Saturday, August 16, 2008

Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Baru sebentar tadi, sejurus selepas azan Maghrib berkumandang, buku catatan amalan lama kita telah digantikan dengan buku catatan amalan yang baru (Ana tak sure sangat pasal hal ni. Boleh sesiapa tolong confirmkan?). InsyaAllah, dengan adanya buku catatan amalan yang baru, amalan kita akan dapat diperbaiki.

Erm. Pengenalan untuk nisfu sya'aban. Nisfu berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud setengah. Oleh itu, nisfu sya'aban bermaksud malam ke-15 dalam bulan sya'aban. Malam ini merupakan malam ke-15 bulan sya'aban atau lebih dikenali dengan nama malam nisfu sya'aban. (Ana cakap berbelit ke? =D)

Sedar tak sedar, masa berlalu terlalu pantas. Tak lama lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan pula. Dan selepas itu, bulan Syawal. Tak lama lepas tu, ana akan menduduki peperiksaan SPM. Doakan yang terbaik untuk ana. =)

Eh. Ana dah melencong dari tajok asal la. Adeh. T_T

Hmm. Apa yang ana nak highlightkan kat sini ialah amalan umat Islam akher zaman (kita la tu) setiap kali malam nisfu sya'aban menjelma. Ana bukanlah seorang yang memiliki ilmu agama yang tinggi, namun, amalan umat Islam pada setiap malam nisfu sya'aban membuatkan ana hairan & tertanya-tanya.

Ana tertanya-tanya apakah erti bacaan surah Yasin sebanyak 3 kali berturut-turut yang diadakan secara berjemaah selepas solat Maghrib? Mengapa tidak dibacakan surah-surah lain yang terdapat dalam al-Quran? Dan mengapa surah Yasin tersebut perlu dibaca sebanyak 3 kali? Bukankah sudah memadai sekiranya surah tersebut dibacakan sekali sahaja?

Ana bukannya apa. Ana cuma terfikir, bukankah masa antara Maghrib & Isya' terlalu singkat? Sekiranya kita membaca surah Yasin sebanyak 3 kali, memang sempat. Namun, belum tentu surah tersebut akan dibaca dengan tajwid yang betul, jaoh sekali tajwid yang sempurna. Bacaan surah Yasin sebanyak 3 kali dengan tajwid yang salah, adakah dosa ataupun pahala yang kita inginkan? Tepuk dada, tanyalah iman.

Ana tulis perkara ini berdasarkan pengalaman ana. Bukannya ana tulis sesuka hati, mengikut hawa nafsu. Ana yakin, perkara ini berlaku hampir di semua masjid di Malaysia (ana tak tahu la tempat lain). Sewaktu di masjid sebentar tadi, amalan yang sama dilaksanakan. Namun, ana tidak turut serta. Ana cuma membaca surah Yasin sekali sahaja. Kali kedua, ana baca tafsirnya. Dan kali ketiga, ana cuba menghafal surah al-Zalzalah.

Ana cuma ingin bertanya apakah amalan ini salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW? Kalaulah amalan ini merupakan sunnah Rasul tercinta, ana harap ada pembaca yang tolong bagikan bukti yang sahih. Kalau amalan ini bukan sunnah Rasulullah SAW, bagaimana pula amalan ini tercipta? Hmm. Sekiranya amalan ini merupakan salah satu amalan bid'ah, marilah sama-sama kita tinggalkan amalan ini. Ingatlah, hidup kita sebagai umat Islam hanya berpandukan pada al-Quran dan as-Sunnah.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

No comments: