Saturday, December 12, 2009

Cuti tiba lagi

Assalamualaikum w.b.t.

Nampaknya, even though dah register wifi kat uia, tapi blog ni masih terbiar. Ahah. Sorry for not updating anything, at all. Second semester means I should be getting busier. Tapi, this semester, tak busy pun sebenarnya. Well, busy memang busy. Tapi xda la busy gilak, 14 contact hours jak. Hehe. Suka na cakap campor. Haih.

Well, truth to be told, I have nothing to be updated on this blog. What's wrong with me? Sungguh pelik. Don't you guys find it weird? Dolok rajin ada jak update blog, skrang tok rajin baca blog orang jak. Hehe.

Actually, ada jak benda mok diupdate, tapi malas. Let me see. I've sat for my Chemistry 1 and Mathematics 2 exams (Both were held on the same day, memang 'best'). So, there's another exam after the break, which is FIM. I forget what fim stands for, but I'm taking Understanding Islam for this sem, and there's another fim subject, which is Basic Themes of al-Quran.

Ok. There's nothing more to be updated. That's all. Ahah. Actually, I should stop before saya terus merepek tanpa henti :)

P/S: School holiday means that ramai orang akan berkahwin. So, kepada sesapa yg telah atau akan berkahwin tak lama lagi, selamat menjalani alam baru dalam kehidupan anda. Dan kepada sesapa yang akan berkahwin lama lagi (atau post pasal perkahwinan :P), sediakan diri anda (fizikal, mental, rohani) dulu k. And, to anyone yang tinggalkan mesej kat chatbox sebelah tu, I'm truly sorry I've never replied any message :)

Saturday, October 24, 2009

Cuti dah abes...

Assalamualaikum w.b.t.

Actually, cuti dah nak abes. Blom abes lagi. Hari Isnin ni bermulalah semester baru kat cfs uia pj. Sepatutnya saya dah kat kl sekarang. Sebab hari tu book flight pkol 6.20 pagi. Tapi, flight kena delay sampai la pkol 4 petang nanti. Adeh. So, nampaknya, plan untuk shopping kat kl terpaksa ditunda. Hehe.

Cuti dah nak abes. Rasanya dah bersedia untuk start semester 2, insyaAllah. Result exam pun dah dapat, alhamdulillah. Mental, fizikal, rohani semua dah ready kot. Walaupun masih ada perasaan nak extend cuti. Hehe.

Ok. That's all I guess. Xtau nak merepek apa lagi :)

Friday, October 16, 2009

Kuno?

Assalamualaikum w.b.t.

Tadi, saya tengah surf internet. Pegi la dari satu website ke website yang lain *Ahah. Cam bloghopping jak*. Lepas tu, kat satu website tu, saya terfikir la: "Am I being left out? Aku ni dah ketinggalan zaman ke?"

Website apa tu? Yes people, it's Facebook or FB or MukaBuku *sukati korang la nak panggil apa*. Ahah. Yes, I know it's not that important, it's just how I felt, tadi la. Perasaan saya je la, tapi nak buat account FB tu, maybe tak lagi kot.

Bukan sebab malas ye *ahah*. Tapi wifi kat uia tak register lagi. So, masa saya untuk online amat limited, kecuali kalau saya rajin pegi cc la. Tapi, kalau dah register wifi pun, saya tak buat account FB kot. Sebab saya MALAS :)

Monday, October 12, 2009

Aku ingin mencintai-Mu :)

Assalamualaikum w.b.t.

Entah kenapa sejak kebelakangan ni, hati saya seolah-olah sakit. Tak, saya bukannya sakit hati. Tapi, rasa seolah-olah hati saya ni dah sakit tenat, dah hampir mati. Atau mungkin dah mati pun.

Ok. What I'm trying to say is that, saya rasa saya semakin berubah. Saya rasa saya semakin jauh daripada Allah. And I do need people to keep reminding me, ingatkan saya tentang kehidupan akhirat yang kekal abadi. Supaya saya tak sia-siakan masa saya di dunia yang fana ni.

Mungkin perasaan ni timbul sebab saya terlalu banyak buang masa. Masa dibiarkan berlalu as if masa tu tak berharga. Atau mungkin hidup saya sekarang ni semakin banyak diisi dengan perkara lagha? Erm. Kalau masa diisi dengan perkara yang sia-sia, sama je la dengan buang masa kan?

*Kenapa entry ni banyak sangat 'mungkin'?*

Apa-apa pun, the previous post had been a very long post. So, I don't think it's a good idea to post another long entry right?

Sebenarnya, saya nak kongsikan satu lagu ni. Lagu yang teramat la best bagi saya. Very meaningful and sangat menyedarkan. Dan apa yang lebih penting ialah this song fits my current situation. I mean, lagu ni as if mengambarkan perasaan saya tika ini, saat ini.




Aku Ingin Mencintai-Mu

Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-Mu kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan berulangkali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakan-Mu
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-Mu

Aku ingin mencintai-Mu setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-Mu
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-Mu
ya Rabbi

"Ya Muqallibal qulub, tsabit qalbi 'ala deenika wa'ala tho'atik"
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan mentaati-Mu

P/s: Iman manusia itu ada masa naik dan ada juga masa turunnya. Bila iman kita berada di tahap yang rendah, berusahalah untuk menaikkan semula iman itu *Peringatan lagi untuk diri sendiri yang lemah & seringkali terlupa*

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monolog...

Assalamualaikum w.b.t.

Hmm. Sebenarnya, terdapat pelbagai perkara yang ingin saya coretkan. Tapi, itu tadi. Sekarang ni, rasa macam serba salah pulak nak luahkan segala apa yang terbuku dalam hati ni. Mungkin jugak saya rasa kurang selesa. Ya, saya bukanlah jenis yang mudah meluahkan apa yang saya rasakan. Saya lebih suka mendengar daripada bercakap. Sampaikan roommates saya cakap yang saya ni lebih banyak mendengar daripada bercakap, sepanjang mereka kenal saya. Bukanlah bermaksud yang saya ni takde benda nak cakap. Saya ada banyak benda nak diluahkan, terlalu banyak sebenarnya. Tapi saya tak tahu macam mana nak luahkan benda yang ada di fikiran dan hati saya.

Sebenarnya, tadi saya baru dengar lagu InTeam, Hamzah Asadullah. Lagu tu membuatkan saya terfikir tentang perbezaan umat Islam dulu, yang hidup bersama Rasulullah SAW serta para sahabat, dan umat Islam sekarang, iaitu kita, umat Islam akhir zaman.

Terlalu banyak perbezaan antara kita dan umat Islam terdahulu. Tapi, satu benda yang saya fikirkan tadi ialah menangis. Entah la. Saya pun tak tahu kenapa saya fikir pasal tu. Mungkin sebab saya dah lama tak menangis kot? Kadang-kadang, bila saya fikir-fikir balik, saya rasa seolah-olah hati saya ni dah mati, ataupun dah terlampau keras sangat sehinggakan terlalu sukar untuk saya menitiskan air mata (seriously!).

Ok. Berbalik kepada perbezaan antara kita dan umat Islam terdahulu. Umat Islam terdahulu, mereka menitiskan air mata semata-mata kerana Allah SWT. Mereka menangis mengenangkan dosa silam yang pernah mereka lakukan. Tapi, kita? Kita menangis atas sebab-sebab yang lagha, sebab-sebab yang tak memberikan sebarang faedah kepada kita. Kita menangis bila pelajar kegemaran kita tersingkir daripada program realiti, kita menangis bila ditinggalkan kekasih. Tapi, pernah tak kita fikir apa yang akan terjadi seandainya kita ditinggalkan Allah?

Erm. Sebenarnya, terlalu banyak yang ingin saya coretkan. Terlalu banyak, sehinggakan saya tak pasti adakah wajar untuk saya berkongsi perkara-perkara tersebut. Terus-terang saya katakan, blog ni bukanlah blog dakwah dan tarbiyah. Memang saya ada harapan untuk menjadikan blog saya sebagai medan dakwah dan tarbiyah (mungkin suatu hari nanti). Tapi, bila baca semula post-post yang terdahulu, saya rasa macam blog ni tak beri manfaat yang banyak pun kepada pembaca. Kadang-kadang, saya rasa risau untuk menulis, sehinggakan blog ni terbiar begitu saja. Saya risau seandainya apa yang saya tulis bukan sahaja tidak memberi manfaat kepada pembaca, malah menjadi fitnah ataupun menjadi dosa buat saya dan pembaca. Naudzubillahimindzalik.

Terlalu banyak perkara yang bermain-main di fikiran saya saat ini. Saya terkenangkan sahabat-sahabat saya, yang ramai dah lost contact sekarang ni. Dan saya tak salahkan mereka, sebab saya sedar saya bukannya sahabat yang baik. Tapi, saya cuba untuk menjadi seorang sahabat yang sentiasa ada di sisi mereka (not literally), saat senang dan susah. Walaupun mungkin saat senang saya tak diperlukan sangat (atau mungkin itu perasaan saya saja).

Saya sedar mungkin ramai yang rasa pelik atau agak pelik baca post kali ni. I'm using 'saya' instead of 'ana'. Entah la. Sebenarnya, kadang-kadang saya rasa nak menulis dengan menggunakan 'saya' atau 'aku'. Tapi, mungkin saya dah terbiasa menggunakan 'ana' di blog ni. Saya rasa ramai yang merasakan kata ganti diri 'ana' ni untuk orang yang baik-baik sahaja. Saya pun kadang-kadang rasa macam tu jugak. Walaupun pada hakikatnya, 'saya', 'aku', 'kamek' dan 'ana' memberikan maksud yang sama. Tapi, mungkin disebabkan bahasa Arab ni bahasa syurga, jadi ramai yang merasakan 'ana' hanya layak digunakan oleh golongan yang wara'. And yes, pendapat macam ni memberikan kesan kepada saya. Saya bukanlah hamba yang wara'. Ibadah saya takde la banyak mana, akhlak saya tak semulia Rasulullah SAW. Tapi, memandangkan saya menggunakan 'ana' apabila berkomunikasi dengan sebahagian rakan-rakan saya, so, dalam blog ni pun saya gunakan 'ana'. Cuma, kadang-kadang, saya gunakan 'saya' (ikut mood la). Tapi, mungkin post-post yang akan datang, saya akan terus gunakan 'saya', instead of 'ana'.

Saya juga sedar yang blog saya ni semakin kekurangan artikel-artikel berbentuk tazkirah. Tazkirah ni sebenarnya, saya tulis sebagai peringatan buat diri saya. Sebab saya sedar saya ni seorang yang selalu lalai, selalu alpa, selalu jugak terbabas daripada jalan yang diredhai oleh Allah. Tapi, sejak kebelakangan ni, saya rasa as if 'The more I learn, the less I know' *err..ada kaitan ke?*. Tak..sebenarnya, saya rasa as if, saya tak tahu apa yang saya nak tulis. Mungkin sebab semakin kurang membaca artikel-artikel tazkirah? Atau mungkin sebab saya leka dan saya tak sedar yang saya terleka? Erm. Saya harap ada sahabat yang tegur saya bila saya lalai. Malah, semasa saya tak lalai pun, berilah peringatan kepada saya. Kerana sesungguhnya, saya perlu diingatkan. Saya manusia biasa yang mudah lupa, maka, ingatkanlah saya tentang tujuan saya hidup di dunia ni.

Rasanya post kali ni dah panjang yang teramat. Bukanlah niat saya untuk menulis artikel panjang-panjang, yang boleh membuatkan anda bosan dan tidak meneruskan bacaan sehingga habis. Tapi, inilah yang ingin saya kongsikan. Walaupun saya jenis yang lebih suka mendengar dan rasa kurang selesa bila meluahkan apa yang saya rasa, tapi, kadang-kadang saya perlu luahkan juga.

P/s: Ni monolog ke bebelan? :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, October 8, 2009

Cuti :D

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, at last, jari-jari ana berjaya menekan-nekan keyboard ni untuk mengupdate blog yang semakin hari semakin diabaikan. Sekarang ni, ana berada di Miri, Sarawak. Yes, students pusat asasi atau cfs uia sekarang ni tengah cuti selepas menghadapi exam final yang...err...exam final yang telah mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk menyambut raya bersama family & friends. Cuba bayangkan, hari raya keempat, most of the students telah pun kembali semula ke uia. Mostly first year students la sebab 24/9 dah ada exam english. Tapi xpe, exam pun dah abes. So, tunggu result je la lagi. Tawakkal & doa je la tyme cuti ni.

Bercakap mengenai exam, PMR dan start kan? Since yesterday, if I'm not mistaken. So, kepada adik-adik yang ambik PMR this year, all the best k? Ma'at taufiq wannajah fil imtihan! Buat revision sampai saat yang terakhir, bukannya buat revision di saat-saat akhir. Hehe.

Sambung balik cerita tadi. Ana sampai kat Miri on 6 Oktober 2009, dan ana akan pergi ke KL semula on 24 Oktober 2009. Ana tahu yang ana memang semangat; balik dari uia lambat, tapi nak balik ke sana awal pulak. Padahal, exam last on 2/10. Ahaha. Xde la. Flight dah kena book, malas nak tukar-tukar. So, redha je la. Kalau balik awal, bleh la jalan-jalan on 24/10 tu. 25 Oktober baru balik uia. Hehe.

Dalam masa tak sampai sebulan ni, since revision week hari tu, ana dah beli 5 buah buku:

1) Life is an open secret by Zarina A. Bakar - yang ni tak sempat lagi nak baca
2) Sigaraning by Imaen - yang ni paling semangat nak baca. Sebab sebelum ni, dah pernah baca karya Imaen; Labyrinth & Bohemian
3) Rona-rona cinta Damascus by Sheila Wani - yang ni dah baca lepas abes exam hari tu
4) Bintang-bintang ke syurga by Xarine - masih dalam proses pembacaan
5) Syabab Musafir Kasih by Fatimah Syarha Mohd Noordin - yang ni dah lama nak beli, tapi asyik ada sebab je xjadi beli & akhirnya berjaya gak beli, alhamdulillah :)

Err...ana ni macam banyak baca novel je. Ahah. Ana memang minat baca novel yang best, tapi buku-buku lain tu baca jugak la. Contohnya, buku Biology Campbell 8th edition (tapi tyme exam, xde la baca sangat), Computer Essential, Algebra. Ahah. Ok ok. Tu buku yang ana guna untuk study subjek bio, comp & maths. Buku-buku lain ada la jugak baca, walaupun xbanyak. Hehe.

Kat uia pun masih ada lagi buku-buku yang ana tak sempat nak abes baca. Banyak sangat beli buku. Ana memang suka membaca! Hehe. Kalau pegi kedai buku pun, ana bleh spend masa lama-lama kat sana, sebab cari buku yang best. Sekarang ni, ana tengah nak cari novel/buku english yang best & sesuai dibaca, untuk meng'improve'kan english ana yang semakin hari semakin berterabur T-T So, sesiapa yang ada suggestion tu, sila la bagi komen k? Nanti ana try cari. Kalau cerita tu sesuai dibaca & best, insyaAllah, ana beli. Hari tu, ada nampak novel The Kite Runner. Tapi xbeli sebab dah baca.

InsyaAllah, dalam masa cuti ni, ana nak beli buku lagi dan habiskan membaca semua buku tu. Tapi, cuti kali ni, ayah ana suruh belajar driving -_-" Kalau ikutkan hati, memang la ana xnak, sebab nak rilek je tyme cuti ni. Tapi (lagi), belajar je la, for my own sake kan? Nanti nak pegi mana-mana kat Miri ni, senang la sikit. Xpayah menyusahkan orang, kan? :)

Tuesday, September 22, 2009

Syukur

Assalamualaikum w.b.t.

Memandangkan blog ana ni penuh dengan repekan dan semakin kekurangan entry yang berbentuk peringatan buat diri sendiri dan anda yang rajin membaca blog ni, so, insyaAllah entry kali ni akan kurang tahap repekannya :)

Bulan Ramadhan yang lepas, kat uia, students ada options nak solat tarawih kat mana, kat mahallah (hostel) sendiri atau kat masjid. So, ana ngan roommates ana pun solat tarawih kat mahallah je. Bukan solat dalam bilik ok? Solat kat musolla (surau) la.

Kat surau, brothers yang jadi imam solat Isyak, solat tarawih (8 rakaat) dan solat witir. Selepas 4 rakaat solat tarawih, brothers akan sampaikan tazkirah pendek, lebih kurang dalam 5 minit la. Dan biasanya, tazkirah tu diberikan secara spontan. Dan kebanyakan tazkirah yang diberikan tu, berkaitan dengan tajuk entry kali ni; SYUKUR.

*Apsal mukadimah terlebih panjang pulak? -_-"*

Ok. Bila hampir setiap malam, tazkirah yang disampaikan menitikberatkan kepentingan syukur, ertinya syukur ni memang suatu perbuatan yang penting la kan? Kita sebagai hamba-Nya, yang dikurniakan dengan pelbagai macam nikmat, sudah tentu kita perlu bersyukur kepada Allah SWT. Syukur merupakan satu cara untuk kita berterima kasih terhadap segala nikmat-Nya.

Mungkin ada yang fikir; "Eyh. Aku hidup susah la. Ada ke Allah kurniakan nikmat kepada aku? Kalau Allah kurniakan nikmat kepada aku, mesti aku dah hidup senang sekarang ni."

Fikiran macam ni la salah. Adakah anda mengukur perkataan nikmat tu dengan harta semata-mata, dengan wang? Kalau anda kaya-raya, ertinya Allah kurniakan nikmat kepada anda? Ana takde cakap pun yang nikmat tu adalah kekayaan semata-mata, tapi kekayaan tu hanyalah salah satu daripada nikmat yang Allah beri kepada sesetengah hamba-Nya.

Firman Allah dalam al-Quran: "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" (Surah ar-Rahman, ayat 13)

Nikmat ni ada macam-macam, terlalu banyak sebenarnya kalau nak disenaraikan. Malah, sebenarnya, kita tak akan dapat menghitung nikmat kurniaan Allah.

Firman Allah SWT dalam kitab suci al-Quran yang bermaksud: “Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya.” (Surah Ibrahim, ayat 34)

Antara nikmat yang Allah kurniakan kepada kita adalah, nikmat kita dilahirkan di dunia, nikmat meneruskan kehidupan di dunia (tapi kita kena ingat, dunia ni sementara je, tempat kita mengumpulkan bekalan untuk kehidupan akhirat) dan nikmat yang paling penting sekali ialah nikmat iman dan Islam. Banyak lagi nikmat yang lain. Anggota badan juga adalah nikmat kurniaan Allah. Kalau anda memperoleh keputusan exam yang cemerlang, itu juga merupakan nikmat kurniaan Allah.

Syukur merupakan perasaan berterima kasih yang perlu kita expresskan dengan perbuatan dalam kehidupan seharian kita. Macam mana nak expresskan syukur dalam kehidupan kita? Banyak caranya. Mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, itu sudah membuktikan bahawa kita adalah hamba-Nya yang bersyukur. Expresskan perasaan bersyukur menggunakan perkataan pun boleh jugak. Contohnya, mengucapkan 'Alhamdulillah', selalu menyebut-nyebut nikmat kurniaan Allah.

So, jom kita sama-sama mengexpresskan perasaan syukur dalam kehidupan kita mulai saat ini :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monolog Seorang Aku

Assalamualaikum w.b.t.

Ok. Hari tok, dah third day of raya. Rasanya blom terlambat gik mok wish raya. So, selamat hari raya kepada semua orang yang terlebih rajin baca blog tok. Hehe. Maaf Zahir dan Batin. Sori mun ada polah salah.

So, raya this year, ok la. Tapi, rasanya raya kat kampung mak ana best gik. Hehe. Raya kat kampung mesti la best gik nak? Ramey saudara bah cya.

Since today is the third day of Syawal, ertinya cuti..err..I mean, revision week (ahah :P) dah mok abes. Tomorrow, I'll be leaving Miri. Sedih eyh *Padahal bulan Oktober klak balit ctok gik. Ahah* Tapi yalah tek, orang gik semangat2 mok raya, tang ada terpaksa ngadap kertas soalan exam T-T Dah la x polah revision gik.

Xpolah revision ngan xabes revision adalah dua perkara yang amat berbeza ok? Orang yang terlebih confident jak xpolah revision, in my case la. Mun da orang lain xpolah revision ya, maybe nya dah genius. Ahah.

I guess that's all then. Tajuk cambest, entry xda pa2 pun. Hehe.

Thought of the day: Can I extend my holiday & postpone my exam? :)

Thursday, September 17, 2009

Tired!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, at last, dapat juak update blog. I've been busy, seriously! Ahah. Well, mok crita apa lok? Ana balit Miri sabtu lepas, pakey flight malam. Dalam belon (ahaha) riya, nang xpat tdo. Sebab ada orang banyak cakap :P

So, kiranya, ana kat ctok dah mok masok seminggu la. Rasa cam bruk sampey semalam jak. Ahah. Sebenanya, ana blom berkesempatan mok pegang buku-buku yang dimbak khas dari uia riya. Dalam bahasa mudahnya, ana blom start revision. Satu apa pun blom baca. Satu latihan pun blom polah. Nang overconfident! Ahah.

Actually, xda la overconfident mok exam. Like I said before, I've been very busy! Yalah, kan riya family ana pindah. So, rumah pun gik agak berterabur. Mun mok raya, rumah mesti la tersusun nak? Sapa juak yang terpaksa merajinkan diri ngemas rumah? Orang yang balit dari pj juak. Ahah. Xda la. Bapak ana yang ngemas, ana tolong la apa yang patut. Adik-adik ana, suma sekolah. Abang ana, sorang kat Kuching, sorang kat Johor. So, ana slalu la knak tinggal sorang-sorang kat rumah.

Yang ana pelik nak, buku maths, bio, comp ngan arab blom dibaca, dengan alasan busy. .tapi, sepanjang ana kat miri tok, 2 novel dah khatam. Camney ya? Xpelik ka? Ish3. Manusia manusia.. :)

Xhal. Exam start 25/9. So, da masa gik..err. Bila la gik tabiat last minute study tok mok hilang? Xpa xpa. Tok bukan keja last min, tok positive thinking. Hehe.

Well, I guess that's it then. Klak2 update gik, insyaAllah.

P/s: Lately, there's a feeling that stops me from blogging. And ana xselalu blogging bukan sebab malas. Mun kat uia, maybe sebab malas la. Wifi pun xregister gik. Hampeh~ Ahah. Well, actually, the feeling stops me from sharing my days in public. Maksudnya, ana rasa ana xpatut blog about what I've been through if there's no values in it. Mun da pengajaran di sebalik kisah ya, len cerita la. Or, in other words, I should stop atau kurangkan post yang merapu/merepek dan yang sewaktu dengannya :) So, mun makin hari, makin kurang update about my life, paham-paham jak la. Mun xpaham pun polah-polah paham jak :P

Thought of the day: How will you feel if suddenly I ignore you, without any reason? *Paham x?*

Saturday, August 15, 2009

Untitled

Assalamualaikum w.b.t.

I'm here once again. Ahah. X alah2 online *Xlamak gik final alyaa!!* Actually, tadi boring tyme kat bilit, and my roommate mbak ana g cc. So, join jak la.

Well, I just realised yang ana xabes gik nangga the arrivals ya -_-" Sebab ada video yang xda lam laptop ana. Ertinya,...terpaksa la download klak. Ngee.

Xda pa2 pun mok tulis tok. Saja jak. Bah. Salam :)

Thought of the day: Bila mok cuti tok?

Friday, August 14, 2009

Updates...

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya ana berpeluang untuk terus mengupdate blog ni. Agak lama jugak blog ni terbiar macam tu je. Saja je tak update blog selalu sangat, sebab kalau selalu sangat update, kompem ana akan merepek.

I've just finished watching 'The Arrivals' *Yes, ana tauk ana lambat bah. Orang lain semua dah nangga series ya. Ana jak slow -_-"* So, frankly speaking, there are some episodes yang ana tak faham. Sebab mungkin apa yang dibincangkan terlalu complicated, or perhaps my english is getting worse and worse. Ahah.

Ok. Back to the main topic, 'The Arrivals'. This series is really an eye-opener *bukan can-opener ye :P* Seriously! Before this, ana tengok all the things that happened in my life as perkara biasa. I mean, the things that were discovered in 'The Arrivals'. Sebelum ni, ana just anggap semua tu as entertainment, gimmick and so on. Susah la nak explain. You guys have to watch the series to understand what I'm talking about. Or else, anything that I'm writing won't make any sense to you.

The things that are happening around us, they are connected in some ways. Before this, ana just anggap semua tu as coincidences. But, I was totally wrong! Nothing happened coincidently! The 9/11 tragedy, the entertainment yang kita terima, semuanya sebahagian daripada satu plan, an evil plan actually. Hiburan yang kita dapat; movies, songs and even cartoons! Kalau kita tengok dengan teliti, insyaAllah kita akan dapat lihat how they are connected with the plan.

Well, since there are a few episodes that I can't really understand, I couldn't actually explain about the series. Seriously, you guys just have to watch it. It will be worth it! You'll realise that how smart you are, your knowledge are still limited. You will know that even though kita dah merdeka since 1957, but..our mind are still being control by them. Who are they? Well, you should figure it out by watching 'The Arrivals' ^__^ *sesapa yang nak video 'The Arrivals' tu, maybe you can still find it online, I'm not very sure. Tapi, kawan-kawan ana yang nak video tu, bleh la mintak dengan ana*

Erm. Perhaps I should watch the videos once again so that I'll understand them better. Well, I guess that's it. I should stop writing about 'The Arrivals' because maybe you guys tak faham pun. Kan? Kan? Kan? :P Just watch the series & you'll realise so many new things!

Next topic,...there's nothing much to write. Ramadhan pun akan tiba dalam lebih kurang seminggu. So, ambil kesempatan ni untuk memperbanyakkan amalan kita. Tapi, jangan la just beribadah banyak-banyak tyme Ramadhan je. Istiqamah la dalam ibadah-ibadah tu *peringatan buat diri sendiri yang sentiasa alpa* So, tingkatkan kualiti ibadah fardhu, perbanyakkan ibadah sunat dan istiqamah dalam beribadah! Beribadah la seolah-olah Ramadhan ini adalah Ramadhan kita yang terakhir, insyaAllah, seandainya kita sempat bertemu dengan Ramadhan yang bakal menjelma ini :)

P/s: Ana lupa nak cakap yang sem ni ana mbik 4 subjek je, sebab ana extend dari program setahun jadi program setahun setengah :)

P/s(2): Sorry sebab guna bahasa rojak; bahasa Melayu, bahasa Sarawak & English :P

P/s(3): Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri. Moga pemergian beliau menjadi suatu peringatan buat kita yang masih hidup, bahawa kita boleh meninggalkan dunia yang fana ini bila-bila masa sahaja, tanpa mengira usia.

Thought of the day: Will you be the one to catch me whenever I fall, or will you be the one to watch I fall without doing anything? *Andai ana silap, tegurlah ana. Andai ana alpa, ingatkan ana*

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Wednesday, July 29, 2009

Kehilangan

Assalamualaikum w.b.t

*Entry kali ni, ana nak guna bahasa melayu*

Lama dah ana tak update blog ni. Banyak benda yang nak dicerita, tapi tak tahu nak start dari mana. Maybe, blog ni, ana tak akan delete, tapi insyaAllah akan diprivatekan.

Kehilangan. Apa benda yang hilang? Semalam, ana dapat tahu yang pak cik ana meninggal dunia, disebabkan kemalangan. Berita yang memang mengejutkan, takde sorang pun sangka benda ni akan terjadi. Tapi, itu salah satu janji Allah kepada kita. Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana nyawa kita akan ditarik. Yang pasti, kematian tu tak dapat nak diawalkan atau ditunda walau sesaat.

Ni bukanlah kehilangan yang pertama ana alami. Sebelum ni, seorang pak cik ana dah meninggal. Lepas tu, kawan ana meninggal semasa ana berusia 11 tahun. Tyme ana form 1, seorang lagi kawan ana meninggal. Hujung tahun 2007, datuk ana meninggal. Tahun 2008, ramai orang yang ana kenal meninggal dunia.

Pemergian pak cik ana ni, ana rasakan sebagai satu kehilangan yang memang dapat dirasai. Ana tak la rapat sangat dengan pak cik ana. Masa kecik-kecik dulu rapat la, sebab ana tinggal kat kampung. Dan ana pasti, keluarga ana pun merasakan kehilangan arwah.

Perkara ni membuatkan ana terfikir, bila tiba giliran ana pulak untuk meninggalkan dunia ni nanti, adakah orang sekeliling ana akan rasa kehilangan atau sebaliknya? Tapi, persoalan yang lebih penting ialah, ana dah sedia ke untuk menghadapi detik itu? Amalan ana dah cukup ke untuk dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak? Jom muhasabah dan perbaiki amalan kita.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, June 20, 2009

When I'm ill, it is He who cures me

Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk cambest jak nak? Ana dapat idea dari packaging ubat kat klinik uia. Hehe. Xda kaitan dengan post pun tajuk ya. Ana xda la sakit sekarang tok, riya jak demam. Tapi, alhamdulillah dah ok la sekarang.

Erm. Bapak ana xjadi g kl dis week. Nang frust la riya, dah la gik demam tyme ya. Ngehh~ Tapi xhal la. Ritok tek, plan mok g outing ngan kawan. Tapi xjadi juak. Tutorial berlambak! Next week ada banyaaak kuiz gik. Pasya mok polah lab report bio gik. Banyak keja mok polah. Tapi, still da masa mok blogging. Hehe.

Mok cakap pasal apa gik? Jom kita cakap pasal tajuk atas ya! :)

'When I'm ill, it is He who cures me'.

Best nak phrase tok? Nya cam mengingatkan kita yang tyme kita sakit, kita perlu berusaha supaya kita sembuh. Cara kita berusaha ya, g jumpa doktor, makan ubat, rehat. Tapi, kita perlu ingat yang bukan dengan memakan ubat ya kita sembuh. Cuma Allah yang berkuasa menyembuhkan kita. Paham x? Yes, ana sedar ana x berbakat jadi cikgu. Klak terajar ajaran sesat ngan students. Ahah :P

Ok. Sambung gik merepak. Riya nak, ana g baca blog sorang kawan ana tok. Ada la cgek post ya, mengingatkan ana dengan high school. Ahah. Cam la dah lamak gilak meninggalkan high school ya. But siyesly, high school best ow? I mean, banyak alu jak memories. Tapi, life goes on. Xkan la selama-lamanya mok stay kat kolej nak? Klak boring plak. Kita dah tinggalkan kolej, tapi every memory kita kat kolej, insyaAllah akan kekal :)

Ana boring tok, yalah banyak ada jak cerita. Gikpun laptop tok xda orang pakey, ana la pakey. Hehe. Sebenanya nak, ana rasa mok delete blog tok. Sebab, lately, post cam banyak merepek jak. Tapi, nangga lok la. Xkompem gik, bruk plan jak. Or maybe, ana mok delete certain posts. Ngehe.

Bah. Dah la. Banyak gilak dah cerita. Lenkali gik update.

Thought of the day: I wish I could fly to MIRI :)

Thursday, June 11, 2009

Jadual oh jadual

Assalamualaikum w.b.t.

Ahah. Tajuk cam apa jak bunyi. Xda idea bah. Tok gik boring, yalah on9 pakey laptop roommate. *Thanks to Bela :)* Hehe

Bercakap pasal jadual nak, adeh..pening palak nangga jadual ya. Pack ada jak! Ok. Xla padat gilak. Tapi tok lom tambah ngan jadual FIM gik. Oh, and btw, ana mbik bahasa arab juak this sem. So, ertinya, this sem jak, ana mbik 6 subjek. Dapat ndak ka owh? Rasa xkonfiden jak mok mbik banyak subjek tok. Dah la core course da 3 igek. Kawan-kawan len, da yang dua, da yang cgek jak core course -_-"

Tapi, bak kata sorang kawan tek, kita xkan diuji dengan suatu ujian unless Allah tauk yang kita mampu menghadapi ujian ya. Naseb bait da orang yang tolong remindkan. Mun mok compare ngan dugaan yang terpaksa ditempuh orang len, gik hebat nak? Blaja 6 subjek cgek sem, insyaAllah boleh. Doakan ana boleh k? Xkira la sesapa. Knal ka xknal ka, doakan jak. Ngehe.

Ok. Enough pasal jadual. Ana xpat mok on9 lamak-lamak tok. Pagi esok da klas pkol 8. Tapi lecturer masok pkol 8.30. So, bleh la datang akher ckit. Hehe. Btw, adek ana padah bapak ana g KL next week. Best best! Ahah. Skrang tok, ana lom decide gik mok balit Miri ka x bulan Oktober klak. Mok balit ka x? Balit jak la kot. Lamak xnangga Miri.

Ok ok. Dah gik. Seblom ana terus merepek, bagus stop gik nak? Lenkali gik update, insyaAllah.

P/S: Ika, update blog! Ney gambar kat Taman Botani? xP

Thursday, May 7, 2009

Merapu

Assalamualaikum w.b.t.

Lama jugak ana tak update blog ni. Kesian blog ni. Selalu sangat diabaikan. Ngee~ Ana busy la, seriously. Kalau tak keja pun, busy jugak. Busy merehatkan diri. Hehe. :)

Oh. Sekarang dah almost 2 am. Ana tak dapat tido. Sebab tadi tido awal sangat, pukul 8 lebih dah tertido.

Ana nak cakap pasal apa ek? Merapu la pulak. Sebab tulah ana tak selalu update. Merapu jak keja klak. -_-"

Ok. Jom cakap pasal melanjutkan pelajaran! Kebanyakan orang dah update blog pasal tawaran upu la matriks la, tapi ana blom lagi. So, nak update la ni.

Alhamdulillah, ana dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). And insyaAllah, ana akan melanjutkan pelajaran ke UIA. Ana daftar kat UIA 23/5 ni. Adeh~awal kan? Tapi, bebudak matriks lagi awal, daftar 11/5. Kawan-kawan ana, kebanyakannya pegi matriks. Tapi takpe la. Ana tetap pegi UIA.

One thing for sure, I'll miss my family, especially my sisters! Sedih la. Yelah, selama ni pun, banyak benda yang ana kongsi dengan adik ana yang form 4 tu (identiti dirahsiakan :P). Segala apa yang ana rasa cam nak dikongsi, ana akan cerita dengan dia. Dia tahu banyaaaak rahsia ana. Ahah. Ana pun tahu banyaaak rahsia dia. Ana memang rapat dengan adik ana yang sorang tu. Senang cerita, dia orang yang paling rapat dengan ana.

Masa ana masih sekolah dulu, setiap kali balik sekolah, mesti kami kongsi cerita. Ahah. Sapa cakap adik ana tu pendiam? Dia banyak cakap la, kalah ana. :P Sekarang ni pun, adik ana yang 2 orang tu dah tinggal kat asrama. Sunyi la kat rumah. Nasib baik ana keja. Kalau tak, mesti terasa kesunyian tu. Haih~ it's hard saying goodbye kan? -_-"

Takpe la. Ana pegi bukannya sebab apa. Just to further my study. So, takpe la. Esok..eyh..hari ni (7/5), ana nak pegi jalan dengan kawan-kawan ana! Hehe. Kira cam last gathering before everyone pegi further study. Lepas ni, mesti susah nak jumpa kan? Kan? Kan? *Sedih lagi la*

P/S: Apahal entri kali ni banyak sedih? Cam emo jak. Ahah.

P/S(2): Ika, iboh lupak farewell cookies! :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, April 17, 2009

Sahabat...

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau saya bagitahu awak yang saya ada masalah,
awak nak dengar tak?

Kalau saya ceritakan masalah saya dengan awak,
awak akan pandang remeh tak masalah saya?

Kalau saya beritahu awak yang saya dah berubah,
awak percaya tak?

Kalau awak lihat saya alpa dalam menjalankan amanah sebagai hamba-Nya,
awak tegurlah saya.

Kalau awak lihat saya seolah-olah mengejar dunia dan melupakan akhirat,
awak nasihatkanlah saya.

Kalau awak lihat saya berubah menjadi semakin teruk,
awak bantulah saya berubah menjadi hamba-Nya yang solehah.

Mungkin hari ini, awak lihat saya masih sama dengan saya yang dulu,
tapi, esok belum tentu lagi.

Jadi, sebagai sahabat, seandainya saya berubah menjadi semakin teruk (walau sedikit pun),
awak mesti bantu saya kembali ke jalan yang diredhai-Nya. :)


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, April 14, 2009

Cantik itu subjektif

Assalamualaikum w.b.t.

"Kalau tak pakai tudung mesti cantik lagi."

Apa perasaan anda kalau ada orang cakap macam ni straight to your face?

Bangga? Marah? Suka? Tergamam?

How will you react?

P/S: Sorry for not updating my chatbox! Saya sangat busy. :p Sebenarnya, 2,3 hari yang lepas, takde internet. So, tak dapat la update apa-apa. :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, April 9, 2009

Busy!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya, ana berpeluang mencari sedikit masa untuk meng'update' blog ni. Err...lama jugak ana tak update blog ni kan? Sampaikan chatbox sebelah tu pun tak terurus. Bukannya apa, sekarang ni, masa untuk menghadap laptop agak terhad. Sebab ana dah mula bekerja lebih kurang seminggu yang lalu.

Setakat ni, kerja oklah. Cuma ana masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan kerja, dengan kawan-kawan kat tempat kerja. Ngehh~ -_-" Memang agak payah awal-awal ni. Tapi takpe la. Salah satu cara untuk mendapatkan pelbagai pengalaman baru.

Baru start kerja ni, agak mencabar la jugak. Mencabar fizikal, mental, emosi dan pegangan terhadap ajaran Islam. Ngee~ Doakan ana mampu menghadapi setiap cabaran yang perlu ana lalui. Doakan agar keyakinan ana terhadap Islam bertambah kukuh. Hmm.

Apa-apa pun, coretan kali ni takde isi pun. Ana sesaja update supaya blog ni tak terlalu berhabuk. :) InsyaAllah, lain kali ana update blog ni dengan coretan yang lebih bermanfaat.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, March 24, 2009

Tiada Tajuk

Assalamualaikum w.b.t.

It’s been quite a long time since my last post. Ngee. I know...I shouldn’t have abandoned my blog. But, whenever I wanted to update my blog, I found it’s difficult. There’s nothing to write about. Okay. There are things to be written, but there’s nothing that I should write about. Okay...I’m making no sense right?

WAIT!


Apahal ana post dalam English ni? Ahah. Berjangkit ngan Ezzati la tok :p (p/s: Ezzati, I'm not discouraging you. Teruskan meng'update' blog dalam English. Ana suka baca English posts. Hehe). Ok ok. So, should I post in English, Malay or Sarawak? Malay jak la. Senang cerita. :)

Nak tulis pasal apa ek? Ni la yang susahnya everytime nak update blog, takde idea. Fuh~ hmm.

Owh. Ana dah dapat kerja part-time. Kat...kat kedai la (tempat kerja tak sepatutnya disebarkan secara meluas di public). Ahah. Jangan tanya apahal ana start kerja lambat sangat. Ngehe. Tapi ana start kerja next week, insyaAllah. Excited & nervous nak start kerja, first time ni. Tak sangka pulak parents ana benarkan ana kerja.

Selain objektif utama, iaitu untuk mendapatkan duit dan menjadi seorang budak...eyh...remaja yang independent, kerja part-time ni, insyaAllah akan mendedahkan ana dengan dunia luar yang sebenar. Yelah. Sebelum ni, sepanjang cuti lepas SPM, most of the time, ana 'bertapa' je dalam rumah. Sekarang ni, masa untuk explore dunia luar pulak kan? Harap-harap ana boleh adapt dengan persekitaran baru kat tempat kerja nanti, insyaAllah. :)

Erm. Seriously la, ana dah takde idea ni. Lain kali la ana update lagi ek?

Thought of the day:

Sanggupkah anda terjun ke dalam neraka semata-mata untuk menarik keluar semula orang yang anda sayang?

P/S: Siapa yang tak faham, sila abaikan ye? :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Thursday, March 12, 2009

Ini yang terbaik

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ini kita masih berpeluang menghirup udara untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah, hari ini berakhirlah segala teka-teki mengenai keputusan SPM 2008.

Sesungguhnya, penantian itu suatu penyeksaan. Ahah. Tapi, segala soalan telah pun terjawab. Oh. Kepala ana tetiba blank la. Takde idea nak tulis apa. Ana just nak cakap pasal result SPM ana je. Alhamdulillah la, result ana ok. Tapi, takde la dapat straight A1 atau A. Ada A1, A2 dan B3. Boleh la, cukup makan. Ngehe.

Result SPM ana ni, hampir sama dengan forecast result sebenarnya. Forecast result ana, 4A1, 4A2, 1B3 dan 1D7. Result ana pun hampir camtu la, 6A1, 2A2 dan 2B3 (8A 2B). Tapi, subjek berbeza la. Kalau forecast dulu, ana dapat B untuk EST dan D untuk Biology. -_-" Untuk SPM yang sebenar pulak, ana dapat B untuk Physics dan Chemistry. Sungguh tak disangka. Tapi, takpe la. Redha je kan? Benda dah lepas pun.

Apa-apa pun, ana nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu bapa ana, yang support ana, yang sanggup hantar ana pergi sekolah (kadang-kadang, setiap hari pergi sekolah), yang sanggup mengeluarkan duit untuk perbelanjaan ana. Terima kasih jugak kepada cikgu-cikgu ana yang sanggup ajar ana, walaupun ana ni kadang-kadang banyak cakap dalam kelas. =D Nak list nama seorang-seorang. Tapi, kalau ada yang salah eja tu, ampun banyak-banyak. Hehe.

BM - Encik Empari Hong (form 4) dan Puan Norhazma Wahab (form 5)
BI - Miss Lee Yi Fang (form 4) dan Mr Preston Jimbun (form 5)
Pendidikan Islam - Ustaz Afandi Yusoff (form 4), Ustaz Mohd Juneed Ismail (form 5), Ustaz Mohd Razi Mahayiddin (form 5) dan Ustazah Siti Rodhiah Halani (form 5)
Sejarah - Puan Chan Lee Chiun (form 4) dan Encik Gobel Razali (form 5)
Mathematics - Puan Hasyuni Mat Isa (form 4) dan Mr Ahmad Syahir Yusuf (form 5)
Additional Mathematics - Puan Jalina Lai (form 4) dan Madam Ling Ling (form 5)
Physics - Madam Chai Mui Foong
Chemistry - Madam Ling Chew Lang
Biology - Miss Chong Ching Nyuk (form 4) dan Miss Noor Hilyati Azmi (form 5)
EST - Mr Preston Jimbun (form 4), Madam Ikbal Kaur (form 5) dan Miss Enny Christina Abdullah (form 5)


Ok. Banyak sungguh guru ana sepanjang dua tahun tu ek? Belum kira guru semasa menengah rendah lagi. Terima kasih sekali lagi kepada cikgu-cikgu ana ni, walaupun ana agak pasti yang mereka tak baca pun blog ni. Hehe. Dan jugak, terima kasih kepada kawan-kawan ana yang selalu tolong ana dalam pelajaran, yang ajar ana perkara yang ana tak faham. Dan terima kasih kepada sesiapa je la yang menolong ana, menyokong ana secara langsung atau tidak. :)

Dan congrats kepada sesiapa yang dapat result cambest, iaitu straight A1s atau straight As. Bagi yang dapat result biasa-biasa tu, redha je la. Nak sedih, nak marah pun takde guna. Yakin dengan ketetapan Allah SWT. Mungkin ini yang terbaik buat diri kita. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. :)

P/S: Rindu nak belajar kat kolej. Ngee. ^^

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monday, March 9, 2009

Kekasih yang dirindui

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan usia kita untuk terus menyiapkan bekalan bagi kehidupan di akhirat kelak. Alhamdulillah, syukur kerana Allah SWT masih meminjamkan secebis kesihatan buat diri ini.

Ana mintak maaf sebab dah lama tak update blog ni. Keadaan diri yang kurang sihat sebelum ni, telah menjejaskan pelbagai perkara. Kesihatan - suatu perkara yang amat penting - seringkali ana pandang ringan. -_-"

Ok. Kali ni, ana bukan nak berbicara mengenai kesihatan atau keputusan SPM (yang akan keluar tak lama lagi), ana nak tulis pasal kekasih Allah, kekasih umat Islam iaitu nabi junjungan kita, Rasulullah SAW.

Sebenarnya, dah lama terdetik hasrat dalam hati ana untuk menulis tentang insan yang teramat ana rindu ini. Tapi, ana seolah-olah kehilangan kata-kata untuk bercerita mengenai baginda. Ana tak tahu nak cakap pasal apa, bagaikan tiada kata yang bisa ana gunakan untuk meluahkan apa yang ana rasa terhadap baginda.


Baginda insan terhebat...

Ya, baginda seorang pesuruh Allah. Baginda maksum, bebas daripada secalit dosa sekalipun. Baginda dijamin syurga oleh Allah SWT. Namun, baginda tetap rajin beribadah. Kerana apa? Untuk menzahirkan rasa syukurnya kepada Pencipta. Andai dibandingkan diri ini dengan Rasulullah, terasa teramat besar jurang perbezaannya. Ana sendiri sebenarnya merasa tidak layak dibandingkan dengan baginda. Mampukah kita mencontohi akhlaknya yang mulia?


Baginda insan paling berjasa...

Mana mungkin
dapat ana balas segala jasa Rasulullah SAW. Malah, mampukah terbalas walau sekelumit pun jasa baginda? Baginda bekerja keras menyebarluaskan dakwah Islamiyyah. Atas usaha baginda, kita berpeluang mengecapi nikmat iman dan Islam, dua nikmat yang tak mungkin dapat ditukar ganti dengan perkara lain. Jalan yang terpaksa dilalui oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan ajaran Islam bukanlah jalan yang dihiasi karpet merah, tidak pula usahanya ditaburi dengan pujian dan sanjungan. Apa yang baginda peroleh atas usaha tersebut? Hinaan demi hinaan, kata-kata kesat, pemulauan. Malah, baginda diganggu semasa sedang beribadah. Namun, Rasulullah SAW tetap bersabar. Mampukah kita meneruskan perjuangan kekasih kita ini?


Baginda dicintai semua...

Tidak kira keluarga atau sahabat, tua atau muda, semua orang beriman terdahulu mencintai Rasulullah SAW. Mereka sanggup korbankan apa sahaja, hatta nyawa sekalipun, buat Rasulullah tercinta. Kerana mereka sedar, andai mereka mentaati pesuruh Allah, bermakna mereka mentaati Allah. Mampukah kita mencintai Rasulullah seperti kecintaan para sahabat terdahulu?


Baginda amat menyayangi kita...

Kasih sayangnya terhadap kita amat mendalam. Bahkan, Rasulullah SAW merindui kita terlebih dahulu, sebelum kita diwujudkan. Ya, kita saudaranya. Saudara yang amat baginda rindui suatu ketika dahulu. Kitalah yang seringkali menjadi keutamaan baginda. Kitalah yang dituturkan di bibirnya tatkala baginda sedang menghadapi sakaratul maut. Ummati, ummati, ummati. Akan hancurkah hati Rasulullah andai baginda mendapat tahu keadaan umatnya yang kian tenat kini? 
Mampukah kita menyayangi baginda sebagaimana baginda menyayangi kita?


Baginda yang amat ana rindui...

Rasulullah, insan yang bertakhta di hati ini, saat ana mula mengenal Islam dengan lebih mendalam. Baginda yang ana rindui sentiasa. Baginda yang jasanya tak mungkin dapat ana balas. Setiap kali membaca sirah kehidupannya, setiap kali itulah air mata menitis. Setiap kali mendengar nasyid yang berkaitan dengan dirinya, setiap kali itulah rasa sebak menyerang hati. Sungguh, ana cemburukan para sahabat yang berpeluang hidup bersama kekasih Allah itu. Sungguh, ana rindukan Rasulullah. Sungguh, ana rindukan Islam tertegak semula di dunia ini. Namun, seringkali timbul perasaan risau dalam hati ini. Akankah Rasulullah mengenal ana sebagai umatnya di akhirat kelak? Inginkah baginda memberikan syafaatnya buat diri ini?

Sebenarnya, masih terlalu banyak yang ingin ana coretkan mengenai insan yang hebat ini. Namun, kata-kata sahaja tidak cukup untuk meluahkan segala yang terbuku di hati ini. Kata-kata sahaja tidak cukup untuk men'describe'kan insan agung ini.

Muhasabah semula rasa kasih dan cinta kita terhadap Nabi Muhammad SAW. Sudah tersemat kukuh di dalam hatikah rasa itu? Atau mungkin sekadar meniti di bibir sahaja? Atau mungkinkah rasa cinta terhadap baginda hanya mengetuk sanubari kita setahun sekali, sempena ulang tahun kelahirannya? Ingat, kita sebaik-baik umat. Kita umat bertuah, kita umat Muhammad!


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, February 27, 2009

SPM result

Assalamualaikum w.b.t.

Sedar tak sedar, bulan Februari akan melabuhkan tirainya tak lama lagi. Tak lama lagi pun kita akan menyambut Maulidur Rasul. InsyaAllah, nanti ana try post satu artikel berkaitan dengan perayaan ni.

Ana tahu, sekarang ni, kebanyakan pelajar yang telah menduduki SPM tahun lepas, mesti teruja, anxious and nervous nak ambik result kan? Ana pun macam tu jugak. Ada rasa tak sabar nak ambik result, but still, ada rasa nervous yang teramat nak ambik result. Ngee.

Apa-apa pun, ana baru dapat latest info. InsyaAllah, SPM results will be released by second week of March. So,kita ada lebih kurang dua minggu lagi untuk tunggu keputusan tu.

Selain menunggu keputusan tu, kita isi la masa kita dengan lebih banyak solat hajat dan doa. Teruskan bertawakal. Dan redha je la walau berapa pun keputusan kita (nasihat untuk diri sendiri!). Yang penting, kita dah berusaha bersungguh-sungguh semasa jawab soalan SPM dulu. So, sekarang ni masa untuk bertawakal.

Kita merancang dan Allah juga merancang. Dan sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. :)

SPM results out in second week of March
By KAREN CHAPMAN

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) results will be released in the second week of March.

“Students can obtain the results from their schools towards the end of the second week,” Education director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said.

The SPM results have been released around this time for the past few years.

A total of 442,936 students sat for the examination last year.

Sumber :The Star

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, February 21, 2009

Cleaning session =D

Assalamualaikum w.b.t.

Nota: Post ni adalah random post dan mungkin akan membuatkan anda boring. Sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi cerita.

Kelmarin, ana merajinkan diri untuk mengemas almari. Banyak barang yang ana jumpa. Teringat pulak kenangan waktu kecik-kecik dulu.

Ana jumpa gambar ana semasa ana masih kecik dan gambar masa primary school. Sambil ana belek-belek gambar tu, baru ana sedar yang ana ni teramat mudah melupakan nama orang. Ahah. Seriously, kebanyakan orang dalam gambar-gambar tu, ana dah lupa nama mereka. Sorry la kepada sesiapa yang berkenaan tu. :)

Bila ana tengok gambar ana semasa ana masih kecik dulu-dulu, ana rasa time kecik dulu lagi best. Yelah, budak kecik mana ada banyak sangat tanggungjawab kan? Tapi, sunnatullah la. Umur kita akan meningkat setiap hari. Dan kemudian, ana tersedar yang ana dah banyak berubah. Dari seorang budak yang...tak tahu apa-apa sehingga sekarang ni, ana dah faham tujuan hidup ana. Tapi, tu tak bermakna ana akan stop belajar. Mesti terus belajar, sebab ilmu ana masih cetek.

Dalam laci almari ana pulak, ana jumpa banyaaaaak kertas. Memang banyak la kertas-kertas tu. Tapi, ana dah buang. Ahah. Kertas-kertas tu private and confidential la. Ana tak nak orang lain baca, so ana buang la.

Antara kertas-kertas tu, ana jumpa la surat-surat daripada seorang hamba Allah ni. Rasa bersalah pulak bila baca balik surat dia. By the way, hamba Allah tu perempuan. Ana rasa seolah-olah ana tak tolong dia betul-betul, ana biarkan dia seorang diri and lastly, ana dah tak contact dia lagi. Hmm. Sekarang ni, ana cuma boleh doakan semoga Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada sahabat ana ni.

And ana ada terjumpa frame gambar (frame tu bingkai kan? ngee). Ada 3 bingkai gambar dalam laci ana, tapi satu pun tak digunakan. Sebab ana tak suka ambik gambar. Eyh..bukan. Ana suka ambik gambar, tapi ana tak suka gambar ana diambik. Ngehe. :P




Ok. Sebelum ana menamatkan coretan ana ni, ana nak kongsi beberapa gambar yang ana ambik kelmarin.



Hadiah PMR :)





Tag nama


Kad raya


Birthday cards


Komen dari adik-adik (salah satu aktiviti usrah)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, February 20, 2009

Hijab

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni, ana nak kongsikan satu video tentang hijab.





Isu menutup aurat ni memang tak pernah habis diperkatakan semenjak dulu lagi. Sekarang ni, kalau kita perhatikan, ramai muslimah yang memakai tudung. Tapi, cukupkah dengan hanya memakai tudung saja?

Jawapannya, memang tak cukup. Islam mengajar kita untuk menutup aurat, bukan sekadar memakai tudung.

Kita yang berada di Malaysia, sebenarnya cukup bertuah. Kita tidak disekat untuk mempraktikkan ajaran Islam. Di Malaysia, kita tak menghadapi islamofobia yang menghalang kita daripada mengamalkan ajaran Islam. Mungkin ada sedikit unsur islamofobia di Malaysia, tapi hak kita untuk mentaati suruhan Allah SWT tidak disekat.

Persoalannya sekarang hanyalah berkaitan dengan diri kita, sama ada kita ingin mengamalkan Islam atau tidak. Buktikan rasa cinta kita terhadap Allah SWT dengan mentaati suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.



Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Wednesday, February 18, 2009

Jangan contohi Abu Lahab

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk hidup sebagai hamba-Nya. Alhamdulillah, syukur kerana setelah beberapa hari mencari masa untuk meng'update' blog, akhirnya ana berpeluang untuk mencoretkan sesuatu pada malam ni.

Sebelum ana terus menulis, a gentle reminder, jangan confuse antara Abu Lahab dengan Abu Jahal ek? Ana yakin anda semua, yang membaca blog ni, merupakan orang yang memahami sejarah Islam.

Ok, back to the main topic! Abu Lahab merupakan salah seorang bapa saudara Nabi Muhammad SAW. Namun, biarpun begitu, Abu Lahab menentang keras dakwah Islamiyah yang disebarkan oleh Rasulullah.

Macam mana Abu Lahab menghalang penyebaran dakwah Islamiyah di Mekah? Kita sudah sedia maklum bahawa Nabi Muhammad pernah menyebarkan dakwah kepada orang ramai yang datang ke Mekah. Rasulullah menyebarkan ajaran Islam kepada mereka dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu, setiap kali selepas baginda menyebarkan ajaran Islam, Abu Lahab akan mendatangi kumpulan tersebut dan melemparkan pelbagai hinaan kepada Nabi Muhammad.

Mungkin, kita merasakan seolah-olah kita tidak menghalang penyebaran dakwah Islamiyah. Mungkin, kita tidak menghalang penyebaran ajaran Islam seperti yang telah dilakukan oleh Abu Lahab. Namun, tanpa kita sedari, barangkali kita telah menghalang perkembangan Islam secara tidak langsung.

Mungkin dalam sebuah jemaah, terdapat seorang dua ahli yang bekerja secara sambil lewa lantas melambatkan proses kerja jemaah tersebut.

Mungkin juga terdapat individu yang menyebarkan berita-berita negatif atau fitnah mengenai Islam, lantas menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap agama mulia ini.

Malah, perbuatan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang memutarbelitkan ajaran Islam menerusi blog-blog turut menimbulkan pelbagai kekeliruan mengenai ajaran Islam.

Selain itu, perbuatan kita yang seringkali melanggar perintah Allah SWT, membuatkan masyarakat melontarkan pandangan sinis terhadap agama Islam.

Terdapat pelbagai lagi perbuatan kita yang menghalang perkembangan agama Islam ini secara langsung dan tidak langsung. Muhasabahlah diri kita. Jangan disebabkan perbuatan kita, ajaran Islam tidak dapat disebarkan secara meluas.

Anda sayangkan Islam? Andai benar anda sayangkan Islam, jom kita sama-sama perbaiki akhlak kita demi melihat Islam tertegak semula di dunia ini.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, February 13, 2009

Kau Yang Satu

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, atas kasih dan sayang-Nya, usia kita masih dilanjutkan untuk terus menyediakan bekalan buat kehidupan yang kekal abadi kelak.

Kali ni, ana nak share satu video. Lagu Ramli Sarip yang bertajuk Kau Yang Satu.




Kaulah Yang Maha Esa
Kaulah Yang Maha Pengasih
Kaulah Yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpaMu

Kaulah Yang Maha Agung
Kaulah Yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpaMu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh Tuhan yang satu
Engkaulah Tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padaMu..padaMu
Dan hidup dan matiku hanyalah
UntukMu..untukMu...untukMu



Jom kita muhasabah kembali diri kita. Tetapkan niat kita melakukan setiap pekerjaan kerana Allah. Sentiasa ingat ikrar yang seringkali kita lafazkan di hadapan-Nya setiap kali kita menunaikan solat.

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah."

Muhasabah diri kita. Muhasabah ibadah kita. Semoga setiap kali kita bermuhasabah, kita mampu membaiki kelemahan masing-masing.

P/S: Kepada sesiapa yang ana belum linkkan blog tu, jangan kecik hati. Sorry ek? Ana tengah dilanda kemalasan untuk meng'update' link blogs tu. Tapi, kalau ada sesiapa nak blog dia di'link'kan, inform ana (through chat box atau email). :)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, February 10, 2009

Nak cerita dengan siapa ek?


Kita tak terlepas daripada diuji

Assalamualaikum w.bt.

Alhamdulillah, syukur kerana Allah masih memanjangkan usia kita agar kita terus beribadah dan bertaubat kepada-Nya. Alhamdulillah, syukur kerana ana masih berpeluang untuk meng'update' blog ni.

Manusia ni ada pelbagai ragam. Berbagai kerenah manusia yang boleh kita temui di dunia ini. Tatkala berhadapan dengan masalah, ada yang melarikan diri daripada masalah, ada yang menyelesaikan masalah dengan tenang dan ada juga yang terkapai-kapai untuk menyelesaikan masalah.

Apabila anda menghadapi masalah, bagaimana anda handle masalah tersebut? Adakah anda memendamkan masalah tersebut seorang diri atau anda kongsikan masalah tersebut dengan rakan anda?

Apabila ana berhadapan dengan masalah yang agak rumit, ana akan tercari-cari seseorang untuk ana meluahkan masalah tersebut. Ana akan mencari seseorang yang ana percayai untuk berkongsi masalah yang ana pendamkan itu. I just need someone to listen to me at that particular moment. I need someone to talk to whenever I'm feeling down.

Tapi, memandangkan ana seorang yang amat amat secretive dan juga terlalu susah untuk mempercayai seseorang, most of the time, masalah tersebut akan terus dipendam. Mungkin kawan-kawan ana melihat hidup ana seolah-olah tidak dibebani dengan masalah. Malah ada seorang kawan ana yang pernah bertanya bagaimana ana hidup seolah-olah tiada masalah. Namun, percayalah bahawa tiada seorang individu pun yang terlepas daripada masalah.

Kalian mungkin melihat ana tersenyum, namun kalian tak tahu apa yang membelenggu fikiran ana. Kalian mungkin melihat ana ketawa, tapi kalian tak faham apa yang tersimpan dalam hati ana. Hanya Dia yang faham.

Apabila kita menghadapi masalah, mengadulah kepada Allah SWT. Ceritakanlah segala masalah yang kita hadapi menerusi doa dan munajat malam. Allah SWT memberikan kita ujian kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hamba-Nya yang sedang diuji memiliki hati yang lembut dan mudah mendekati-Nya. Yup, whenever we are facing problems and obstacles in our lives, we tend to seek for His attention.

Bukanlah ana melarang andai anda ingin berkongsi masalah dengan orang lain. Namun, ketahuilah bahawa 'menceritakan' masalah kepada Allah SWT lebih menenangkan. Apabila kita menceritakan setiap masalah kita kepada Allah SWT, kita akan berasa lebih lega. Seandainya anda nak menceritakan masalah anda kepada orang lain, go ahead. Tapi, utamakanlah Allah. Ceritakanlah masalah anda kepada Allah SWT terlebih dahulu. Afterall, Allah lebih memahami diri kita.

P/S: Syukran kepada sesiapa yang pernah meminjamkan telinga, mendengar bebelan dan luahan masalah ana selama ini. Ngehe.

P/S (2): Tak lama lagi keputusan SPM dikeluarkan. Baru tersedar yang masa semakin suntuk, sedangkan kerja menimbun. Hmm.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monday, February 2, 2009

Andai kita di tempat mereka

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih memanjangkan usia kita. Syukur juga kerana ana masih berpeluang mencoretkan sesuatu di blog ni.

Sekarang ni, isu Palestin semakin kurang dibicarakan. Kat blog ana ni pun, isu Palestin seolah-olah tenggelam. Namun, tindakan Perdana Menteri Turki tempoh hari telah menimbulkan kembali isu ini. Insiden tersebut telah membuatkan isu Palestin kembali segar dalam fikiran ana. Mungkin isu tersebut tenggelam sebentar disebabkan kurang pendedahan mengenai keadaan Palestin yang terbaru.





Ceramah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah Palestine Center of Excellence (PACE), sempena Program Malam Bersamamu Palestin semalam telah memberikan pelbagai pengetahuan yang baru buat ana. Apa yang pasti, ana masih perlu belajar dan terus belajar, tanpa rasa jemu. Kerana ilmu ana masih terlalu cetek. Oleh itu, ana perlu berusaha untuk mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan.

Mungkin kita kurang mengerti nasib rakyat Palestin saat ini. Ya, kita kurang memahami penderitaan yang terpaksa mereka hadapi kerana kita hidup dalam keadaan yang aman damai. Namun, pernah tak kita bayangkan andai kita berada di tempat mereka? Do we ever think how it feels like to be in their shoes?

Pernah tak kita bayangkan, tatkala kita sedang berehat bersama keluarga di rumah, dalam sekelip mata sahaja segalanya musnah?

Pernah tak kita bayangkan, ketika kita ketawa riang bersama rakan kita, dalam satu saat sahaja, hanya mayat rakan kita yang telah hancur dibedil bom menemani kita?

Pernah tak kita cuba memahami nasib rakyat Palestin?

Pernah tak kita cuba untuk meletakkan diri kita di tempat mereka, agar kita lebih mengerti kesengsaraan yang mereka hadapi?

Kalau kita susah untuk membayangkan situasi di Palestin, bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut saban waktu?

Palestin bukan hanya milik dan tanggungjawab rakyat Palestin. Namun, Palestin adalah milik umat Islam. Baitulmaqdis adalah tanggungjawab kita bersama. Masjid al-Aqsa bukan hanya sebuah masjid yang biasa. Masjid al-Aqsa merupakan sebuah masjid yang penting buat umat Islam.

Kita telah dijanjikan bahawa kita akan mendapat salah satu daripada dua perkara, iaitu mati syahid atau kemenangan. Perjuangan ini pasti berakhir dengan kemenangan umat Islam. Kerana itu janji Allah dan Rasul-Nya.





Persoalannya sekarang, adakah kita ingin bersama golongan yang berjuang mendapatkan kemenangan atau golongan penonton yang terus-terusan membisu tanpa sebarang tindakan? Pilihan ada di tangan kita sendiri. Maka, pilihlah dengan tepat. Kerana ingatlah, andai kita memilih untuk terus diam membisu dan hanya menonton tanpa mengambil apa-apa tindakan, kebisuan kita di dunia ini akan dipersoalkan di akhirat kelak!

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, February 1, 2009

Malam Bersamamu Palestin

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, ana masih berpeluang untuk meng'update' blog ni. Tapi update kali ni ringkas je la.

Erm. Semalam, ana ada dapat mesej daripada ustaz Afandi. Mesej pasal program khas untuk Palestin malam ni. Ustaz suruh sebarkan. Tapi, disebabkan kredit yang low, ana pun tak boleh nak sebarkan melalui mesej. So, ana promote la kat blog ni. Boleh kan? Hehe.




So, kepada semua warga Miri, iboh lupak malam tok pergi Masjid At-Taqwa. =)

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Saturday, January 31, 2009

Beranikah kita?

Assalamualaikum w.b.t.

Sebelum ana meneruskan coretan ni, ana nak mintak maaf sebab tak update blog ni dengan istiqamah. Ana memang nak update, tapi setiap kali nak update, lepas tulis beberapa patah perkataan, otak ana terus jadi blank. Fuhh~ Terasa payah pulak nak update blog. Tapi, ana tetap akan cuba meng'update' blog ni sekerap mungkin.

Ana rasa, satu dunia ni dah tergempar dengan tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Bagi ana, tindakan beliau merupakan suatu tindakan yang wajar. Tindakan tersebut merupakan satu tindakan yang memang membanggakan.

Ana memang teruja sangat melihat tindakan beliau. Seriously!

Ana rasa tak ramai umat Islam yang berani melakukan perkara sedemikian. Perdana Menteri Turki, tanpa sekelumit rasa takut pun, berdebat dengan Presiden Israel, Shimon Peres. Insiden tersebut berlaku di hadapan khalayak ramai, semasa World Economic Forum. Memang satu tindakan yang membanggakan!

Bukan tu je. Sejurus selepas menyuarakan pendapatnya, Perdana Menteri Turki tersebut terus meninggalkan pentas. Kerana apa? Beliau hanya diberikan masa lebih kurang 12 minit untuk bercakap, sedangkan Presiden Israel diberikan masa sebanyak 25 minit. Jelas menunjukkan ketidakadilan! Ngeh.

Persoalannya sekarang, berani ke kita untuk melakukan tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri Turki tersebut, seandainya kita berada di tempat beliau? Menyuarakan suara hati kita secara terbuka. Berani ke, demi agama Islam? Fikir-fikirkan. =)

P/s: Nak info tambahan pasal kejadian ni, rajin-rajin la cari kat Internet. Boleh baca kat sini. Atau cari video kat Youtube.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, January 18, 2009

Cutiku...

Assalamualaikum  w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberikan kita peluang untuk terus hidup sebagai hamba-Nya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ana maseh peluang untuk terus mengupdate blog ni.

Hmm. Dah agak lama juga ana tak update blog ni. Bukan sengaja. Tapi, laptop agak bermasalah. Sekarang ni, laptop dah ok. Keyboard je yang masih 'sakit' sikit. Hehe.

Alhamdulillah, masa cuti ana sekarang ni, semakin diisi dengan aktiviti yang berfaedah, selain menghadap laptop dan menonton tv. Ana memang ada pelbagai plan yang nak dibuat semasa cuti ni. Walaupun sentiasa kat rumah je, at least ada juga aktiviti berguna yang ana buat.

Sekarang ni, ana mem'busy'kan diri dengan membaca buku. Macam-macam buku yang ana baca. Buku untuk menambahkan pengetahuan diri yang terlalu cetek, buku untuk improve bahasa inggeris ana yang semakin hari semakin terok. Ngeh.

Selain tu, sebelum ni, ana busy menyiapkan 2 artikel untuk al-haqq. Dua artikel, macam senang. Tapi, sebenarnya susah. Sebab idea ana agak limited. Perkara ni juga la yang membuatkan ana lebih banyak membaca, supaya dapat idea yang lebih banyak dan meluas. Alhamdulillah, artikel-artikel tu dah disiapkan semalam, tepat pukul 1 pagi. Ahah. Tapi, belum habis taip lagi la. Keadaan keyboard yang 'sakit' menyukarkan sedikit proses untuk menaip. Ngehe.

Kelmarin dan hari ni plak, ana sempat pegi kolej. Tapi, tak singgah pun. Just teman mak ana hantar dan ambik adik-adik ana. Kelmarin, ada la insiden yang agak tidak memuaskan hati berlaku. Tapi, biar je la. Let bygones be bygones. Hari ni plak, ana ada la terjumpa adik-adik kat kolej. Waneq (btol ka eja?), Syahira, Hidayah, Wani & Iswandy, Namida dan Yasmin. Hari ni pelajar Islam kolej ada gotong-royong kat surau, untuk pameran pasal Palestin, kalau ana tak silap la.

Bila ana pegi kolej, at least terubat juga la rindu ana ngan Surau Al-Hidayah. Surau ni special sangat-sangat. Banyak sangat kenangan kat surau ni. Tempat paling bermakna bagi ana kat kolej. Pelbagai kenangan yang tercipta dan dicipta kat surau al-Hidayah. =)


Surau al-Hidayah pada tahun 2005 ^_^

Selain aktiviti-aktiviti yang ana dah ceritakan kat atas ni, ada juga la aktiviti lain yang akan ana lakukan sepanjang cuti ni. Tapi, biar Allah & ana je la yang tahu. Hehe. Oklah. Lain kali ana update blog ni lagi, insya-Allah.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Sunday, January 11, 2009

Bilakan damai?

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, ana nak kongsikan satu video dan lirik lagu. Lagu Hafiz Hamidun yang berjudul Bilakan Damai. Hayatilah lirik lagu ni. Fahamilah perasaan saudara-saudara kita yang terus menjadi mangsa peperangan.

Hafiz Hamidun - Bilakan Damai



Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Hanyir darah menyesak dada

Tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana berjuta kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanyakan bimbang
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa
Suara tangis syair sendu
Menghiris kalbu

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?

Kemana hilangnya kemanusiaan?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula kan muncul kedamaian?

Soalan yang masih tiada jawapan

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, January 9, 2009

Tegurlah dengan cara berhikmah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji hanyalah milik Allah SWT yang memberikan kita peluang untuk terus hidup sebagai hamba-Nya di dunia yang fana ini. Syukur ke hadrat Ilahi yang masih memberikan ana peluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ni.

Alhamdulillah, artikel pertama Palestin dah siap. Tapi, belum diedarkan. InsyaAllah, artikel tu akan diedarkan dalam masa terdekat ni. Dan insyaAllah, artikel Palestin yang seterusnya akan ana siapkan secepat mungkin. Ni sekadar berkongsi aktiviti ana waktu cuti je. Hehe.

Ok. Dalam hidup ni, kata-kata kita memainkan pelbagai peranan. Dengan kata-kata, kita boleh menasihati orang. Dengan kata-kata, kita boleh memarahi orang. Dengan kata-kata, kita boleh menggembirakan orang. Dan dengan kata-kata juga, kita mampu menyakitkan hati orang, sama ada secara sengaja atau tidak. Banyak kan fungsi kata-kata ni?

Untuk menasihati orang lain, untuk memperbetulkan kesilapan orang lain, kita perlu la menyusun kata-kata dengan teliti agar orang yang mendengar nasihat kita boleh memahami dan menerima nasihat tersebut. Kita haruslah menasihati orang lain dengan cara berhikmah. Ada banyak cara sebenarnya nak nasihatkan orang. Bukan melalui kata-kata sahaja, malah melalui perbuatan pun kita boleh menasihati orang lain secara tidak langsung.

Dalam dunia ni, terdapat pelbagai ragam manusia. Kepelbagaian kerenah manusia ini la yang membuatkan setiap individu itu unik. Hmm. So, mesti la cara untuk menasihati setiap individu adalah berbeza.

Ada individu yang boleh ditegur dengan menggunakan sindiran dan cara yang kasar. Ada individu yang tak kisah andai kesalahannya ditegur dan diperbetulkan di hadapan khalayak ramai. Dan ada juga individu yang prefer agar kesilapannya ditegur secara personal, berseorangan atau face-to-face.

Kita perlu ingat tujuan kita memberikan teguran kepada orang lain. Kita menasihati seseorang individu untuk memperbetulkan kesalahannya agar dia sedar lantas memperbaiki kelemahannya. Teguran tu bukan ditujukan kepada orang yang ditegur sahaja, malah sepatutnya menjadi peringatan buat orang yang menegur, iaitu diri kita sendiri, untuk muhasabah diri kita.

Seandainya teguran yang kita berikan tu tak diterima, bersabarlah. Anggap itu sebagai ujian daripada Allah SWT untuk menguji kesabaran dan kesungguhan kita. Jangan terlalu mudah berputus asa. Teruskan menegur dan mencegah kemungkaran, biarpun orang lain bosan mendengar kata-kata kita. Kita harus jalankan kewajipan kita sebaiknya.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu, hendaklah mengubah dengan lidah, sekiranya tidak mampu, hendaklah dia mengubah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman."
(Hadith Riwayat Muslim)


Dan kalau nasihat yang kita berikan menyebabkan individu yang ditegur berubah ke arah yang lebih baik, jangan pula kita rasa kita yang telah berjaya mengubah orang itu. Sesungguhnya, hidayah itu milik Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan arah tuju hidup hamba-Nya, sama ada kebenaran atau kesesatan. Oleh itu, ucapkanlah syukur hanya kepada Allah SWT.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Tuesday, January 6, 2009

Puisi Palestin

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni, ana nak kongsikan sebuah puisi dedikasi khas buat para mujahidin di Palestin & umat Islam di seluruh dunia yang masih tidak mengambil berat isu ini.

Sahabatku,
Sebelum aku meneruskan kataku,
Izinkanlah aku berbicara denganmu
menerusi kata-kata ini.

Sahabatku,
sedarkah engkau
penderitaan rakyat Palestin?
Sedarkah engkau
saudara kita sedang ditindas?
Sedarkah engkau
mereka sedang diseksa oleh musuh-musuh Allah?


Sahabatku,
Terbitkah rasa simpati di hatimu?
Timbulkah rasa benci terhadap musuh-musuh Allah?
Atau mungkinkah engkau sedang lena?
Mungkin engkau terleka dengan nikmat
keamanan negara kita.
Mungkin jua kau hanya melihat
penderitaan saudara kita
dengan pandangan kosong.

Sahabatku,
lihatlah penderitaan saudara kita!
Gunakanlah mata hatimu,
Agar kau bisa memahami
perasaan mereka saat ini.


Sahabatku,
bangkitlah dari lenamu yang panjang itu.
Bukalah mata hatimu seluas-luasnya.
Lihatlah sahabatku,
Saudara kita di Palestin sedang menangis,
Mereka sedang menderita!
Sedangkan kita...
Kita langsung tak terasa apa-apa.

Sahabatku,
Tidakkah engkau sedar
bahawa agama kita sedang terancam?
Tidak terbakarkah amarahmu melihat
musuh-musuh Allah itu
terus menerus menyeksa saudara kita?
Tidak timbulkah semangatmu
untuk mempertahankan agama Islam?


Sahabatku,
Sampai bila harus kita biarkan sahaja
saudara kita terus menderita?
Sampai bila harus kita biarkan
Yahudi laknatullah
memijak-mijak agama kita?
Sampai bila?

Bangkitlah sahabatku!
Palestin bukan sekadar masalah rakyatnya.
Bahkan Palestin adalah masalah ummah.
Teruskanlah perjuanganmu
wahai saudaraku!
Teruskan perjuanganmu
demi menegakkan ad-Deen tercinta.


Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Monday, January 5, 2009

Kenangan

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan ana peluang untuk terus mencoretkan sesuatu di blog ni.

Hmm. Hari ni hari pertama persekolahan, setelah cuti yang agak panjang. Mungkin kat tempat-tempat lain, kelmarin merupakan hari pertama persekolahan. Tapi, ana nak cerita pasal kat sini, bukan kat tempat lain. Hehe. Ana nak bercakap pasal kenangan semasa kat sekolah dulu. Kenangan kat sekolah menengah la ek? Tapi, ana tak cerita secara detail la apa yang berlaku selama 5 tahun kat sekolah menengah. Kalau nak cerita secara detail, sampai esok pun takkan habis cerita.



Ok. Lima tahun lepas, pada tahun 2004, ana menjejakkan kaki di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri sebagai pelajar tingkatan 1. Ana masih ingat lagi, sebelum menjadi pelajar kolej, ana rasa nak tolak je tawaran belajar kat kolej tu. Apahal? Sebab ana tak nak masuk kelas aliran agama. Kalau belajar kat kelas aliran agama, maknanya mesti belajar Bahasa Arab. Satu lagi sebab ana nak tolak tawaran tu, sebab ana takde kawan yang sama sekolah rendah dengan ana masa tu.

Tapi, setelah dipujuk (dan dengan rasa agak terpaksa) ana pun ambik keputusan untuk sekolah kat situ. Kat situ, ana jumpa ramai kawan baru. Dan selama ana belajar kat kolej, pelbagai pengalaman yang ana dapat. Pengalaman yang membuatkan ana berubah. Dari seorang budak yang entah apa-apa, ana menjadi macam apa yang ana jadi sekarang ni. Haha.

Segala teguran ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu, ana terima sebaiknya. Walaupun mungkin semasa ditegur tu, ana kecik hati. Tapi lepas tu, ana fikir sedalam-dalamnya segala apa yang mereka tegur. Sebab ana tahu, apa yang mereka tegur adalah kelemahan ana. Dan ana tahu kelemahan-kelemahan tersebut perlu dibaiki agar ana menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Dan nasihat daripada sahabat-sahabat pun ana terima sebaiknya. Bila orang nasihatkan ana, mungkin ana akan kecik hati. Tapi, lepas tu, ana akan fikir baik-baik. Sebab ana tahu, bila seseorang nasihatkan kita, ertinya dia sayangkan kita dan nakkan kita berubah menjadi lebih baik.

Tiga tahun pertama kat kolej (Form 1 - Form 3), ana belajar dalam kelas Gigih. Belajar bahasa arab. So, mungkin sebab tu la ana menggunakan perkataan 'ana' dalam blog ni. Bukannya 'saya','aku' ataupun 'kamek'. Sekadar mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Kalau ada yang tanya apahal words lain tak guna bahasa arab, jawapannya, sebab ana tak pandai sangat bahasa arab ni. Hehe.



Bila ana masuk tingkatan 4 pada tahun 2007, ana belajar dalam kelas 4 Tekun. Dan tahun lepas pulak, ana belajar dalam kelas 5 Cekal. So, ana bukan nak cerita pasal kelas ana. Ana just nak kongsi serba sedikit kenangan ana kat kolej. Pengalaman sebelum masuk kolej mengajar ana bahawa apa yang kita inginkan tak semestinya baik untuk kita dan apa yang kita tak suka, tak semestinya buruk untuk kita. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

Allah berfirman yang bermaksud:
"...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Dan ana juga belajar untuk cuba menguruskan masa ana. Supaya setiap urusan berjalan dengan lancar. Supaya segala tanggungjawab terpikul dengan sebaiknya. Sesungguhnya masa itu seperti pedang. Kalau kita tidak memotong masa, masa akan memotong kita.

So, banyak sebenarnya pengalaman yang ana dapat semasa belajar kat kolej. Pengalaman yang berguna. Pesanan buat adik-adik yang masih belajar kat kolej, gunakan masa kalian di kolej untuk mengutip sebanyak mungkin pengalaman yang berharga.

Hmm. Banyak lagi pengalaman yang ana nak kongsikan, tapi, lain kali jelah. Hehe. Sekarang ni walaupun ana dah tak belajar kat kolej lagi, ana dan sahabat-sahabat ana sedang berusaha untuk menyedarkan adik-adik kat kolej supaya mereka bangga dengan Islam. Ana dan sahabat-sahabat ana nak melihat Islam kembali tertegak di dunia, khususnya di bumi kolej. InsyaAllah.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi

Friday, January 2, 2009

Coretan; bermanfaat atau tak?

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengizinkan kita untuk hidup di dunia ini. Syukur sekali lagi kerana ana masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ni dengan ilham kurniaan Allah.

Ok. Coretan kali ni, ana nak kongsi apa yang ana rasa je. Ana tak tahu la kalau ada orang lain yang sependapat dengan ana.

Dalam previous post ana, ana ada tulis bahawa ana ada pelbagai topik yang boleh ana kongsikan kat blog ni. Tapi, ana tak mampu nak kongsikan idea ana tu.

Apahal? Sebab kekangan masa? Ngeh. Bukan. Ana tak update blog ni selalu bukan sebab tak cukup masa. Ana rasa ana tersangat la free sekarang ni, lepas habis SPM.

Masa untuk update blog memang ada. Idea untuk update blog pun memang ada. Habis tu, pahal pulak ana tak update selalu? Sebab ana malas? Mungkin la, sikit-sikit. Ahah.

Sebenarnya, setiap kali ana nak update blog, akan timbul perasaan risau dalam hati ana. Ana bimbang kalau ada antara kalian yang tak faham apa yang ana coretkan. Ana takut jika ada antara kalian yang salah faham atau silap tafsir apa yang ana sampaikan. Dan ana paling risau sekali seandainya coretan ana, setiap patah perkataan yang ana coretkan dalam blog ni, tak bermakna dan tak memberi sebarang manfaat kepada kalian. Ana risau seandainya coretan ana tak mampu menyentuh hati insan-insan yang membacanya.

Hmm. Entah la. Mungkin ana terlalu membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh ni. Tapi, secara jujurnya, ni apa yang ana rasa. Kadang-kadang, ana rasa susah sangat nak meluahkan idea ana kat blog ni. Sebab ana takut tulisan ana tak memberi sebarang kesan, kepada diri ana sendiri dan pembaca.

Sampaikan kadang-kadang ana tak tahu nak letak tajuk apa untuk post ana! Ahah. Yalah, tajuk ni memainkan peranan yang penting tau? Kalau tajuk menarik, baru orang nak baca. Kalau tajuk pun tak best, orang dah boleh agak yang tulisan kita tu membosankan. Hehe. Ni daripada pengalaman ana sendiri la.

Apa-apa pun, kalau ada apa-apa kesilapan dalam coretan ana, yang dah sedia ada atau yang akan datang, ana mintak maaf. Kalau ada salah silap tu, tegurlah. InsyaAllah, ana boleh terima teguran kalian. Dan kalau coretan ana menyinggung hati sesiapa, ana mintak maaf sekali lagi. Ana cuma insan biasa. Ana pun hamba Allah, sama seperti kalian. Ana tak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Ok. So, insyaAllah, lepas ni, ana try update blog ni sekerap mungkin. Ahah. Tapi, kalau update selalu sangat, nanti orang boring pulak baca coretan ana kan? Hehe.

Sekarang ni, ana tengah agak busy baca buku 'Apa itu Islam?'. Buku yang dibeli menggunakan duit sidang al-haqq! Ahah.



Sambil baca buku ni, ana kena siapkan artikel pasal Palestin. Lepas tu, kena buat artikel lagi. *Sapa suruh volunteer hari ya? Ahah* Lepas habis segala artikel yang perlu ana siapkan ni, baru ana update blog sekerap mungkin ek? Hehe.

Pendamba Cinta dan Redha Ilahi