Tuesday, August 19, 2008

Tentang Hati =)

Assalamualaikum w.b.t.

Erm. Sekali lagi ana menghadap laptop, mengerak-gerakkan jari jemari ini untuk mengupdate blog. Tulisan ana kali ni berkaitan dengan hati. Coretan ringkas, sekadar untuk meluahkan apa yang tersimpan dalam hati ana.

Hati. Terlalu sukar untuk melontarkan pandangan mengenai hati ini. Ana sendiri maseh belum mengerti hati ana dengan mendalam. Kekadang, hati ini bagai sarat dengan semangat. Semangat untuk memperjuangkan Ad-Deen tercinta. Namun, terdapat jua waktu ana rasakan hati ini kosong. Lemah longlai. Tidak bermaya. Bagai tiada perasaan.

Satu perkara yang ana paling tak suka bila cuti. Hati ana sentiasa terasa kosong. Langsung tiada pengisian agama. Malah, dipenuhi pula dengan perkara lagho. Perkara lagho yang terdapat di mana-mana sahaja. Bukanlah maksud ana perkara lagho ini hanya terdapat pada masa cuti. Namun, pada masa cutilah, masa ana lebih dipenuhi dengan perkara yang sia-sia.

Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku. Kuatkanlah hatiku menentang hawa nafsuku sendiri. Kuatkanlah kembali semangatku untuk memperjuangkan agama-Mu.

Acapkali ana rasakan hati ini kosong. Dan setiap kali perasaan itu muncul, pasti air mata ana akan mengalir. Dan setiap kali itulah, ana akan muhasabah diri ana. Susah benar rasanya untuk menguatkan hati ini. Memang susah, memang payah untuk menguatkan hati ini tatkala diri kita sendiri maseh belum memahami hati masing-masing.

InsyaAllah, marilah kita bersama-sama mendidik hati masing-masing agar lebih mudah kita memahaminya.

P/S: Ana minta maaf sekali lagi sebab post kali ni agak merapu & sekali lagi mungkin susah untuk difahami. Namun, inilah apa yang ana sedang rasakan saat ini. InsyaAllah, ana akan update blog sekali lagi nanti.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: