Assalamualaikum w.b.t
Setelah membaca blog rakan-rakan seperjuangan, terdetik pula di hati ini untuk menulis mengenai perkara yang sama; CINTA.
Ana bukanlah seorang yang layak untuk membicarakan mengenai hal ini. Pengalaman dan pengetahuan ana mengenai cinta maseh terlalu sedikit, terlalu cetek. Namun, insyaAllah, ana akan cuba untuk memberikan pandangan ana mengenai kurniaan Allah yang terindah ini.
Cinta merupakan sesuatu yang abstrak, cinta adalah universal. Cinta tidak hanya difokuskan kepada cinta antara lelaki & perempuan sahaja. Terdapat cinta yang lebih utama daripada itu. Cinta yang sepatutnya menjadi priority umat Islam. Cinta yang semakin dilupakan. Iaitu cinta kepada Allah dan juga cinta kepada Rasul-Nya. Apalah gunanya cinta ajnabi sekiranya cinta Allah & Rasul-Nya diketepikan?
Perlukah cinta antara lelaki & perempuan melibatkan budaya couple? Ana sememangnya tidak pernah bersetuju dengan budaya ini. Mungkin terdapat sebahagian pembaca yang tidak akan bersetuju dengan pandangan ana. Namun, pandangan ana bukanlah pandangan yang kosong semata-mata. Ana telah membaca pelbagai artikel yang berkaitan dengan cinta antara lelaki & perempuan. Dan pelbagai bukti yang ana temui yang menunjukkan bahawa cinta antara lelaki & perempuan merupakan sesuatu yang inappropriate dalam Islam.
Cinta merupakan anugerah Allah yang amat indah dan suci kepada hamba-hamba-Nya. Namun, mengapa anugerah ini perlu dikotori dengan budaya couple? Ana sedar bahawa semua insan mempunyai keinginan untuk dicintai & mencintai. Dan ana akui, ana turut mempunyai perasaan yang sama. Namun, buat waktu ini biarlah hati ana dipenuhi dgn cinta lain selain cinta kepada seorang lelaki ajnabi. Biarlah hati ana sarat hanya dengan rasa kasih dan cinta kepada Pencipta, Rasul tercinta, ibu bapa, keluarga, guru-guru dan rakan-rakan ana.
Kadang-kala, sedih rasanya tatkala melihat pasangan yang bercouple pada usia yang maseh terlalu muda. Dan ana bersetuju dengan pandangan seorang rakan seperjuangan ana. Ingin sahaja ditanyakan kepada pasangan tersebut, apakah mereka sudah bersedia untuk berkahwin? Sekiranya maseh belum sedia untuk menunaikan salah satu sunnah Rasulullah tersebut, mengapa dengan begitu mudahnya pergaulan antara lelaki & perempuan tidak dijaga? Sekiranya tidak dapat dijaga dengan sempurna, at least, cubalah jaga pergaulan tersebut. Dan salah satu cara untuk menjaga pergaulan, agar dijauhkan daripada ikhtilat, ialah dengan menjauhi budaya couple!
Ana sedar ana bukanlah seorang yang dapat menjaga pergaulan ana dengan rakan-rakan lelaki dengan sempurna. Namun, ana mencuba sedaya upaya ana untuk menjaga batas-batas pergaulan tersebut. Dan alhamdulillah, ana amat bersyukur kerana memiliki parents yang amat menitikberatkan pergaulan antara lelaki & perempuan (Dan parents ana lebih strict terhadap ana. Mungkin sebab ana ni anak perempuan sulung kot? Hehe).
Dan, sekali lagi ana agak melencong dari tajok asal. Tapi, cinta & pergaulan amat berkait rapat. So, tak kira melencong sangat la kan? =D
Memandangkan ana seorang pelajar, lebih elok rasanya jika ana selitkan sedikit pandangan ana mengenai budaya couple dari skop pandangan seorang pelajar. Bagi ana, pelajar tidak seharusnya bercouple. Fokuskan tumpuan kita pada perkara yang lebih penting at this moment iaitu pelajaran! Akan tiba suatu masa kelak untuk kita bercinta. Namun, biarlah percintaan itu kelak diredhai Allah dan berlandaskan ajaran Islam. =)
Pendamba Cinta dan Redha Ilahi
Daurah Iftitah 2.0
-
Assalamualaikum wrt..
Alhamdulillah ala kulli hal.
sudah genap 2 tahun pertapakan ana di kepulauan. medan yang perlu ana
tempuhi buat kesekian kali.
daura...
2 comments:
pwehpwehpweh~
cinterr la gak... anti nyerr mmg lbh baek la... kalau ana ni, lebih banyak melalut nih!! point tak gak sampai...
jap2...pahal ka guna bahasa ya?? pelik nar juakkk..... hikz~ kna dah start melalut.... ;p
ahah. mentang-mentang ana tulis dlm BM, trus antar komen dlm BM juak. pening palak ana mencarik idea tek. Tp, alhamdulillah, dpt juak update blog tok. hehe.
Post a Comment