Monday, August 18, 2008

Pujian

Assalamualaikum w.b.t.

Erm. Rajin betul ana update blog waktu cuti ni. Hehe. Takpe la kan. Ana nak update blog ni sebanyak mungkin masa cuti ni. Nanti waktu sekolah, mana dapat update selalu kan? Paling selalu pun mungkin sekali seminggu.

Ok. Coretan ana kali ni berkaitan dengan pujian. Pujian seseorang individu kepada individu yang lain.

Pada pendapat peribadi ana la kan, ana tak suka sangat bila dipuji. Bukanlah maksudnya ana tak nak dipuji. Semua orang sukakan pujian. Ana pun sukakan pujian. Namun, pujian yang ana prefer adalah pujian yang mempunyai makna, pujian yang diselitkan dengan motivasi!

Bila ada sesetengah hamba Allah yang memuji ana seolah-olah ana ni perfect,seolah-olah ana ni seorang individu yang terlalu baik, ana mesti rasa bersalah. Rasa bersalah sebab ana bukanlah sebaik yang disangka. Rasa bersalah sebab ana rasa ada orang lain yang lebih baik daripada ana,yang lebih berhak dipuji. Rasa bersalah kerana bagi ana hanya Allah Ta’ala yang layak menerima segala pujian tersebut.

Ana bukanlah hamba Allah yang baik, jauh sekali hamba yang sempurna. Ana hanyalah manusia biasa, makhluk yang lemah. Oleh sebab itu, ana tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.



Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: