Saturday, August 16, 2008

Coretan ringkas

Assalamualaikum.

Hmm. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh berpeluang lagi mencoretkan sesuatu buat tatapan pembaca sekalian.

Terasa terlalu letih minggu ini. Ana pun tak tahu macam mana nak describe perasaan ana saat ini, setelah baru sebentar tadi membaca blog seorang rakan seperjuangan.

Ana seperti baru tersedar dari suatu mimpi yang teramat panjang. Ana baru tersedar yang ana hampir terhanyut dengan godaan dunia. Namun, alhamdulillah, Allah maseh sayangkan ana. Allah sedarkan ana supaya kembali ke pangkal jalan, sebelum ana terhanyut,tersesat dengan lebih jaoh.

Ya Allah! Terasa diri ini terlalu lemah. Terlalu lemah untuk menempuh hidup ini.

Ya Allah! Kau kuatkanlah diriku. Kuatkanlah semangatku dalam menempuh segala ujian-Mu.

Doakanlah ana terus kekal di atas jalan perjuangan ini. Jalan perjuangan untuk menegakkan kembali Ad-Deen tercinta di atas muka bumi ini, khususnya di bumi kolej tercinta.

Pendamba Cinta & Redha Ilahi

No comments: