebab mengapa Allah menurunkan pelbagai ujian, pelbagai dugaan kepada kita, hamba-hamba-Nya.
Ujian merupakan tanda kasih sayang Allah kepada kita, sebagai tanda bahawa Allah sentiasa mengingati & memerhatikan kita. Allah ingin menguji tahap keimanan kita. Apakah kita akan bersabar dengan ujian yang dihadapi ataupun sebaliknya?
Tanpa kita sedari, dugaan yang kita hadapi sebenarnya suatu cara Allah untuk mentarbiyyah kita. Kita seringkali merungut, mengeluh apabila menghadapi masalah. Namun, kita tidak pernah cuba untuk berfikiran positif. Ketahuilah bahawa setiap apa yang berlaku, pasti ada kebaikan di sebaliknya.
Kita selalu terlupa suatu perkara yang penting apabila menghadapi dugaan. Kita terlupa bahawa ujian yang kita hadapi tidaklah seteruk mana. Maseh ada insan lain yang menghadapi masalah yang lebih teruk daripada kita.
Kita juga terlupa bahawa apabila kita menghadapi masalah, kita sepatutnya memohon pertolongan daripada Allah. Berdoalah kepada Allah agar kita dapat menghadapi ujian tersebut dengan tenang, dengan penuh kesabaran.
Sekadar berkongsi pengalaman. Ana merupakan seorang individu yang terlalu susah untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Masalah yang ana alami, ana lebih suka pendam seorang diri. Jika ada pun masalah yang ana ceritakan kepada kawan-kawan, ana takkan cerita secara detail. Entah la. Ana dah terbiasa memendam segala masalah, segala perasaan seorang diri. Kalau nak cerita masalah ana pun, ana cerita dengan adek ana je. ^_^ Sekarang ni pun ana tengah fikir pasal satu masalah ana yang terbaru. Hmm. Macam serious je bunyi. Tapi, memang betul la. Masalah tu bagi ana memang serious pun. Tapi, tak elok la kalau ana tulis kat sini kan? Lagipun entah mengapa, kali ni ana memilih untuk memendam sahaja masalah tersebut tanpa berkongsi dengan orang lain hatta adek ana. Hmm. Biarlah buat masa ini hanya ana dan Allah yang faham tentang masalah itu. Biarlah hanya dengan Allah, ana berkongsi masalah. =D
Berbalik kepada topik asal kita tadi; ujian tarbiyyah daripada Allah. Kita sepatutnya rasa sedih kalau hidup kita tiada masalah. Kita sepatutnya risau kalau hidup kita langsung tak ada dugaan. Ana pun risau jugak kalau tak ada masalah dalam hidup ni. Risau jika Allah dah tak sayangkan ana. Bimbang seandainya Allah melupakan ana. Kalau Tuhan yang menciptakan ana lupa kat ana, siapalah yang nak ingat kat ana kan? Tapi, setakat ni, alhamdulillah, Allah sentiasa ingat kat ana. Pelbagai ujian yang telah ana hadapi walaupun baru 17 tahun hidup atas muka bumi ni.
Usahlah kita mengeluh jika kita menghadapi dugaan daripada Allah. Bukankah melalui ujian itu, Allah mendidik diri kita untuk menjadi sabar, untuk berusaha mencari penyelesaian masalah yang kita hadapi? Cuba bayangkan jika kita tidak menghadapi apa-apa masalah. Pasti sukar untuk mendidik diri kita bersabar. Sepatutnya kita bersyukur tatkala menghadapi ujian kerana itu tandanya Allah sayangkan kita. =)
Sesungguhnya setiap ujian yang kita terima daripada Allah itu merupakan suatu tarbiyyah buat diri kita. Cuma mungkin kita yang tidak menyedarinya.
P/S: Ana minta maaf kalau post kali ni agak kekurangan isi. Idea ana maseh limited. Fikiran agak terganggu. Hmm.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
No comments:
Post a Comment