Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, sekali lagi ana berpeluang untuk mencoretkan sesuatu buat renungan kita bersama.Kali ini ana ingin berbicara mengenai masa.
Masa. Allah telah mengurniakan masa yang sama kepada semua manusia iaitu 24 jam. Setiap daripada kita memiliki 24 jam dalam sehari. Tiada seorang pun yang memiliki masa yang lebih ataupun kurang daripada 24 jam.
Perkara yang ingin ana bicarakan di sini sebenarnya ialah masa yang kita miliki di dunia yang fana ini. Kita perlu sedar bahawa masa yang kita miliki sebenarnya terlalu singkat. Masa kita untuk beribadah kepada Allah terlalu singkat. Hari demi hari, masa tersebut akan menjadi semakin singkat.
Sekiranya kita sedar, sekiranya kita tahu bahawa masa kita untuk beribadah kepada Allah di atas muka bumi ini terlalu singkat, mengapa tidak kita gunakan masa tersebut dengan sebaiknya? Mengapa maseh ada masa kita yang dibuangkan begitu sahaja? Gunakanlah masa yang kita miliki di dunia ini untuk menyiapkan bekalan kita di akhirat kelak.
Hidup kita di atas muka bumi milik Allah ini hanyalah sebagai perantau. Kita semua hanyalah musafir yang bakal tiba di destinasi masing-masing. Amalan kita di dunia yang fana inilah yang bakal menentukan nasib kita di akhirat yang kekal abadi kelak. Adakah amalan kita selama ini membolehkan kita memasuki syurga Allah? Atau adakah amalan kita selama ini hanya melayakkan kita memasuki neraka Allah? Renung-renungkan.
Marilah kita bersama-sama memanfaatkan masa yang kita miliki dengan sebaiknya. Sentiasalah ingat akan firman Allah SWT dalam surah al-Asr:
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
P/S: Memandangkan bulan Ramadhan akan menjelma tak lama lagi, marilah kita semua menggunakan masa kita pada bulan mulia tersebut dengan sebaiknya. InsyaAllah.
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
No comments:
Post a Comment